Bab 41:Twilight Shadow Beast

1.5K 148 10
                                        

Di sekolah...

Hadi menumpukan perhatian kepada pembelajarannya kerana ujian yang tidak lama lagi akan berlangsung.

Aryan juga begitu tetapi kerana usia yang masih muda dia perlu mengambil ujian lain sebelum mengambil ujian seperti Hadi.

Walaupun begitu, dia tidak kisah, asalkan dia mampu mengambil ujian itu dengan sah & tanpa menipu.

Sejak rahsia tentang kebijaksanaan Hadi yang terbongkar, gurunya kelihatan seperti malu & tak berani menganggu nya seperti dulu lagi.

Itu membuatkan Hadi serba sedikit berasa senang & tenang. Terlepas juga dari cengkaman pembulian dari gurunya.

Tak lama selepas itu, kelas Hadi telah pergi ke perpustakaan sekolah untuk mengulangkaji bersama guru nya. Pada masa yang sama, Hadi dapat melihat sesuatu diluar sekolahnya.

Dia dapat melihat sebuah lubang hitam muncul di atas sekolahnya & itu membuatkan semua orang kelihatan terkejut malah panik sehingga menyebabkan ada beberapa pelajar yang ingin berlari keluar dari sekolah tetapi sayang sekali, ada sebuah medan kuasa yang menghalang setiap orang keluar dari kawasan sekolah.

Semua guru & pengawal sekolah bersiap sedia mengeluarkan senjata masing-masing bagi melindungi pelajar yang berada di dalam sekolah itu.

Tiba-tiba, keluar seekor raksasa dari lubang hitam itu & jatuh di atas sekolah itu lalu menyerang setiap orang yang mereka temui.

Tiba-tiba, keluar seekor raksasa dari lubang hitam itu & jatuh di atas sekolah itu lalu menyerang setiap orang yang mereka temui

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Orang yang disentuh oleh raksasa itu terus saja berubah menjadi raksasa yang lain daripadanya.

Orang yang disentuh oleh raksasa itu terus saja berubah menjadi raksasa yang lain daripadanya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Setelah berubah, mereka akan menyerang pelajar lain sehingga terbunuh atau tercedera.

Keadaan itu membuatkan semua guru perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan pelajar yang masih belum berubah menjadi raksasa.

Hadi mencari & menolong pelajar yang terperangkap atau dikejar oleh raksasa di sekolahnya sambil mencari sahabat-sahabatnya yang lain.

Setelah bertemu, mereka semua berkumpul kecuali Aryan & Afiq yang sedang bersama dengan Hadi lalu mengeluarkan senjata masing-masing lalu menyelamatkan & lindungi pelajar yang masih terselamat atau cedera.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang