Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Setelah berjaya menenangkan orang itu, Hadi menceritakan segalanya pada orang itu.
"Ouh, macam tu. Apa-apapun, nama aku Daniel Syukur. Aku seorang pereka di sini. orang di kawasan ni panggil aku Daniel Si Pereka Luar biasa & aku tahu kenapa Raja Nasmir hantar korang ke sini. Dia nak korang naik taraf senjata korang,"kata Daniel.
(Sila Rujuk watak 3 untuk mengenali watak ini)
"Hah? Naik taraf? Senjata aku pun boleh naik taraf ke?"tanya Hadi.
"Haih, itu pun kau tak tahu ke, Hadi?"kata Mazrul yang pelik dengan hal itu.
"Hehe, maklumlah aku ni tahu baca je tapi tak pernah tengok pun,"kata Hadi sambil menggaru pipinya.
"Mestilah boleh! Insyaallah! Serahkan je pada aku!"kata Daniel.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Wah!!! Hebatnya!"puji Hadi sambil memandang Daniel.
"Silalah masuk ke dalam rumah aku,"pelawa Daniel sambil berjalan masuk ke dalam rumahnya.
Mereka hanya mengikuti langkah Daniel sehingga tiba di ruang tamu rumahnya.
"Duduk lah dulu. Mari kita bicarakan apa yang korang mahukan,"kata Daniel sambil menggunakan kuasanya untuk membawa satu teko teh & beberapa cawan lalu dihidangkan di hadapan mereka.
"Wah, cawan terapung,"kata Hadi yang terpegun dengan hal itu.
"Habis, aku ni macam mana pulak?"marah Raykal yang masih basah akibat terjatuh ke dalam kolam ikan.
"Ambil je tuala ni!"kata Daniel dengan muka annoying lalu mencampakkan tuala ke muka Raykal.
Nurin pun menceritakan segalanya tentang peperangan yang bakal berlaku dalam masa 3 bulan nanti. Daniel hanya mendengar dengan tekun tentang apa yang diceritakan oleh Nurin lalu dia memandang Hadi.
"Kau kenal ke ketua si kumpulan Bloody Phantom tu?"tanya Daniel sambil memandang Hadi.
Hadi terdiam sambil berfikir sejenak tentang hal itu. Yang lain hanya memandang Hadi sambil menunggu jawapan dari sang remaja itu. Hadi memandang mereka.
"Hentah, aku pun tak kenal dia,"kata Hadi sepintas lalu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.