103: Sebuah Kebenaran Yang Pahit (Part 1)

888 83 48
                                        

Mereka hanya memandang Dr. Axe, Red Alpha & 2 orang perempuan yang mereka tidak kenali  itu sedang berdiri dihadapan mereka. Nampaknya, musuh mereka yang  kali ini jauh lebih kuat dari apa yang pernah mereka lawan. Walaupun gementar, Hadi tetap saja cuba mengawal perasaannya itu agar tidak menakutkan dirinya untuk melawan musuhnya itu.

"Axe, buat seperti mana yang aku arahkan. Aku hanya mahu melawan orang yang aku dah lama mahukan,"kata Red Alpha sambil memandang Hadi.

"Hahaha! Baiklah! Mari kita berseronok!!"jerit Dr. Axe lalu mengeluarkan tombak miliknya.

Tiba-tiba, berlaku sebuah gegaran sehingga pandangan mereka tertumpu pada sesuatu. Mereka dapat melihat berpuluh-puluh ekor raksasa mulai muncul & apa yang lebih teruk mereka jauh berbeza dari raksasa yang pernah mereka lawan sebelum ni.

 Mereka dapat melihat berpuluh-puluh ekor raksasa mulai muncul & apa yang lebih teruk mereka jauh berbeza dari raksasa yang pernah mereka lawan sebelum ni

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Raksasa itu terus saja berjalan mendekati mereka. Saiz mereka jauh lebih besar dari mana-mana raksasa yang pernah mereka lawan.

"Muahaha!! Memperkenalkan spesimen 764! Raksasa Raibura! Mari kita lihat apa yang menarik tentang eksperimen ni!"kata Dr. Axe sambil tersenyum sinis.

Tiba-tiba, Hadi telah dibaluti oleh kuasa bayangan milik Red Alpha laku dibawa ke tempat lain menggunakan kuasa telepotasi bersama Red Alpha.

"Hadi!!!"jerit Raykal sebaik saja melihat sahabatnya hilang daripada pandangnya.

Di sebuah tempat...

Hadi mulai membuka matanya. Dia sedar yang dia sekarang sedang berada di atas bangunan istana itu. Dia bangun & melihat keadaan disekelilingnya.

"Kau dah sedar ya? Apa kata kita regangkan otot dulu,"kata Red Alpha sambil memandang Hadi.

"Apa yang kau nak dari aku?"tanya Hadi sambil memandang Red Alpha.

"Apa yang aku nak? Bagus soalan kau tu. Tapi sebelum tu, kita lawan dulu,"kata Red Alpha yang tiba-tiba muncul dihadapan Hadi laku melibas pedangnya ke arah Hadi.

Walaupun begitu, Hadi sempat menahan pedang milik Red Alpha kau menolaknya ke belakang. Red Alpha hanya memandang Hadi. Dia sedikit kagum dengan hal itu.

"Menarik, kau mungkin musuh yang setanding untuk dilawan,"kata Red Alpha laku menyerang Hadi.

Sementara itu...

Para Tentera kumpulan A sedang bertarung dengan raksasa-raksasa yang ada di situ sementara Komander Aziz berlawan 2 orang perempuan itu & Raykal pula melawan Dr. Axe. Lelaki itu jauh lebih kuat dari yang dulu. Demi langkah berjaga-jaga, mereka tetap saja melawan bersama & saling berwaspada.

"Hahaha! Tunjukkan aku apa yang kau ada!!"jerit Dr. Axe lalu menyerang mereka.

 Axe lalu menyerang mereka

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang