Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Aryan kelihatan sangat gembira dengan pedang berkembarnya yang sudah dinaik taraf itu. Rasanya lebih ringan, kuat & lebih tajam. Inilah apa yang dia mahu, senjata yang kuat untuk dia gunakan agar dapat melindungi orang yang dia sayangi.
"Bagus tu, Aryan. Abang Hadi pasti, Aryan akan jadi lebih kuat kalau Aryan teruskan berusaha,"kata Hadi.
"Baiklah, Aryan akan berusaha!"kata Aryan dengan penuh bersemangat.
"Mazrul! Giliran kau pulak!"panggil Daniel.
"Baiklah! Aku datang ni!"kata Mazrul lalu berjalan mendekati mesin itu.
Mazrul terus saja meletakkan senjatanya ke dalam mesin itu & menunggu senjatanya dinaik taraf. Tidak sampai beberapa minit, akhirnya senjatanya selesai dinaik taraf.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Menarik, aku suka dengan tombak aku yang ni. Yang dulu lebih kecil dari yang sekarang,"kata Mazrul sambil memegang tombaknya.
"Baguslah kalau macam tu! Mari teruskan kepada tuan puteri Nurin pulak!"kata Daniel.
Nurin hanya mengangguk lalu melakukan seperti mana yang dilakukan oleh yang lain. Tak lama kemudian, senjatanya mulai mengeluarkan cahaya yang terang sebaik saja selesai dinaik taraf.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Nurin hanya memandang pedangnya itu lalu memegangnya. Rasanya tersangatlah ringan malah tidak menyakitkan tangannya kerana kuat menghayun pedangnya itu. Itu serba sedikit membuatkan dirinya berasa selesa ketika menggunakan pedangnya yang baru dinaik taraf itu.
Satu lagi tusukan anak panah cinta mengenai hatinya. Nurin memang tak pernah berhenti membuat dirinya tewas kerana panah cinta itu. Kata-kata Nurin makin lama makin manis ya sekarang.
"Hadi! Giliran kau!"kata Daniel sambil bersembunyi di dalan almari.
Yang lain terus saja bersembunyi di luar bengkel kecuali Nurin yang setiap menunggu di situ.