Bab 110: Sebuah Pengorbanan Yang Bermakna

1.1K 98 12
                                        

Pada masa yang sama, Ana baru saja berjaya menghentikan mesin itu lalu melepaskan lelahnya itu. Dia berasa amat lega & bersyukur kerana berjaya menghentikan mesin itu.

"Alhamdulillah! Akhirnya, berjaya jugak!"kata Ana sambil menjerit kegembiraan.

Tiba-tiba, kelihatan mana/kuasa yang dikumpul itu mulai keluar dari mesin itu. Perlahan-lahan, mangsa-mangsa yang menjadi sasaran mesin ciptaan Red Alpha/Arman mulai muncul semula.

Pada ketika itu, Sahabat Hadi & tentera yang lain mulai berpatah balik ke tempat peninggalan sejarah itu untuk melihat keadaan di situ. Ketika itu juga, Mazrul telah terpandang Afiq yang mulai muncul semula setelah apa yang terjadi.

"Adui, sakitnya kepala aku. Apa dah jadi?"tanya Afiq sambil memandang mereka.

"Afiq!!"jerit Mazrul & Aryan lalu memeluk Afiq.

"Baguslah semuanya dah kembali,"kata Eva perlahan.

"Ya, tapi agaknya semua orang yang terkesan dengan mesin musuh kita ni selamat ke?"tanya Encik Hazrul yang masih memapah Eva.

"Jangan risau, semuanya selamat. Buat masa sekarang ni, kita dah tak perlu risaukan orang yang menjadi mangsa mesin ni sebab mereka semua akan kembali semula seperti mana keadaan asal mereka & tanpa sebarang cacat-cela pun,"kata Ana sambil memegang komputer ribanya.

"Terbaiklah, Ana. Kau dah buat kerja yang bagus,"puji Mazrul.

Tanpa melengahkan masa, mereka semua terus saja membantu para tentera yang berada di situ termasuklah yang tercedera. Nasib baiklah, ada salah seorang daripada kumpulan para tentera ada yang mampu menggunakan kuasa telepotasi Hadi yang tercedera berjaya dihantar ke hospital melalui pintu telepotasi itu.

Pada masa yang sama juga, Nurin mulai keluar dari pintu telepotasi itu laku bergegas ke arah mereka semua. Pada masa yang sama juga, Zafrel juga turut tiba di situ selepas apa yang terjadi. Sebenarnya, ketika dia mengalami sakit kepanasan di dalam hutan. Dia juga turut lenyap akibat menjadi mangsa Red Alpha/Arman yang merupakan ayahnya itu.

(Sila Rujuk bab 105 untuk memahami jalan cerita tentang Zafrel)

"Semua ok ke?"tanya Nurin. Yang kelihatan risau sebaik saja memandang mereka semua.

"Jangan risau, kami tak apa-apa tapi Daniel, Eva & Raykal je yang tercedera teruk sikit,"kata Afiq.

"Alhamdulillah, syukurlah awak semua selamat,"kata Nurin.

"Abang Zafrel! Abang ok ke?!"tanya Aryan sambil memeluk abang angkatnya itu.

"Aryan, syukurlah kamu selamat. Abang tak apa-apa. Alhamdulillah, abang gembira kamu ok,"kata Zafrel lalu mengusap-usap kepala Aryan.

Sudah semalaman mereka bertarung nyawa untuk melawan musuh-musuh mereka. Akhirnya, dengan izin Allah SWT, mereka telah berjaya & turut juga berjaya menangkap para pengikut Red Alpha/Arman yang masih hidup seperti Dr. Axe, Rilia & Ardora.

Pada ketika itu, para dokter & medik mulai keluar masuk melalui pintu telepotasi itu untuk membantu para tentera yang tercedera di dalam perang begitu juga dengan menguruskan jasad para tentera yang sudah meninggal dunia. Nurin hanya mampu bersimpati dengan nasib para tentera yang sudah mengorbankan nyawa mereka itu.

Dalam suasana yang sibuk itu, tiba-tiba saja Ardora & Rilia mulai diserang oleh sawan. Disebabkan hal itu, Zafrel terus saja membebaskan ikatan mereka & para doktor mulai segera memeriksa mereka. Walaupun begitu, keadaan mereka berdua pada ketika itu kelihatan tenat & mungkin gagal untuk diselamatkan.

"Macam mana mereka boleh jadi macam ni?"tanya Zakwan sambil melihat kedua-dua perempuan yang sedang terbaring itu.

"Hahaha!! Nampaknya mereka gagal menahan kesan dadah aku tu. Malang betul nasib anak perempuan si Red Alpha/Arman tu!!"ketawa Dr. Axe itu.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang