Bab 4: Kisah Sebuah Penyakit

2.3K 204 9
                                    

Setelah apa yang berlaku, zafrel mengambil keputusan untuk tidak membawa Hadi ke latihannya buat sementara ini.

Dia agak risau dengan penyakit Hadi itu. Dia berharap sangat perkara ini tidak berlaku lagi atau menjadi lebih teruk daripada ini.

Qistina memandang Hadi yang sedang nyenyak tidur sambil mengusap-usap kepala anaknya itu.

Dia masih ingat bagaimana penyakit Hadi ini mula dikesan. Memang perit buatnya untuk melihat anak kesayangannya itu menderita penyakit sebegini.

Ia bermula ketika Hadi berumur 8 tahun. Pada masa itu, Hadi sedang bermain kejar-kejar dengan Zulika sehingga kepenatan. Qistina beranggapan yang ia cuma perkara biasa pada masa itu.

Tiba-tiba, Hadi batuk sehingga ada darah yang mengalir dari mulutnya & itu membuatkan Qistina berasa sangat cemas lalu membawa Hadi ke hospital.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, Hadi tidak berhenti-henti mengadu yang dadanya berasa sesak  malah sakit & itu membuatkan Qistina semakin cemas & risau.

Setelah diperiksa, Doktor pakar yang merawat Hadi itu juga bingung. Dia tidak pernah menjumpai penyakit sebegini. Lalu dia memberitahu perkara ini kepada doktor pakar yang lain, tetapi sayang sekali, takde seorang pun yang mengetahui tentang penyakit & punca ia berlaku lalu mereka berpendapat bahawa ini adalah kes pertama yang dikesan.

Tapi yang bagusnya, penyakit ini tidak mampu menjangkiti orang lain. Setelah melakukan beberapa ujian ke atas Hadi, doktor memberitahu Qistina bahawa penyakit Hadi ini tidak mampu disembuhkan tetapi dapat dikawal dengan pengambilan ubat tahan sakit.

Selain daripada itu, doktor memberitahu Qistina yang selain daripada pengambilan ubat, Qistina perlu memastikan Hadi tidak melakukan sebarang aktiviti yang terlalu lasak, kerja berat ataupun stres kerana itu mungkin menyebab penyakit Hadi boleh berlaku lagi.

Selain itu, doktor berkata yang penyakit Hadi ini dikenali sebagai Blood Heart IV Syndrome.

Qistina berasa sangat terkejut dengan berita itu. Dia tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa dia sedari. Dia cuma mampu berdoa agar penyakit anak kesayangannya mampu disembuhkan nanti.

Doktor berpesan kepada Qistina, sekiranya penyakit ini tiba-tiba berlaku, Qistina perlu meletakkan pek berisi ais atau pek sejuk di bahagian dahi & dada Hadi sekiranya ia berlaku ketika musim panas.  Sekiranya ia berlaku ketika musim sejuk, badan Hadi perlu diselimutkan dengan sesuatu bagi menghangatkan badannya agar dapat mengurangkan sakit penyakit itu.

Qistina mendengar apa yang dikatakan oleh doktor.

Setelah itu, Hadi kerap mengalami masalah penyakitnya tetapi ia sudah mulai berkurangan ketika umur nya menginjak 11 tahun. Perkara itu membuatkan Qistina berasa sedikit lega.

Lamunan Qistina terhenti selepas Zulika datang menegurnya sambil membawa semangkuk bubur & segelas air.

Qistina pergi ke dapur untuk mengambil ubat untuk Hadi. Sementara itu, Zafrel pula membersihkan diri nya lalu pergi ke bilik Hadi untuk melihat keadaan adiknya itu.

"Dia belum bangun lagi ya?"tanya Zafrel sambil memandang Zulika.

"Tak, nampaknya dia masih tidur. Zulika keluar dulu ya,"kata Zulika lalu keluar dari bilik Hadi.

Zafrel berjalan mendekati katil Hadi. Pada masa yang sama, Hadi terbangun dari tidurnya lalu memandang zafrel.

"Erm? Abang, apa dah berlaku?"tanya Hadi yang masih dalam kebingungan.

"Penyakit Hadi buat hal lagi. Apa yang Hadi rasa sekarang?"tanya Zafrel sambil memandang Hadi yang mesih memegang dadanya itu.

"Rasa sakit lagi tapi dah berkurang sikit,"kata Hadi sambil memandang abangnya itu.

"Apa kata Hadi makan dulu ya. Lepas ni nak makan ubat,"kata Zafrel lalu menghulurkan mangkuk yang berisi bubur itu kepada Hadi.

Hadi mengambil bubur itu & memakannya sedikit. Walaupun tidak begitu berselera sekarang, dia harus memaksa dirinya untuk makan agar dia mampu menelan ubatnya selepas ini.

Keesokannya, Hadi tidak ke sekolah bagi merehatkan dirinya buat sementara waktu begitu juga abangnya yang harus menjaga Hadi hari ini kerana ibunya tidak mampu meminta cuti & Zulika pula ada projek sekolah penting yang harus dia lakukan.

Zafrel tahu yang sekolah adalah sangat penting tetapi buat masa sekarang kesihatan Hadi adalah keutamaan nya. Dia tidak boleh tinggalkan Hadi sendirian di rumah. Dia juga risau kalau-kalau penyakit Hadi menyerang lagi.

Sementara Zafrel sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur, Hadi berbaring di atas sofa di ruang tamu sambil menonton televisyen bagi menghilangkan kebosanan nya itu.

Setelah selesai mencuci, Zafrel pergi ke ruang tamu sambil membawa semangkuk epal & limau yang telah di potong laku meletakkan nya di atas meja di hadapan Hadi.

"Makan sikit ,Hadi. Kamu perlukan vitamin untuk membesar tahu,"kata Zafrel lalu memakan potongan  epal
& Membuat kerja sekolah nya.

Hadi hanya memandang potongan epal & limau itu lalu menukar posisinya ke arah yang lain. Dia berasa sedikit mengantuk kerana pengambilan ubatnya itu lalu mengambil keputusan untuk tidur saja.

Zafrel memandang Hadi yang kini sedang tidur. Dia tahu sangat yang selera Hadi pasti akan hilang begitu saja walaupun makanan kegemaran nya dihidangkan di hadapan nya sekali pun.

Lalu zafrel menyelimuti Hadi dengan sehelai selimut lalu menyambung semula kerja sekolah yang harus dia siapkan.

Bersambung...


Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now