Pada suatu hari..
Hadi bersama ahli keluarganya telah pergi membeli-belah di sebuah pasar raya. Mereka ingin membeli beberapa barang keperluan & keinginan mereka di situ.
Di pusat beli-belah
Hadi berjalan seorang diri di sekeliling kawasan pusat beli-belah itu & sudah berjanji dengan Qistina & Zakwan untuk bertemu semula di taman yang tidak jauh dari pusat beli-belah itu. Sementara itu, Zakwan bersama dengan Qistina & abangnya, Zafrel bersama dengan Zulika.
Hadi sama sekali tidak tahu apa yang patut dia belikan. Dia termenung memikirkan hal itu. Walaupun begitu, perkara lain yang muncul dalam kepala dia.
Dia teringat akan hadiah yang dia belikan untuk seseorang yang dia sayang di sebuah pusat beli-belah di Kerajaan Silver. Pada masa yang sama, Hadi sebenarnya menyimpan hadiah itu didalam poket seluarnya agar dia dapat memberikan hadiah itu apabila bertemu dengan orang yang dia maksudkan itu.
Setelah lama berfikir, Hadi mengambil keputusan untuk pergi ke kedai buku & melihat kalau-kalau ada buku menarik yang dia boleh beli di situ. Lagi pun dia ada duit sendiri, hasil daripada kerjaya & duit tabungannya itu.
Di kedai buku...
Hadi sedang membelek-belek buku yang ada disitu. Tiba-tiba, dia tanpa sengaja telah terlanggar Nurin yang kebetulan sedang berada di situ.
"Hadi, maaf saya tak sengaja. Saya tak sangka dapat jumpa awak kat sini,"kata Nurin sambil mengambil buku yang terjatuh dari tangan Hadi.
"Takpe, aku pun tak sangka dapat jumpa kau. Kau apa khabar?"tanya Hadi sambil memandang Nurin.
"Alhamdulillah, Saya sihat walafiat. Apa yang awak buat kat sini ya?"tanya Nurin yang ingin tahu.
"Saja je nak cari buku yang menarik kat kedai ni. Kau pulak?"kata Hadi sambil tersenyum.
"Saya nak cari buku novel je,"kata Nurin.
"Macam tu ya. Awak datang sorang je ke?"tanya Hadi.
"Ya, saya suruh pengawal saya tunggu kat kereta je. Rimas lah,"kata Nurin.
Dia sebenarnya berasa agak kurang selesa dengan pengawal yang seringkali mengikuti dirinya pergi ke mana-mana. Lagi pun dia juga berasa seperti selalu diperhatikan.
"Nak aku temankan kau sampai ke kereta tak?"tanya Hadi.
Hadi sebenarnya agak risaukan keselamatan Nurin. Lagi pun dia seorang puteri. Dia bernasib baik sebab memakai pakaian yang tidak terlalu menonjol bagi menyembunyikan identiti sebenarnya. Tapi itu sama sekali tidak dapat melindungi Nurin dari bahaya yang lain.
"Apa salahnya,"kata Nurin.
Setelah Nurin selesai mencari & membayar buku novel yang dibelinya, dia bersama dengan Hadi mulai berjalan bersama.
Sebelum pergi ke kereta peribadi milik Nurin, mereka sempat singgah dibeberapa buah kedai. Mereka membeli aiskrim, coklat & lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, mereka juga kelihatan sangat seronok & gembira bersama.
Mereka banyak menghabiskan masa bersama ketika itu. Setelah itu, mereka duduk di sebuah meja di sebuah kafe sambil minum secawan kopi & teh.
"Saya seronok sangat dapat habiskan masa dengan awak hari ni, Hadi,"kata Nurin sambil menghirup kopinya.
"Haha, saya pun. Saya tak pernah seseronok ni. Saya harap sangat boleh buat macam ni lagi,"kata Hadi sambil tersenyum.
Nurin berasa sangat gembira apabila melihat Hadi senang. Dia sama sekali tidak tahu punca mengapa dia berfikiran sebegitu. Walaupun mereka baru kenal pada tahun ini, keakraban mereka sudah seperti berkawan bertahun-tahun & saling mengenali saja.
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasiaHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...