Hadi mulai sedar. Dia memandang keadaan sekeliling & dia mendapati dirinya sedang terbaring di atas sofa di pejabat Zakwan.
"Maaf, aku pergi belikan sedikit makanan untuk kau,"kata Zakwan sambil membawa sebuah beg plastik.
"Apa dah jadi?"tanya Hadi sambil duduk & memegang kepalanya.
"Maaf kalau aku buat kau tertekan. Mungkin perangi lama aku masih ada,"kata Zakwan lalu meletakkan beg plastik berisi sebotol air mineral & sebungkus roti bun coklat dihadapan Hadi.
"Um,T..terima kasih,"kata Hadi.
"Kau ada bawa apa-apa ubat datang ke sekolah?"tanya Zakwan sambil memakan roti bun.
"Ada, ada di dalam beg saya,"kata Hadi sambil mengurut-ngurut dadanya yang masih terasa sedikit sakit.
"Baiklah,"kata Zakwan lalu membuat sebuah lubang hitam kecil pada dinding & mengeluarkan beg Hadi darinya lalu memberikan beg itu kepada Hadi.
Hadi membuka begnya lalu mengambil sebuah botol ubat pil miliknya.
"Ubat apa tu?"tanya Zakwan.
"Um, ubat tahan sakit,"kata Hadi lalu menghulurkan botol ubat pil itu kepada Zakwan.
Zakwan membaca setiap maklumat yang tertulis pada ubat itu & dia kelihatan sedikit terkejut apabila melihat kepada sukatan dos ubat itu.
"Kenapa sukatan dos ubat ni terlalu kuat? Ia tak membahayakan kamu ke?"tanya Zakwan.
"Um, kata doktor ia mungkin memberi sedikit kesan sampingan tapi itu satu-satunya jalan yang ada untuk kurangkan sakitnya,"kata Hadi yang memandang sayu ke arah Zakwan sambil memegang dadanya.
"Macam tu ya. Apa kata kamu makan dulu & lepas tu makan ubat kamu. Jangan lupa rehat sekejap ya,"kata Zakwan lalu memberikan botol ubat pil itu kepada Hadi semula.
Hadi mengangguk perlahan lalu memakan roti bun itu separuh sebelum memakan ubat pil nya.
"Kamu tak nak habiskan roti ni?"tanya Zakwan sambil memandang Hadi yang sedang baring di atas sofa.
"Maaf, saya takde selera sangat. Jangan risau, semuanya akan baik,"kata Hadi sebelum tertidur.
Zakwan memandang Hadi yang sedang tidur itu lalu menyelimuti Hadi dengan jaketnya. Dia berasa bersalah kerana melakukan hal seperti itu kepada Hadi.
Zakwan duduk di mejanya semula lalu menyambung kerjanya. Sementara itu, Afiq sedang memandang meja Hadi.
Dia sebenarnya terfikirkan Hadi yang sudah sejam berada di pejabat pengetua.
"Hadi ada buat salah? Ke dia dianayi lagi? "Kata Afiq dalam Hati.
Tiba-tiba, Afiq terpandang ke arah tingkap & melihat Aryan yang sedang berlari masuk ke dalam sekolahnya sambil dikejar oleh para pengawal keselamatan.
"Aryan?!" Kata Afiq lalu berlari ke kelas yang lain untuk memanggil sahabatnya.
Di padang sekolah...
Aryan berlari sekuat hatinya sambil dikejar oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Dia datang ke sini untuk mencari Hadi.
"Berhenti!! Penceroboh!!" Jerit para pengawal itu.
Aryan berlari dengan pantas sehingga hilang dari pandangan para pengawal tersebut & dia segera bersembunyi agar tidak ditemui.
Afiq & yang lain mulai mencari Aryan yang kini sedang mencerobohi sekolah mereka. Mereka tidak pasti apa niatnya datang ke sini tetapi mereka hari mencari Aryan sebelum ada sesuatu yang berlaku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
![Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]](https://img.wattpad.com/cover/247040988-64-k433413.jpg)