Bab 108: Disebalik Memori Yang Pahit

932 95 5
                                        

Hadi mulai melihat suasana yang gelap. Dia duduk di situ dengan penuh kekecewaan yang amat sangat selepas gagal mengalahkan ayahnya, Red Alpha/Arman. Dia hanya menundukkan kepalanya. Dia berputus asa, semangatnya hancur begitu juga dengan hatinya itu.

Tiba-tiba, Hadi mulai mengingati & melihat memorinya. Ketika dia dilahirkan, dia dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibunya begitu juga dengan abang & yang lain. Mereka selalu saja berada di sisinya setiap kali dia pergi ke mana-mana ketika masih kecil sehinggalah waktu sayapnya muncul & diperlihatkan oleh mereka.

Dia dibenci oleh sebahagian daripada keluarganya. Dipukul, didera, dipergunakan malah dicaci oleh ayah sendiri tanpa mengira usia yang masih muda mahupun perasaannya sendiri sehingga akhirnya menimbulkan sebuah ketakutan & terjadinya sebuah trauma yang menakutkan.

Ketika masuk ke alam persekolahan, dia dibuli oleh para pelajar & gurunya sendiri. Disakiti mahupun dipulaukan malah dikenakan dengan pelbagai usikan & kejahatan dari setiap insan yang ada di sekolah. Dia bersendirian tanpa sahabat mahupun seorang teman. Ketika itu, baginya haiwan seperti kucing adalah sahabatnya.

Ketika di bangku sekolah menengah pula, dia dibuli, dipulaukan, disakiti malah dicaci. Dia seringkali dipandang remeh oleh semua orang. Tiada sesiapa pun pernah memandang dirinya mahupun menerima dirinya yang berbeza itu.

Tanpa sedar, setiap satu-persatu memorinya yang berkaitan peristiwa pahit yang amat menyakitkan mulai muncul. Walaupun begitu, memorinya itu mulai diikuti oleh sebuah memori terindah sehingga membuatkan dirinya terpegun.

Ketika dia dibenci sebahagian Keluarganya, ibunya, abangnya & kakaknya tetap saja menyayangi malah melindungi dirinya tanpa mengira rupa mahupun perwatakannya itu.

Ketika dia bersendirian di dalam hutan saat dia bersedih pada ketika itu, dia tanpa sengaja telah bertemu Afiq yang merupa sang putera yang tersesat tanpa sengaja di situ & akhirnya menjadi sahabat malah mengembara di dalam hutan sambil bermain bersama sahabat haiwannya termasuklah mengembara ke dalam hutan bersama.

Saat di bangku sekolah menengah, dia bertemu pula para guru yang mengambil berat seperti Encik Hazrul &  Zakwan yang  kini menjadi ayah tirinya itu. Dia juga turut bertemu para sahabat abangnya & menjadi akrab malah sering kali bermain bersama setiap kali dia pergi ketika latihan abangnya itu.

Bukan itu sahaja, dia juga mulai bersahabat bersama dengan pembuli nya, Mazrul & Raykal. Mereka mulai saling melindungi sejak Hadi seringkali membuktikan niatnya yang baik itu & seringkali bersabar setiap kali dibuli mahupun disakiti oleh mereka.

Selain itu, dia juga telah bertemu malah menyelamatkan adik angkatnya, spesimen 027 atau lebih dikenali dengan nama pemberiannya, Aryan Aqmal. Itulah nama sang adiknya itu. Sejak dia selamatkannya daripada terus terseksa malah mendidik sang remaja itu menjadi lebih baik. Dari raksasa yang agresif menjadi sang insan yang penyayang, melindungi malah baik.

Bukan itu saja, dia juga telah menempuhi banyak perkara yang manis seperti pengembaraannya menuju ke Kampung Hutan W'elvart. Dia juga bertemu orang yang baik-baik malah mempelajari banyak perkara.

Dia juga telah mengembara ke banyak tempat seperti ketika dia sedang melakukan misi kembara mencari Daniel sang pencipta yang hebat. Mereka terus menjadi sahabat kerana sependapat malah minat yang sama terhadap coklat. Boleh kata, kerana satu pemberian KitKat saja, mereka sudah mampu berbaik.

Kembara ke Pulau Silent Forest's juga sangat menarik kerana misi mereka untuk bertemu malah berlatih bersama dengan Eva & Puan Marie. Apa yang lebih membahagiakan hidupnya adalah pertemuannya diantara sahabat pertamanya di bangku sekolah menengah, Nurin.

Dari menjadi sahabat, mereka menjalinkan hubungan menjadi pasangan kekasih yang menjaga pergaulan. Tak lama selepas itu, menjadi tunang & akhirnya menjadi suami isteri yang sah sehinggalah berita tentang kehamilan anak pertamanya itu.

Tanpa sedar, air mata Hadi mulai berlinangan. Disebalik memorinya yang pahit itu, ada banyak memori yang indah & membahagiakan hidupnya. Dia sedar yang dia tidak bersendirian malah bukan dirinya saja yang terseksa malah menderita di dunia ini. Dia juga sedar yang langit tak mendung selamanya malah tidak indah selamanya.

Mengapa dia harus mengalah sedangkan ramai yang menaruh harapan & menyokong dirinya itu tanpa mengira susah & senangnya itu? Dia terus saja menangis tanpa henti.

Mengapa dia harus mengalah sedangkan ramai yang menaruh harapan & menyokong dirinya itu tanpa mengira susah & senangnya itu? Dia terus saja menangis tanpa henti

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Ke..kenapa aku harus mengalah terlalu awal? Mereka semua sentiasa ada untuk aku walaupun dalam susah & senang sekalipun. Aku tak boleh mengalah. Aku kena teruskan usaha aku,"kata Hadi sambil menangis.

Tiba-tiba, muncul beberapa memori yang bukan miliknya tetapi tentang keturunan-keturunannya itu. Dari awal kemunculan raja pertama Bangsa bersayap hitam sehinggalah kelahiran keturunan bangsa penguasa langit yang bersayap putih atau Silver yang sekarang. Dari situ juga muncul memori berkaitan peperangan ketika pemerintahan Azhad sehinggalah ke pengakhiran keturunannya itu.

Tanpa dia sedari, ada beberapa orang sedang berdiri di belakangnya termasuklah, Azhad, Fikri, Alif & Kuro. Mereka semua berbaris dalam satu barisan bersama para keturunan bangsa bersayap hitam yang lain. Dari keturunan pertama sehinggalah dirinya.

Hadi hanya memandang mereka semua. Bukan dirinya saja yang menghadapi konflik itu, keturunannya turut menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka dari segi pemerintahan, perhubungan malah peperangan. Mereka juga turut memahami apa yang dialami oleh sang remaja itu.

"Kami akan bantu kamu, Hadi. Kita tak boleh biarkan Bangsa Rimula terakhir yang kejam tu daripada meneruskan perbuatan keji dia. Marilah, Hadi. Mari kita berjuang bersama demi menghalang dia,"kata Azhad sebagai wakil keturunan yang lain laku menghulurkan tangannya pada Hadi.

Hadi hanya memandang mereka semua. Jadi inilah keturunannya selama ini. Dari yang pertama sehinggalah ke dirinya. Dia hanya tersenyum kelat sambil memandang Azhad & yang lain.

"Baiklah, mari kita berjuang bersama,"kata Hadi laku menyambut tangan Azhad.

Pada masa yang sama...

Red Alpha/Arman mulai berjalan meninggalkan Hadi yang sudah terkaku di situ. Dia berasa sangat berpuas hati kerana berjaya membunuh sang remaja itu.

"Sekarang takde sesiapa lagi yang akan halang aku. Inilah akibatnya sebab menentang aku. Kau memang tak guna & sama saja seperti bangsa kau yang lain,"kata Red Alpha/Arman sambil berjalan pergi dari situ.

Tiba-tiba, dia memberhentikan langkahnya sebaik saja merasai aura yang kuat yang datangnya daripada belakang lalu dia terus saja berpaling. Dia terpegun sebaik saja terpandang Hadi yang sedang berdiri gagah dihadapan dirinya itu.

Hadi hanya merenung ayahnya itu sambil badannya diselubungi aura putih begitu juga dengan matanya yang mulai bersinar keputihan. Red Alpha/Arman terus saja mengeluarkan senjatanya lalu bersiap sedia untuk menyerang Hadi.

Macam mana Hadi boleh bangkit semula selepas ditikam sebegitu rupa? Apakah ini kekuatan Hadi yang sebenar?

Bersambung....

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang