Zafrel sedang mempertahankan Hadi daripada terus disakiti oleh kedua adiknya, Nurul & Damia. Sementara itu, Zulika & Aryan sedang cuba menenangkan Hadi yang kelihatan masih terdiam seribu bahasa.
"Hadi, kamu tak apa-apa ke?"tanya Zulika sambil memandang Hadi.
Dia tidak memberi sebarang reaksi atau menyahut panggilan daripada Aryan & Zulika. Dia tetap terkaku diam di situ bagaikan seperti robot yang dilahirkan tanpa sebarang emosi. Zulika tersangat lah risau akan apa yang terjadi. Dia tahu yang Hadi sedang menderita kesakitan akibat hal yang terjadi.
"Ke tepi Zafrel!!! Biar aku kerjakan dia!!! Aku takkan lepaskan pecundang macam dia!!"marah Nurul.
Dia berasa semakin marah sebaik saja Zafrel mulai menghalang dirinya daripada menyerang Hadi. Dia tanpa berfikir panjang terus mengeluarkan tombak miliknya.
"Hentikan perkara ni, Nurul!! Fikir baik-baik apa yang kau cuba buat ni!"kata Zafrel yang mulai risau akan hal itu.
Nurul hanya mengendahkan kata-kata Zafrel lalu berlari ke arah Hadi. Dia sudah tidak tahan lagi & mulai hilang kawalan kerana dendam kesumat yang ada pada hatinya itu.
"Hentikan!!!"jerit Zulika sambil menahan tombak milik Nurul dengan pedang miliknya.
Suasana mulai panik & orang yang berada di sekeliling mereka mulai berlari ketakutan malah menyelamatkan diri mereka. Keadaan menjadi semakin tidak terkawal sebaik saja Damia mengeluarkan senapang miliknya.
"Aku takkan benarkan dia hidup lagi. Aku akan pastikan dia terima balasan atas apa yang dia dah buat,"kata Damia lalu menghalakan senapangnya ke arah Hadi.
"Berhenti!! Jangan sakiti dia!"kata Aryan lalu menghalang Damia.
"Ke tepi aku kata!! Atau aku tembak kau!!"marah Damia.
Dia tidak suka akan orang yang cuba menghalang perbuatannya. Dia tidak dapat menahan amarahnya lagi. Dia perlu melepaskan amarahnya keapda Hadi.
"Abang takkan benarkan!!"marah Zafrel lalu mengeluarkan pedangnya.
Dia tak boleh membenarkan hal itu daripada terus terjadi atas keadaan ini akan menyebabkan nyawa Hadi atau orang di sekitar situ terancam. Mereka semua tiada pilihan untuk terus melawan mereka berdua agar dapat melindungi Hadi.
"Baiklah, kalau korang tak nak ke tepi, biar kami saja yang paksa,"kata Nurul lalu menyerang mereka bersama dengan Damia.
Perlawanan diantara mereka tersangatlah sengit. Sementara itu, Aryan mengambil peluang itu untuk menarik Hadi lari dari situ. Dia perlu cepat agar mereka berdua tidak menyerang Hadi.
"Cuba lari ya, rasakan ni!"kata Nurul lalu menggunakan kuasanya untuk menghasilkan beberapa klon dirinya lalu klon-klon itu segera mengejar mereka.
"Aryan!! Lari cepat!!"jerit Zafrel sambil berlawan dengan Nurul.
Klon-klon itu dengan pantas mengejar mereka agar mereka tidak terlepas begitu saja. Pada masa yang sama, Zakwan tiba-tiba muncul lalu menembak klon-klon sehingga lenyap menggunakan kedua-dua pistol miliknya.
"Ayah!"jerit Aryan sambil memandang Zakwan.
Dia bersyukur sangat yang Zakwan tiba tepat pada waktu mereka memerlukan bantuan.
"Kamu berdua tak apa-apa?"tanya Zakwan sambil memandang mereka berdua.
"Aryan ok tapi abang Hadi,"kata Aryan yang sangat risau dengan Hadi lalu dia menceritakan segalanya pada Zakwan.
Zakwan segera berlari ke arah Zafrel & Zulika setelah mendengar apa yang terjadi. Pada masa yang sama, Qistina turut datang lalu mendekati Aryan & Hadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/247040988-288-k433413.jpg)
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasiaHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...