Bab 37:Kisah Kalnuri Beast

1.5K 142 15
                                        

Di rumah Tok Mukim...

Encik Hazrul sedang bercakap dengan Tok Mukim sementara pelajar yang lain sedang berada di bilik mereka.

"Jadi, anak murid kamu yang nama Hadi Haikal tu tak berapa sihat juga orangnya ya?"tanya Tok Mukim.

"Saya sendiri pun tak tahu macam mana nak terangkan nya pada Tok tapi apa yang saya boleh katakan ialah dia cuma senang letih & sakit saja,"mata Encik Hazrul.

"Takpe, dia dah penat kerana menolong sahabatnya. Dia memang seorang yang baik bukan?"kata Tok Mukim.

"Ya, dia memang seorang yang baik,"kata Encik Hazrul sambil tersenyum.

Sementara itu, Afiq & sahabatnya yang lain masuk ke bilik dimana Hadi ditempatkan.

Mereka dapat melihat Hadi yang sedang terbaring di atas katil.

"Assalamualaikum, Hadi. Apa kau rasa sekarang?"tanya Mazrul.

 Apa kau rasa sekarang?"tanya Mazrul

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Waalaikumussalam, semua. Aku rasa ok sikit sekarang. Jangan risau pasal aku sangat ya,"kata Hadi sambil memegang kepalanya yang masih terasa pening.

"Abang Hadi pasti?"tanya Aryan.

"Haha, jangan risaulah abang Hadi ok je,"kata Hadi sambil mengusap kepala Aryan.

"Hadi, kau tak patut memaksa diri kau sangat. Sedangkan mereka tu dah buli kau dengan cukup teruk tapi kenapa kau masih tolong mereka?"tanya Raykal.

"Ya, tambahan pula mereka bukannya kisah sangat kalau apa-apa terjadi pada kau. Mereka tu sebenarnya boleh je berkhemah kat situ lagi baik dari kau jadi macam ni,"kata Mazrul pula.

"Tak baiklah cakap macam tu. Walaupun orang balas jahat pada kita, kita tetap kena balas baik pada mereka. Kalau kita buat macam yang mereka buat sudah tentu akan menyebabkan pergaduhan pulak kan,"kata Hadi.

"Ya, betul cakap kau tapi aku bangsa naga pun tak boleh jadi macam kau, Hadi. Kau tetap kuatkan diri kau untuk tolong mereka sampai jadi macam ni,"kata Mazrul yang serba salah.

"Janganlah cakap macam tu, kau dah buat yang terbaik. Semua ada had masing-masing. Sama macam aku, Mazrul. Apabila dah sampai had aku, aku pasti akan berhenti tetapi aku sedang membantu mereka jadi aku kena tetap selesaikannya walaupun ianya akan memberi kesan pada diri aku,"kata Hadi sambil tersenyum kelat.

"Baiklah, apa-apapun kami minta izin dulu, Assalamualaikum,"kata Afiq lalu keluar dari situ dengan yang lain.

"Waalaikumussalam,"jawab Hadi.

Dia bangun perlahan-lahan lalu memandang ke arah tingkap. Hadi dapat melihat keadaan Kampung Hutan W'elvart yang sangat indah

 Hadi dapat melihat keadaan Kampung Hutan W'elvart yang sangat indah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang