Pada petang itu..
Tepat pada jam 5 petang...
Hadi hanya duduk di berehat di dalam biliknya sebelum keluar dari biliknya sebaik saja mendengar sahabat & abangnya pulang. Hadi hanya memandang mereka dengan rasa simpati. Sementara itu, para wanita sedang sibuk melakukan kerja masing-masing seperti memasak makan malam di dapur pada ketika itu.
"Urgh, b..belakang aku,"kata Mazrul sambil terbaring di atas lantai.
"T..T..tangan Aryan,"kata Aryan perlahan sambil memandang tangannya yang sedang mengigil itu.
"Huh, a..aku rasa nyawa aku nak melatah keluar,"kata Zafrel & seluruh tubuhnya kelihatan seperti sedang mengigil.
Raykal pulak dah KO. Siap ada buih sabun putih keluar dari mulut dia. Hadi pelik jugak dengan Raykal. Yelah, satu mana agaknya datang buih sabun tu. Zakwan hanya meregangkan badannya sementara Encik Hazrul sedang membetulkan tulang belakangnya yang terasa sakit itu. Hadi menang boleh agak yang latihan mereka tu bukan latihan calang-calang biasa tu.
"Bertenang! Tu baru sesi memanaskan badan. Tapi jangan risau, masa kita masih panjang & cukup untuk latihan seterusnya!"kata Eva dengan penuh bersemangat.
"Tidak!!!"jerit mereka semua.
Hadi hanya memandang mereka lalu berjalan mendekati mereka. Pandang mereka semua mulai tertumpu pada Hadi yang sudah berdiri di hadapan mereka.
"Hadi! Kau dah sedar! Apa yang kau rasa sekarang?!"tanya Mazrul.
"Abang Hadi!! Jangan tinggalkan Aryan!!"kata Aryan lalu memeluk Hadi tanpa mengendahkan tangannya yang masih mengigil itu.
"Sejak bila pulak abang Hadi nak pergi tinggalkan Aryan ni?"tanya Hadi.
"Hadi, maafkan kami atas dosa kami yang dulu kerana membuli kau,"kata Mazrul & Raykal serentak.
Eh? Tadi bukan main dah pengsan si Raykal tu. Rasanya dia malu kot nak cakap sorang-sorang sebab tulah dia bangun terus je bila Mazrul nak ucapkan kata-kata tu. Pada ketika itu, Zafrel berjalan mendekati Hadi lalu memeluknya.
"Abang? Kenapa ni?"tanya Hadi yang pelik dengan hal itu.
"Maafkan abang,"kata Zafrel yang masih memeluk Hadi.
Hadi hanya memandang pelik ke arahnya itu. Setakat ni, tak pernah abangnya memeluk dirinya melainkan ada sebab tertentu. Dia pelik mengapa abangnya asyik meminta maaf pada dirinya tanpa henti.
"Maafkan abang,"kata Zafrel yang masih memeluk Hadi.
"Nanti! Untuk apa abang minta maaf pada Hadi ni?"tanya Hadi yang mampu pelik dengan hal itu.
Zafrel terus saja mengatakan hal yang sama tanpa henti sambil memeluk adiknya itu. Hadi hanya terdiam. Dia tidak faham mengapa abangnya berbuat begitu lalu memandang Zafrel.
"Baiklah, Hadi maafkan abang. Tolonglah berhenti buat macam tu. Lagi pun abang tak buat salah pun,"kata Hadi sambil tersenyum.
Yang lain berasa gembira sebaik saja mengetahui yang Hadi sudah sedar dari trauma nya itu. Walaupun begitu, perkara itu tak mampu memulihkan sakit tubuh mereka.
"Adui, sakit badan aku ni,"rungut Raykal.
"Latihan apa yang sampai jadi macam ni, Raykal?"tanya Hadi sambil memandang sahabatnya itu.
"T..tanya jelah yang lain,"kata Raykal.
"Biar kau bagitahu, Eva suruh kami buat push-up sebanyak 100 kali. Lepas tu, suruh kami lari di sekeliling sebuah tasik yang luas sambil kami bawa 5 batang kayu balak yang berat & dia suruh kami berenang dalam tasik yang penuh dengan buaya,"kata Mazrul.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasiHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
![Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]](https://img.wattpad.com/cover/247040988-64-k433413.jpg)