Semua orang sedang mencari Hadi yang masih hilang setelah beberapa minit yang lalu. Mereka sama sekali tidak melihat atau menemui jasad Hadi. Mereka hampir berputus asa & ingin melaporkan kehilangan Hadi pada pihak polis.
Tiba-tiba, mereka temui Hadi yang tiba-tiba keluar dari air itu. Dengan segera mereka terus menarik Hadi ke tempat yang tinggi & jauh dari air.
"Hadi! Bertahanlah!"kata Nurin sambil menekan dada Hadi.
Tak lama kemudian....
Hadi terbangun lalu batuk sehingga terkeluar air dari mulutnya. Mereka semua bersyukur sangat yang Hadi telah ditemui dengan selamat.
"Hadi, aku ok?"tanya Afiq.
"Aku ok. Apa dah jadi sebenarnya?"tanya Hadi sambil memandang mereka.
Mereka pun menceritakan segalanya pada Hadi. Dia kelihatan terkejut dengan hal itu. Dia tidak menyangka hal seperti itu boleh terjadi.
"Jadi itu bermakna aku di bawa ke dunia lain lah tadi. Memang luar biasa,"kata Hadi yang kelihatan kagum.
"Apa yang kau mengarut ni?! Kau gila ke apa?! Kau tahu tak yang kau tiba-tiba dirasuk lepas tu hentah di bawa ke mana!"marah Raykal.
"Hehehe, maaf. Aku sebenarnya ada sesuatu nak bagitau pada korang jugak. Tapi bergantung pada korang jugak lah nak percaya atau tak,"kata Hadi sambil memandang mereka.
"Takpe lah, Hadi. Sekarang ni kita keluar dari sini & lepas tu kau cerita kan semuanya ya,"kata Nurin lalu menyelimuti Hadi dengan tuala yang dia bawa.
"Baiklah, Nurin. Nanti aku bagitau ya,"kata Hadi sambil tersenyum.
Setelah itu, mereka pun keluar dari situ & masuk ke dalam khemah yang didirikan di kawasan sekitar tempat peninggalan sejarah itu.
Setelah menukar pakaian, Hadi duduk di sekitar unggun api bersama sahabatnya & pada ahli arkeologi yang lain.
Sebelum dia membuat ceritanya, Hadi teringat akan pesanan atuknya.
"Hadi, kamu boleh bagitau mereka tetapi bergantung pada mereka untuk percaya atau tidak ya & jangan memaksa mereka untuk percaya,"kata Alif.
Itu lah pesanan atuknya sebelum dia pulang ke dunianya semula. Dia memandang sahabatnya itu lalu menceritakan segalanya pada mereka semua.
Setelah bercerita, mereka semua kelihatan terkejut, terkaku & ada juga yang ketawa mendengar cerita Hadi tetapi bukan sahabatnya tetapi ahli arkeologi yang lain.
Mereka sama sekali tidak percaya dengan apa yang Hadi ceritakan. Mereka beranggapan yang Hadi mungkin berhalusinasi akibat terjatuh & lemas di dalam air.
"Kau biar betul, Hadi? Kau keturunan raja? Betul ke ni?!"tanya Afiq yang tidak mempercayai hal itu.
"Aku sendiri pun tak percaya dengan apa yang arwah atuk aku cakap tu. Tapi bergantung pada korang lah nak percaya lagi pun buat apa aku nak buktikan kalau empayar ni dah pupus pun,"kata Hadi.
"Aku rasa ia mungkin betul sebab kau satu-satunya budak bersayap hitam yang ada bukan?"kata Mazrul.
"Ya, tambahan pulak mana ada orang kena rasuk lepas tu hilang macam kau tu sebab nak bagitau benda macam ni kan,"kata Afiq.
"Betul tu, Hadi. Saya mempercayai awak,"kata Nurin sambil tersenyum.
Dia tahu yang Hadi sama sekali tidak membohongi sesuatu yang dia lihat malah Hadi pula jenis yang menepati janji seperti mana yang dia merahsiakan hubungan sebenar mereka.
"Hahaha, mengarut je kau ni! Mana mungkin ada benda macam tu,"kata Dr. Hitler Zin yang merupakan pakar dalam bidang arkeologi lalu pergi dari situ bersama dengan ahli arkeologi yang lain kecuali Tuan Ahmad.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
![Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]](https://img.wattpad.com/cover/247040988-64-k433413.jpg)