Bab 87:Kuasa Penyaluran Tenaga

1K 107 10
                                        

Pada malam itu...

Hadi tidak dapat tidur pada malam itu. Dia sangat merisaukan Nurin apatah lagi dia mengetahui yang Nurin sudah menggeledah beg miliknya. Dia tahu yang Nurin sudah memeriksa botol pil miliknya itu. Sang remaja itu terus saja bangun lalu berjalan mendekati beg miliknya itu. Dia terus saja membuka zip beg miliknya itu lalu mengambil botol pil miliknya yang tidak ditutup dengan kemas.

Dia tahu yang Nurin sudah membukanya. Dia hanya mampu mengeluh kerana dia lupa untuk bawa ubat tambahan untuk persediaan sekiranya ubatnya habis. Pil terakhir telah dimakan olehnya pagi tadi.

"Apa patut aku buat? Ubat aku dah habis,"kata Hadi perlahan.

Hadi terus saja berjalan mendekati tilamnya & terus saja membaringkan dirinya. Walaupun begitu, dia tidak dapat tidur dengan nyenyak. Tubuhnya terasa sedikit sakit sejak kebelakangan itu. Dia mengeluh lagi.

"Nampaknya, tak tidur lena lah aku malam ni,"kata Hadi sambil mengeluh.

Keesokannya....

Pada awal pagi...

Para lelaki kelihatan sedang bersiap untuk pergi ke latihan mereka seperti sedia kala. Nurin hanya memandang Hadi yang sedang berjalan mengikuti mereka. Dia sedar ada sesuatu yang tidak kena akan hal itu. Ketika mereka mahu berjalan keluar, Hadi tiba-tiba jatuh terduduk di belakang mereka. Langkah mereka terhenti sebaik saja memandang sang remaja itu.

Hadi hanya terdiam. Dia terus saja memegang kepalanya yang terasa pening. Tanpa dia sedari, ada cecair berwarna merah mulai mengalir keluar dari mulutnya.

"Hadi! Kamu tak apa-apa ke?!"tanya Zafrel sambil duduk separas Hadi.

Tak lama selepas itu...

Hadi hanya baring di atas tilamnya sementara yang lain hanya memandang sang remaja itu. Nurin hanya mengeluh lalu meletakkan tuala lembap di atas dahi Hadi & pada masa yang sama, Zafrel kelihatan sangat marah pada ketika itu. Mana taknya, dia dah lah tak bagitau yang ubat dia habis, lepas tu, dia guna pulak satu jampi magis ni sampai memudaratkan kesihatan diri sendiri pulak.

"Hadi! Why not say that your medicine has run out?"marah Zafrel.

"Forgive me,"kata Hadi perlahan.

"Lagi satu, abang marah sangat tau lepas dapat tahu yang kamu guna Kuasa Penyaluran Tenaga tu!"marah Zafrel lagi.

"Kuasa Penyaluran Tenaga? Kuasa jenis apa tu, Zafrel?"tanya Ana.

"Tunggu, saya rasa saya pernah baca tentang kuasa ni. Kalau diikutkan, kuasa atau magis ni digunakan oleh seseorang untuk memindahkan tenaga mereka kepada orang lain. Tambahan pula, benda ni mempunyai banyak risiko & hanya akan digunakan dalam situasi terdesak saja,"kata Zakwan sambil memandang mereka.

 Tambahan pula, benda ni mempunyai banyak risiko & hanya akan digunakan dalam situasi terdesak saja,"kata Zakwan sambil memandang mereka

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Yang lain hanya merenung Hadi dengan pandangan maut termasuklah Nurin yang kelihatan lemah lembut itu. Dia kelihatan sangat marah juga sebaik saja mengetahui perbuatan sang remaja itu. Hadi hanya meneguk air liurnya sebaik saja melihat renungan & merasai aura yang sangat menakutkan dari mereka.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang