Bab 112: Kelahiran Generasi Baru (Part 2)

1.4K 106 18
                                    

Tiba-tiba, kelihatan seseorang sedang berjalan ke arah mereka. Orang itu memakai baju seperti seorang raja.  Mereka semua hanya memandang orang itu. Sebaik saja tiba dihadapan mereka, orang itu terus saja memberhentikan langkahnya.

Nazwal & Nazilah yang kini sudah berumur 6 tahun itu terus saja berlari ke arah lelaki itu lalu memeluk kakinya. Orang itu hanya tersenyum sambil memandang mereka.

"Assalamualaikum, sahabat. Lama kan kita tak bertemu?"kata orang itu sambil tersenyum.

"Ya, lama betul kita tak bertemu, Hadi Haikal, sang Raja Bangsa Bersayap Hitam,"kata mereka semua serentak sambil memandang Hadi & menunduk hitam padanya.

"Alahai, janganlah panggil aku dengan panggilan macam tu,"kata Hadi sambil tersipu malu.

Mesti semua ingat dia dah mati kan? Sebenarnya mereka memang baru lepas lawat kubur tapi mereka sebenarnya datang melawat kubur para tentera yang terkorban masa peperangan tu sebenarnya.

Lagi satu, masa diorang jumpa Hadi tu, kebetulan yang Qistina sempat datang ke situ lalu memberikan bantuan pernafasan & berjaya selamatkan Hadi tapi sayangnya, dia koma selama 3 bulan disebabkan kecederaan yang dialami & disebabkan dia menggunakan tenaga atau Kuasanya dengan dratis.

Walaupun begitu, mereka gembira yang Hadi dah tak apa-apa lepas sedar dari koma tu cuma penyakit dia masih tak sembuh. Walaupun begitu, Hadi tak kisah kerana dia sudah menerima kenyataan berkaitan penyakit itu. Tapi dia bersyukur yang penyakit dia tak diwarisi oleh anak-anak dia.

"Lama tak nampak kau, bro. Kau sekarang nampak macam tak cukup tidur lah,"kata Afiq.

"Haha, memang pun. Banyak betul kerja aku tapi sayangnya kerja aku asyik bertimbun je,"kata Hadi sambil mengeluh.

"Ish-ish, macam mana boleh bertimbun?"tanya Zafrel.

"Sebab ada 2 orang yang aku cintai terlalu melindungi & ambil berat pasal aku ni yang asyik suruh aku rehat je. Tu yang kerja aku bertimbun tu. Jadi aku ambil kesempatan untuk siapkan kerja tu bila diorang dah tidur,"kata Hadi.

"Siapa lah agaknya tu?"tanya Aryan.

"Ayahanda, ayahanda dah berehat ke sebelum datang ke sini? Mesti ayahanda penat kan masa pergi urusan kerja tadi,"kata Nazwal.

"Umm, pasal tu.."Hadi kehilangan kata-katanya.

Dia tak tahu apa yang patut dia cakap dekat depan anak dia. Anggap sajalah kebijaksanaan anak-anak dia ni langsung tak macam budak 6 tahun. Tambahan pula, Nazwal ni mewarisi sifat ibu dia, Nurin. Terlalu melindungi & caring apatah lagi dengan keadaan dia. Sikit-sikit nak suruh rehat. Kadang-kadang tak senang nak buat kerja tapi dia tak kisah, dia bangga & bahagia sangat dapat anak yang macam tu termasuklah isteri yang baik macam Nurin.

"Bonda, Nazilah nak makan kek yang pakcik Aryan bawak,"kata Nazilah sambil memegang tangan ibunya.

"Bonda, Nazilah nak makan kek yang pakcik Aryan bawak,"kata Nazilah sambil memegang tangan ibunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now