Bab 9:Sukan Tahunan (Part 2)

1.9K 166 27
                                    

Hadi memegang pipinya yang kelihatan kemerahan kerana ditumbuk oleh abangnya. Itulah akibatnya bila kacau Zafrel tidur. Malang betul nasib Hadi.

Hadi segera pergi membersihkan diri agar dia dapat makan kerana sudah seharian dia tidak makan hari ini kerana didenda sehingga waktu pulang.

Sementara itu, Zafrel memasak makan malam kerana Zulika pergi ke kem motivasi sekolah manakala ibu mereka pula bekerja pada lewat malam pada hari itu.

Hadi yang sudah kelaparan itu segera berlari & melompat turun dari tangga.

"Assalamualaikum abangku! Masak apa tu? Macam sedap je!"kata Hadi yang berjaya membuat pendaratan sempurna.

"Waalaikumussalam, abang masak nasi goreng je. Lain kali turun guna tangga. Kan rumah kita ada tangga wahai adik sayang oi!"kata Zafrel sambil menarik-narik pipi Hadi.

"Adui,sakit abang! Ampun!"kata Hadi sambil menjerit kesakitan

Setelah itu, mereka makan bersama di meja makan. Zafrel pula memandang Hadi yang kelihatan jauh lebih diam dari biasa.

"Hadi, macam mana sekolah hari ni?"tanya Zafrel sambil memandang Hadi.

"Oh, baik je! Seronok sangat. Cikgu cakap sekolah Hadi akan adakan sukan tahunan antara sekolah lain,"kata Hadi sambil tersenyum.

"Oh, sekolah abang pun akan sertai sukan tahunan sekolah kamu tu. Jadi abang pun akan ada kat sana agaknya,"kata zafrel sambil memakan nasi goreng.

"Wah, tak sabar nak tengok abang bersukan nanti! Mesti abang dapat nombor 1!"kata Hadi.

"Ada-ada je kamu ni. Cepat habiskan nasi goreng kamu tu,"kata Zafrel yang mulai mengemas meja makan.

Hadi mengangguk lalu segera menghabiskan makanannya. Selepas itu, mereka berdua pergi ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

Ketika sedang menonton televisyen, Zafrel terpandang ke arah muka Hadi yang kelihatan sedikit terganggu. Zafrel pasti ada sesuatu tak kena yang berlaku di sekolah.

"Hadi, ada sesuatu tak kena ke?"tanya Zafrel yang inginkan kepastian.

"Baik-baik je! Hadi tengah siapkan kerja sekolah ni! Banyak sangat!"kata Hadi yang mulai tersenyum.

Walaupun begitu, Zafrel amat mengenali diri Hadi. Dia tahu yang senyuman itu bukanlah senyuman sebenar Hadi.

Beberapa hari kemudian..

Akhirnya tibalah masanya untuk sukan tahunan di sekolah Hadi. Dia sebenarnya agak gementar kerana hampir semua harapan sekolah berada di atas bahunya. Tak sangka dia akan terbabit sekali. Inilah ujian Allah SWT buat diri Hadi.

Hadi hanya menangis tak berlagu di dalam hati jelah buat masa sekarang. Habislah riwayatnya yang bakal dikerjakan oleh orang ramai nanti.

Bahagianya hidup Hadi ni kan. Ini lah nasib Budak Bersayap Hitam.

Semua pelajar mulai berkumpul di padang sekolah sementara menunggu kedatangan pelajar dari sekolah yang lain.

Seperti biasalah, salam yang indah dari pembuli.

"Hei,Hadi! Jangan malukan aku ya! Lagi pun aku ACE kat sekolah ni! Ingat tu!kalau tak kau tahu-tahu jelah apa yang akan berlaku kan"kata Mazrul yang menepuk kuat bahu Hadi.

"Baik, Tuan! Saya akan buat dengan penuh semangat!"kata Hadi membuat tabik hormat seperti askar walaupun baru je lepas ditumbuk.

Agak-agak tak sakit ke kena macam tu ya Hadi? Kuasa jenis apa lah yang dia ada agaknya ya?

Setelah lama menunggu, akhirnya semua sekolah yang menyertai sukan tahunan sudah berada di padang sekolah maka bermulalah acara.

Para-para atlet mulai bermain dengan bersemangat agar mereka dapat mengejar kemenangan & bukan  untuk menaikkan nama sekolah tetapi untuk menaikkan nama diri & keluarga mereka sebagai orang kaya mahupun bangsawan.

"Haih, rasanya aku sorang je kot yang silap masuk sekolah ni,"kata Hadi sambil melihat anak-anak orang kaya yang sedang membawa bermacam-macam alatan yang mahal-mahal malah ada juga yang diperbuat daripada emas & Perak.

Tidak jauh daripada pandangan Hadi, dia dapat melihat Nurin yang sedang berdiri di situ lalu dia ingin saja pergi mendekati Nurin.

Pada masa yang sama, Nurin ternampak Hadi malah berjalan menjauhi Hadi kerana perkara sebelum ini.

Sebenarnya, sejak peristiwa Hadi didenda sampai waktu pulang, Nurin bagaikan tidak mahu bertemu dengannya malah tidak lagi bertegur mahupun bercakap dengan Hadi.

Bukan itu saja, Nurin tidak lagi melepak di bawah Pokok Elvotria seperti dulu & kehadiran Hadi bagaikan debu yang ditiup angin. Dilupakan & dipulau begitu saja.

Hadi yang perasan akan perbuatan Nurin itu terus membatalkan niatnya lalu berjalan pergi untuk persiapan acara sukan yang bakal dia sertai nanti.

Pada masa yang sama, Hadi dapat merasakan hatinya kosong. Ini lah perkara yang sudah lama dia tidak rasai sejak dulu. Dia pernah ditinggalkan oleh orang lain tetapi tidak merasai apa-apa. Tetapi ia berbeza apabila Nurin meninggalkan nya begitu. Dia bagaikan dapat merasai perasaan itu.

Kosong,sunyi, kecewa & gelisah. Apakah ini perasaan seseorang yang ditinggalkan oleh sahabat?

Itu lah yang bermain difikirannya sekarang tetapi apa yang dia boleh lakukan. Dia hanya mampu berharap yang mungkin dia dapat bertemu dengan sahabat yang lebih baik.

Mahu saja dia menangis tanpa sebab tertentu tetapi ditahan saja. Dia harus kuat & mengekalkan semangat nya untuk hari yang penting macam hati itu.

Ketika acara sukan berlangsung, para atlet mulai bersaing bagi mendapatkan kemenangan. Ada diantara mereka telah tersingkir,ada yang mara & ada juga yang menipu.

Tetapi penipuan mereka tersangatlah licik sehingga tidak dapat dikesan oleh orang lain kecuali Hadi.

Hadi tersangat lah peka dengan suasana. Tetapi kalau dia memberitahu perkara itu pun pasti tiada siapa yang mahu mendengar malah dia pula yang diejek gila & dituduh cuba memburukkan nama orang lain.

Tiba-tiba, para pelajar mulai berkumpul untuk melihat beberapa orang atlet yang mahu memasuki padang. Itulah kumpulan abang Hadi, Zafrel.

Zafrel & kumpulan nya tersangat terkenal disekolah malah disekolah yang lain juga. Bukan kerana mereka sangat hebat dalam bersukan malah mereka juga mempunyai rupa yang menawan, kacak & menarik.

Para peminat mulai mengerumuni mereka. Hadi yang cuba bertemu abangnya itu berasa kecewa kerana gagal untuk mendekati abangnya kerana para peminat yang menghalang nya.

Hadi terfikir untuk menggunakan sayapnya untuk terbang & muncul dihadapan abangnya tetapi larangan daripada guru sukannya itu membuatkan dia kecewa & dia hanya mampu menuruti arahan gurunya itu.

Maka, bermulalah acara sukan yang disertai oleh Zafrel & kumpulannya. Hadi yang melihat abangnya itu berasa kagum kerana abangnya mampu mengalahkan ramai para atlet yang hebat & lagi berpengalaman itu.

Paling menarik lagi, Zafrel & kumpulannya tidak pernah sesekali menggunakan penipuan dalam mana-mana acara & itu membuatkan Hadi semakin bersemangat untuk memenangi acara yang dia bakal sertai nanti.

Tetapi Hadi tidak memberitahu abangnya bahawa dia dipaksa mengikuti acara sukan oleh semua orang disekolahnya.

Hadi tidak mahu Zafrel risau dengan keadaannya & dia juga tidak mahu abangnya bergaduh dengan yang lain bagi mempertahankan dirinya lagi. Dia sudah tidak tahan lagi. Biarlah kali ini dia sendiri yang mengambil risiko & menanggung akibatnya.

Bersambung...





Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now