Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Mereka mulai bertolak pulang. Sementara itu, Afiq duduk di sebelah Hadi setelah meminta kebenaran daripada ibu bapanya untuk mengikuti Hadi. Pada masa yang sama, pelajar yang lain memandang Hadi dengan pandangan tidak puas hati.
Hadi hanya mampu mengucap & berdoa sajalah agar keselamatan dirinya terjamin dari niat jahat orang lain. Tak sangka ada masalah baru yang akan timbul kerana hal ini. Apalah nasib dia.
Bagi menenangkannya dirinya, Hadi pun memakai headfon miliknya lalu mendengar lagu Jepun yang menenangkan. Afiq pula sudah tertidur kerana perjalanan yang panjang itu.
Kerana perjalanan yang panjang itu, Hadi telah melakukan banyak aktiviti walaupun yang lain sudah tidur dia tetap membuat kerjanya iaitu melukis sambungan komik keluarannya.
Afiq yang tersedar dari tidur itu memandang Hadi yang sedang sibuk melukis di dalam tabletnya lalu dia mengambil sebungkus roti lalu menghulurkannya pada Hadi.
"Nah, makanlah. Aku ada banyak lagi,"kata Afiq lalu memberikan Hadi bungkusan roti itu & mengambil bungkusan roti yang lain untuk dimakan.
"Terima kasih, Afi,"ucap Hadi lalu memakan roti itu.
"Kau buat apa tengah lewat malam-malam ni?"kata Afiq yang melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan jam 12.30 pagi
"Aku tak boleh tidur jadi aku ambil keputusan nak melukis sekejap,"kata Hadi sambil melukis didalam tabletnya.
"Oh, tapi jangan paksa diri sangat tau,"kata Afiq lalu membaca buku novel miliknya.
"Huh, baiklah. Tapi aku tak tahu pun yang kau suka baca novel, Afi?"kata Hadi sambil memandang Afiq.
"Diam kau. Biarlah, suka hati aku lah. Novel tak semestinya untuk perempuan tau,"kata Afiq lalu menyambung bacaan buku novelnya.
"Haha, kau ni kan memang lawak lah. Sejuknya, aku lupa yang cuaca kat sini agak sejuk,"kata Hadi sambil cuba menghangatkan tangannya yang sejuk.
"Kau ok? Kau nampak letih. Apa kata kau tidur & rehat dulu,"kata Afiq lalu merampas tablet & headfon milik Hadi.
"Hei, tu aku punya. Janganlah buat aku macam ni,"kata Hadi.
"Takde-takde, sekarang kau rehat. Kalau kau sakit ke apa buat menyusahkan orang je,"kata Afiq lalu menyimpan tablet Hadi ke dalam beg miliknya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Tabletku,Yelah. Aku tidur lah ni,"kata Hadi yang menangis dengan penuh drama.
"Macam tu lah,"kata Afiq lalu menghulurkan selimut kepada Hadi.
Hadi mengambil selimut itu lalu menyelimuti dirinya & tidur. Afiq hanya tersenyum sambil melihat Hadi. Nampaknya, perangai lama Hadi masih lagi ada ya.
Setelah perjalanan yang panjang, akhirnya mereka telah tiba di hadapan sekolah mereka & mulai pulang ke rumah masing-masing.
Pada masa itu juga, Qistina telah datang untuk mengambil Hadi. Hadi pun memasuki kereta miliknya bersama dengan Afiq.