Semua pelajar dari sekolah Hadi sedang menunggu kedatangan pembawa tetamu mereka yang sebenar merupa Afiq.
Pada masa yang sama, Nurin & Mazrul batu saja perasaan akan ketiadaan Hadi lalu memberitahu Encik Hazrul.
"Apa?! Hadi takde?! Mana pulak dia pergi?!"kata Encik sambil menggelengkan kepalanya.
"Haha, mesti dia tertinggal kad dia kat hotel kot cikgu sebab tu dia tak masuk, teruk betul lah dia tu,"kata Raykal.
"Kalau macam tu cikgu pergi cari dia kejap,"kata Encik Hazrul yang baru saja mahu mencari Hadi.
Tiba-tiba, Afiq & Hadi datang ke arah mereka semua. Kedatangan mereka menyebabkan semua terkejut.
"Hai, cikgu! Maaf saya lambat,"kata Hadi sambil tersenyum.
"Kamu ni kan buat cikgu risau jelah! Mana kamu pergi hah?!?!"marah Encik Hazrul lalu mencubit-cubit pipi Hadi.
"Argh, sakit cikgu! Maafkan saya! Saya janji tak buat dah!"raung Hadi yang sedang kesakitan kerana dihukum oleh Encik Hazrul.
"Ada-ada je kamu ni! Buat cikgu risau je! Habis macam mana kamu boleh masuk ni?"tanya Encik Hazrul yang baru saja melepaskan pipi Hadi.
Hadi yang baru saja selepas itu memegang pipinya yang bengkak & kemerahan itu kerana dicubit oleh Encik Hazrul.
"Saya yang tolong dia. Maaf kerana lambat, saya Afiq Al-Muiz. Saya adalah pembawa tetamu kamu semua hari ini,"kata Afiq.
Semua yang mendengar nama sebenar Afiq seperti membisik diantara Mereka & suasana mulai senyap lalu Nurin datang mendekati Afiq.
"Assalamualaikum, lama tak jumpa awak, Afiq. Awak sihat?"tanya Nurin
"Waalaikumussalam, macam biasa sihat je, sepupu,"kata Afiq sambil tersenyum.
Semua pelajar yang berada disitu ternganga kerana mereka baru saja mengetahui hubungan yang dimiliki diantara Nurin & Afiq.
"Apa?! Dia sepupu kau Afiq!? Asal kau tak bagitau aku kau ada sepupu!?"kata Hadi yang kelihatan terkejut macam baru kali pertama tengok kucing katanya.
"Jaga mulut kau tu sikit! Kau ingat kau tengah cakap dengan siapa tu?!"marah Raykal.
"Errmm, dengan pembawa tetamu kita lah kan? Siapa lagi kan?"kata Hadi yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Raykal.
"Dasar lembap!! Tu Putera ke-3 Kerajaan Emerald Hijau lah!!"marah Raykal
"Hah?! Putera ke?! Maaf! Sebab cakap macam tu! Hamba tak berniat pun!"kata Hadi yang mulai menggunakan bahasa istana.
"Pfft, haha. Kau ni Hadi memang tak pernah tak lawak. Kau kan sahabat aku, cukuplah cakap dengan aku macam biasa je. Lagi pun aku sendiri yang pilih untuk rahsiakan identiti aku tau,"kata Afiq sambil ketawa.
Semua pelajar semakin terkejut kerana mendengar apa yang dikatakan oleh Afiq.
"Apa?!?!! Dia kawan Tuan putera????!!!!"jerit mereka semua.
"Hehehe, panjang ceritanya jadi buat masa ni mari saya tunjukkan Kawsan yang ada di akademi ni dulu & saya akan ceritakan segalanya di hotel kamu semua nanti,"kata Afiq lalu menarik Hadi yang masih terdiam di situ.
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...