Bab 56: Keputusan Terbesar Dalam Hidup (Part 2)

1.3K 123 31
                                    

Nurin hanya tersenyum sebaik saja mendengar kata-kata Hadi & dia faham akan apa yang dimaksudkan oleh Hadi. Ini adalah detik dimana dia berasa sangat gembira & bahagia.

Hadi hanya membalas senyuman itu dengan senyuman lebarnya. Ada kalanya, menjadi sahabat yang setia adalah sesuatu yang hebat &luar biasa apatah lagi lalu hubungan itu menjadi lebih baik daripada yang mereka fikirkan.

Imbas kembali tamat....

Hadi tersembunyi sendirian ketika mengingati hal itu. Tiba-tiba, pintunya diketuk lalu segera dibuka oleh Hadi. Ketika dia sedang membuka pintu, Hadi terpandang Nurin yang sedang berdiri di hadapan pintunya.

Tak lama kemudian...

Mereka saling memandang di antara mereka. Nurin hanya memandang Hadi yang kelihatan sedikit resah itu lalu tersenyum & ketawa kecil.

"Hihi, Hadi. Awak takut ke?"tanya Nurin sambil memandang Hadi.

"M..mana ada. A..aku cuma gementar je,"kata Hadi sambil tersipu malu.

Nurin sebenarnya tahu yang Hadi sedang cemas & gementar tentang majlis istimewa yang sedang berlangsung itu lalu dia memandang Hadi.

"Hadi, saya tahu awak mungkin rasa tak sedia tapi saya gembira sangat sebab jadi tunang awak selama ni, Hadi. Awak telah membahagiakan hidup saya walaupun belum berkahwin,"kata Nurin sambil tersenyum.

Hadi hanya memandang Nurin yang sedang tersenyum manis itu. Dia kelihatan benar-benar comel ketika sedang senyum.

"Hadi, bertenang & banyakkan berucap ya. semua orang pasti akan alami hak yang sama. percaya lah. Saya pergi dulu ya,"kata Nurin lalu berjalan keluar dari bilik Hadi.

"B.. baiklah, Nurin,"kata Hadi yang tiba-tiba saja gagap.

Setelah itu, Hadi memandang cermin semula sebelum berjalan keluar dari biliknya itu kerana majlis istimewa itu baru saja mahu bermula sebenarnya. Dia sebenarnya bukan saja memandang cermin tu untuk bersahaja tapi untuk memberikannya semangat pada dirinya.

"Ini adalah hari kau, Hadi. Kau tak boleh hampakan semua orang yang sudah bersusah-payah menolong kau. Sentiasa berada di sisi aku setiap kali aku dalam masalah & kini aku sedar yang baik sepatutnya menjadi sesuatu yang lebih baik bukan,"kata hati kecil Hadi sambil berjalan ke arah dewan utama.

Setiap langkah melakar setiap saat waktu hidupnya mulai berjalan ke sebuah perubahan yang besar. Sebuah perubahan malah keputusan yang sangat besar dalam hidup seseorang. Hanya hubungan yang diberkati oleh Allah SWT saja dapat berkekalan atau menjadi lebih baik. Itulah yang juga telah terjadi pada si jejaka itu. Hadi Haikal yang sering kali dipandang rendah ketika dahulu kini bakal bahagia bersama keluarga &  dia juga bakal membina keluarganya sendiri.

Mesti semua nak tahu kan kenapa majlis ni istimewa? Ya, ini salah majlis perkahwinan Hadi & Nurin. Setelah lama mereka bersama sebagai sahabat sehingga mereka mengambil keputusan untuk bertunang & seterusnya bakal menjadi suami isteri yang sebenar. Ini adalah majlis paling penting dalam hidup kedua-dua insan itu. Masa terasa sangat singkat buat mereka kerana dari kawan menjadi kawan setia dari situ mereka mulai  tunang  & akhirnya mengambil keputusan yang lebih baik untuk menjadi pasangan hidup bersama.
Mesti ada orang tak percayakan? Siapa tak percaya kalau Hadi yang baru 17 tahun & dia juga kawin dengan seorang puteri pulak tu.

Walaupun masih muda, itu tak bermakna hal itu salah. Kata orang jodoh itu ketentuan Allah SWT. Dia lah yang maha menentukan segala-galanya. Itu lah yang sedang difikirkan oleh Hadi ketika dia sedang berjalan ke arah dewan itu. Inilah masanya untuk dia memijakkan kakinya ke dunia berumah tangga & menjaga seorang wanita solehah pemberian daripada Allah SWT.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now