Eksperimen ke atas Hadi berterusan sehingga menyebabkan Hadi kelihatan sangat lemah malah kesempatannya untuk menyembuhkan lukanya sendiri juga terganggu. Apabila lukanya sembuh, luka yang baru pula akan muncul.
Hal itu tetap berterusan pada hari seterusnya. Sudah 2 hari mereka berada di situ. Walaupun begitu, eksperimen itu tersangat lah menyeksakan sehingga mereka juga tidak sanggup melihat Hadi dibuat sebegitu.
Di bilik kurungan...
Hadi terbaring keletihan di sebelah Afiq setelah menjalani pelbagai eksperimen yang menakutkan. Sekurang-kurangnya dia belum dibedah lagi itu pun dah membuatkan Hadi berasa bersyukur.
Tiba-tiba, datang seorang pengawal lalu meletakkan makanan & minuman di dalam kurungan mereka.
Mereka semua sebenarnya was-was untuk memakan makanan & meminum minuman itu. Afiq yang melihat kegelisahan sahabatnya itu cuba untuk memakan makanan itu tetapi dilarang oleh Hadi yang memegang tangannya.
"Kenapa Hadi? Aku cuma nak cuba makan. Aku nak tahu kalau-kalau makanan ni boleh dimakan,"kata Afiq sambil memandang ke arah Hadi
Hadi menggelengkan kepalanya agar Afiq tidak memakan makanan itu lalu menghulurkan gelas berisi air itu kepada Afiq.
Afiq yang melihat perkara itu mengambil air itu lalu meminumnya.
"Nampaknya, hanya air saja yang dapat kita minum,"kata Afiq lalu meletakkan makanannya ke tepi.
Sahabatnya yang lain hanya mengangguk lalu meminum air saja. Afiq yang melihat Hadi yang tersandar lemah di dinding itu, memberikan Hadi minuman itu tetapi ditolak oleh Hadi.
"Minum..lah.. aku tak nak. Kau perlukan air tu untuk terus hidup,"kata Hadi yang cuba menolak dengan baik.
"Tapi, kau macam mana Hadi? Kau kena minum sikit kalau tak keadaan kau akan menjadi makin teruk,"kata Afiq yang semakin risau dengan keadaan Hadi.
"Takpe, aku tak haus,"kata Hadi lalu memandang ke arah lain.
Sementara itu, Dr. Axe sedang bercakap dengan seseorang di melalui skrin komputer yang besar.
"Tuan, kami temui spesimen yang sangat menarik. Tengoklah hasil kajian kami,"mata Dr. Axe lalu menunjukkan hasil kajiannya tentang Hadi.
"Menarik, kumpul & buat kajian yang lebih mendalam tentang spesimen tu. Pastikan kau buat kajian ke atas segala-galanya yang ada pada diri dia. Buat apa yang kau mahu, aku takkan kisah kalau dia mati sekali pun,"arah Red Alpha."Baiklah, Tuan Alpha. Saya akan turuti arahan tuan,"kata Dr. Axe sambil tersenyum jahat.
Di makmal kajian...
Hadi ditolak masuk ke dalam bilik bersama spesimen yang lain. Hadi yang kelihatan sudah lemah itu cuba untuk berwaspada.
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...