Daniel terus saja menjerit sehingga dia sedar yang kalibat itu cumalah Hadi. Dia terus saja menghembuskan nafas lega lalu menggenggam penumbuknya.
"Daniel, asal kau menjerit ni?"tanya Hadi.
"Sebab kau lah!!! Siapa suruh kau datang macam tu hah?! Dah lah tak bagi salam pun!!"marah Daniel lalu mengetuk kepala Hadi.
"Adui, maafkan aku. Oh ya, Assalamualaikum,"ucapan Hadi sambil memegang kepalanya.
"Waalaikumussalam, aku ingatkan siapa lah tadi. Lain kali jangan buat macam tu lagi tau,"kata Daniel lalu menyambung kerjanya.
"Baiklah,"kata Hadi pendek lalu memandang Daniel.
Dia hanya memandang Daniel yang sedang sibuk membaiki mesin yang dirosakkan olehnya tanpa sengaja itu. Dia berasa bersalah saja sebab menyusahkan Daniel untuk membaiki mesin itu semula laku berjalan mendekati Daniel.
"Boleh aku tolong kau tak?"tanya Hadi.
"Boleh, apa salahnya?"kata Daniel sambil tersenyum.
Mereka pun membaiki mesin itu bersama-sama. Daniel turut kagum dengan Hadi kerana dia boleh dikatakan agak bijak juga. Dia hanya tersenyum sambil memandang Hadi yang sedang kusyuk membaiki mesinnya itu.
Setelah beberapa jam, akhirnya mereka telah berjaya membaiki mesin itu. Daniel hanya tersenyum puas lalu memandang Hadi. Dia ketawa terbahak-bahak kerana melihat muka Hadi.
"Kenapa? Ada apa dengan muka aku?"tanya Hadi.
"Hahaha, muka kau comot lah doh!"ketawa Daniel sambil menunjukkan cermin pada Hadi.
"Pfft, hahaha. Tak sangka jadi macam ni,"kata Hadi sambil ketawa kecil.
Daniel hanya tersenyum lalu menghulurkan tuala kepada Hadi. Pemuda itu terus saja mencapai tuala yang diberikan olehnya lalu terus saja mengelap mukanya yang comot dengan kesan minyak itu.
Keesokannya...
Nurin terbangun dari tidurnya. Dia sedar yang Hadi sudah tidak ada di sisinya lagi laku terus saja bangun dari katil & bersiap membersihkan dirinya. Setelah selesai, dia terus saja pergi ke ruang tamu.
Di ruang tamu...
Kelihatan Zakwan, Encik Hazrul & Mazrul sedang berada di situ sementara Hadi, Ana, Raykal & Aryan berada di dapur. Daniel pula, tidur tak ingat dunia kat dalam bilik dia sebab penat sangat.
"Oh, selamat pagi, Nurin. Kamu dah bangun ya,"tegur Zakwan.
"Ya, saya baru je bangun. Mana Hadi?"tanya Nurin.
"Dia ada kat dapur tengah buat sarapan,"kata Encik Hazrul.
Di dapur...
Kelihatan Hadi & yang lain sedang menyediakan sarapan. Hadi & yang lain sebenarnya cuma membantu Raykal yang jaguh dalam memasak. Mereka sendiri pun tak tahu yang Raykal ni jaguh dalam memasak sehingga mereka lihat sendiri Raykal sedang memasak kat dapur.
"Hmm, sedapnya bau,"kata Aryan sambil memandang Waffle yang dibuat oleh Raykal.
"Raykal, saya tak tahu pulak awak boleh masak,"kata Nurin.
"Apa-apa jelah, lebih baik kau tolong hidangkan semua ni kat atas meja sebab kita masih ada banyak benda lagi kan nak buat,"kata Raykal yang sedikit dingin.
"Baiklah,"jawab Nurin sambil tersenyum lalu menghidangkan kesemua makanan itu di atas meja.
Tak lama kemudian, kelihatan Daniel sedang berjalan pergi ke meja makan setelah selesai membersihkan dirinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/247040988-288-k433413.jpg)
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasíaHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...