Di sebuah tempat...
Hadi terus saja membuka matanya & terpandang Fikri yang sedang duduk di sisinya bersama keturunannya yang lain. Mereka semua hanya memandang Hadi.
"Baguslah kau dah bangun. Apa yang kau rasa sekarang?"tanya Fikri.
"Dasar putera tak guna!! Kau sedar tak kau tanya soalan jenis apa kat dia tu?!"marah Kuro lalu mengetuk kepala Fikri.
"Hadi, semuanya baik-baik saja ke?"tanya Alif.
"kamu pengsan mengejut & tiba-tiba saja muncul di sini tadi,"kata Azhad yang kelihatan risau.
Hadi tidak menjawab malah terdiam lalu memeluk Alif sambil menangis. Alif hanya memandang Hadi lalu mengusap belakang sang remaja malang itu. Mereka sebenarnya tahu yang Hadi telah melihat sebuah kebenaran yang pahit & ia pastinya susah untuk diterima.
Walaupun begitu, itu adalah sebuah kebenaran takdir yang sudah ditentukan & hanya Hadi saja yang mampu mengubah semua itu. Sama ada dia mengalahkan Red Alpha/Arman atau terus saja mengalah & tidak melakukan apa-apa.
"M..maaf, m.. maafkan Hadi. H..Hadi gagal buat apa yang sepatutnya Hadi buat,"kata Hadi sambil menangis.
"Hadi, kamu tak gagal. Kamu dah buat yang terbaik tahu. Atuk tahu kamu kuat. Jadi teruskan semangat kamu untuk melawan semula. Jangan menyerah terlalu awal,"kata Alif sambil tersenyum.
"Tapi, Hadi tak mampu. H..Hadi tak mahu l..lawan ayah. H..Hadi tak rela lawan dia,"kata Hadi sambil menangis.
Alif & yang lain hanya memandang Hadi yang masih sebak itu. Mereka tahu yang berat rasanya untuk melawan keluarga & orang yang kita sayangi. Walaupun begitu, kerana sebuah alasan & sebab yang tertentu, mereka tetap saja perlu melawan. Itulah situasi yang dihadapi oleh sang remaja itu.
"Hadi, kamu perlu lawan dia walaupun kamu tak rela. Kamu ada sebuah alasan untuk lawan dia. Dia dah melakukan sesuatu yang bakal membunuh lebih daripada ratusan nyawa yang tidak bersalah kalau kamu tak halang dia. Saya tahu kamu berat untuk melakukannya tapi kamu kuat, Hadi. Pergi kalahkan dia,"kata Azhad.
"Kami semua akan sokong kamu,"kata mereka semua serentak.
"Baiklah, Hadi akan berusaha. Terima kasih semua,"kata Hadi sambil mengesat air matanya.
"Hadi, ada satu benda saja lagi yang saya mahu katakan pada kamu,"kata Azhad.
"Apa dia?"tanya Hadi sambil memandang moyangnya itu.
"Hadi, kadangkala kesilapan kecil mampu menjadi satu punca pergaduhan begitu juga dengan peperangan. Walaupun begitu, kamu kena tabah dengan apa yang jadi & cuba perbaiki kesilapan tu semula sebelum peristiwa yang sama berulang. Ingatlah pesanan saya tu,"kata Azhad sambil tersenyum.
Tiba-tiba saja, Hadi terus saja membuka matanya & memandang Zafrel yang sedang memangku dirinya itu lalu dia terus saja memegang bahu abangnya itu.
"Abang, apa dah jadi?"tangan Hadi perlahan.
"Hadi! Alhamdulillah, syukurlah kamu dah sedar!"kata Zafrel lalu memeluk Hadi.
"Abang Hadi! Syukurlah abang dah sedar! Aryan risau sangat dengan abang!"kata Aryan sambil tersenyum kelat & memandang Hadi.
"Nampaknya Red Alpha jauh lebih kuat dari apa yang kita bayangkan. Macam mana kita nak kalahkan dia?"kata Zakwan.
Suasana mulai sepi. Semua orang hanya terdiam memikirkan jalan penyelesaian untuk mengalahkan ketua Bloody Phantom. Walaupun begitu, Hadi telah memberitahu hal sebenar kepada Zaftel & yang lain.
"Apa?!! Red Alpha ialah ayah?! Kamu biar betul Hadi?!"tanya Zafrel sambil memegang kedua-dua bahu adiknya itu.
"Y..ya, Hadi mula-mula terkejut dengan apa yang Hadi nampak tapi dia memang ayah. Dia lah yang tumbuk & mengalahkan Hadi sampai jadi macam ni,"kata Hadi sambil memegang dadanya.
"Tapi, macam mana kita nak lawan dia? Dia kuat sangat. Sampai abang Hadi pun kalah lawan dia tadi,"kata Aryan.
"Takpe, biar Hadi saja yang lawan dia,"kata Hadi.
"Tak! Kamu akan terbunuh kalau kamu terus lawan dia dengan keadaan yang macam ni. Lebih baik kamu biarkan kami yang lawan dia, Hadi!"kata Zakwan sambil memandang Hadi.
"Maaf, Hadi takkan buat macam tu. Tolonglah biarkan Hadi lawan dia. Mungkin Hadi dapat kalahkan dia kalau Hadi berusaha,"kata Hadi.
Suasana mulai senyap sebaik saja mendengar kata-kata Hadi. Mereka semua hanya memandang sang remaja itu. Walaupun dalam keadaan yang tidak begitu baik itu, Hadi tetap saja berdegil untuk melawan.
"Baiklah, kami akan bantu kamu. Berjanjilah kamu akan melawan dia sehingga kalah & berhati-hati ya, Hadi,"kata Zafrel.
"Baiklah! Insyaallah, Hadi akan lakukan yang terbaik,"kata Hadi.
Sementara itu, di tempat peninggalan sejarah, di dalam istana...
Ardora & Rilia akhirnya berjaya dikalahkan begitu juga dengan Dr. Axe. Mereka semua terus saja diikat dengan rantai kuasa milik Eva. Pada masa yang sama juga, Raksasa Raibura yang terakhir telah tumbang & mereka akhirnya telah berjaya mengalahkan kesemua raksasa itu.
Tiba-tiba, kedengaran beberapa orang para tentera mulai meraung kesakitan. Tubuh mereka bagaikan mulai terasa panas yang amat sakit. Tanpa sedar, kuasa/mana mereka mulai diambil & dikumpulkan oleh mesin yang dicipta oleh Red Alpha/Arman.
"Apa yang dah jadi ni?!"tanya Ana.
"Kenapa ni?!"tanya Komander Aziz sambil memandang para tentera itu.
Walaupun begitu, sudah terlambat. Mereka semua mulai perlahan-lahan melenyap & menghilang dihadapan mereka. Hal itu menyebabkan mereka semua terpegun. Mereka terkejut dengan apa yang terjadi & tidak pasti dengan punca yang menyebabkan hak itu terjadi. Tiba-tiba, kedengaran bunyi jeritan dari Afiq.
"Arghhh!!! S..sakit!!"raung Afiq sambil meronta-ronta kesakitan.
"Afiq!!"jerit mereka sambil memandang Afiq.
Pada masa yang sama juga, Hadi & yang lain yang sedang menuju ke kawasan peninggalan sejarah turut sama mengalami nasib yang sama. Zafrel mulai terjatuh & mengerang kesakitan.
"Abang! Kenapa ni?!"tanya Hadi sambil memandang Zafrel.
"J..jangan risau..p..pergi Hadi..k.. kalahkan ayah. J..jangan risaukan abang,"kata Zafrel sambil menahan sakitnya.
Tanpa melengahkan masa, mereka melajukan melangkah meninggalkan Zafrel lalu menuju ke tempat dimana Red Alpha/Arman berada. Mereka tidak boleh membiarkan hal itu dari terus berlaku atau ramai lagi nyawa yang tidak bersalah akan terkorban.
"K..kenapa badan aku rasa macam ni? Jangan-jangan ayah dah buat apa yang dirancang olehnya,"kata Zafrel dalam hati.
Walaupun tubuhnya turut merasai sakit kepanasan itu, dia cuba sedaya-upaya untuk membantu Hadi. Walaupun begitu, dia tidak dapat berbuat apa-apa lalu terbaring di situ.
"M.. maafkan abang, Hadi,"kata Zafrel perlahan.
Pada masa yang sama, Hadi terus saja berlari menuju ke tempat dimana Red Alpha/Arman berada. Dia harus cepat kerana dia tahu yang bangsa gabungan atau kacukan mungkin akan mati termasuklah ahli keluarganya & mungkin sahabatnya termasuklah Nurin.
Bersambung....
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...