Sejak bersahabat dengan Nurin, Hadi selalu saja tersenyum kegembiraan & Nurin juga banyak menghabiskan masa melepas di bawah Pokok Elvotria sambil membaca buku & ditemani oleh Hadi.
Kadangkala, mereka juga akan pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran bersama.
Suatu hari, guru suka Hadi,Encik Razam sedang mengumumkan sesuatu di dewan perhimpunan sekolah mereka.
"Mulai minggu depan, sekolah kita akan adakan sukan tahunan diantara sekolah yang lain. Jadi saya berharap kamu semua akan berusaha menaikkan nama sekolah kita & jangan malukan nama sekolah kita. Paling penting sekali, semua pelajar wajib masuk, termasuk lah kamu budak bersayap hitam,"kata Encik Razam.
Semua pelajar yang berada di situ merenung Hadi dengan pandangan yang tajam.
Hadi yang melihat renungan tajam daripada pelajar lain itu terus terkaku. Apa yang patut dia buat sekarang?
"Ingat, kamu jangan sesekali malukan sekolah kita atau kamu akan dibuang dari sekolah,"kata Encik Razam.
Hadi yang mendengar kata-kata Encik Razam itu terkejut. Tak sangka guru nya akan berbuat sedemikian.
"Jadi, saya mahu kamu semua bersiap sedia untuk minggu depan! Ngan hampakan saya!"ucap Encik Razam.
Selepas perhimpunan..
Hadi berjalan longlai ke kelas sebab terlalu gementar. Apalah nasib dia kena macam ni kan para readers.
"Huhuhu,kenapa cikgu? Kenapa? Apa salah budak pelik macam saya ni?"kata Hadi yang sedang berduka.
Tiba-tiba, seseorang berjalan ke arahnya bersama dengan Raykal,Aziz & Farid lalu menahan Hadi.
"Jadi, kau Hadi Haikal ya? Mari sini aku nak cakap dengan kau,"kata orang itu sambil menarik kolar baju Hadi.
"Maaf,kalau saya ada buat salah. Tolong maafkan saya,"kata Hadi yang serba salah kerana takut sekiranya dia melakukan sebarang kesalahan tanpa sengaja.
"Dengar sini! Pada sukan tahunan tu, kau jangan hampakan sekolah ni! Jangan kau berani nak malukan sekolah ni! Begitu jugalah aku!! Kalau kau buat, aku akan pastikan kau takkan terlepas dari aku!!"kata orang itu lalu mencampakkan Hadi ke dinding.
"Adui, sakitnya. Maaf, boleh saya tahu nama abang tak?"tanya Hadi yang kelihatan lurus bendul.
"Berani kau tanya dia! Dia ni kan-"belum sempat Raykal habiskan bercakap,terus je percakapan nya dipotong.
"Nama aku Mazrul Aiman! Aku bangsa naga! Bangsa yang terkuat diantara semua! Pastikan kau ingat kata-kata aku!!"kata Mazrul lalu berjalan pergi meninggalkan Hadi.
"Ok! Bye-bye abang Mazrul!"kata Hadi sambil melambaikan tangannya.
"Apa masalah Hadi sebenarnya ni?"kata seorang perempuan yang melihatnya dari jauh.
Hadi pun berjalan ke kelasnya tetapi sayang sekali kena denda sebab lambat masuk jadi kenalah dia berdiri kat luar.
"Aduhai, apakah malang sangat nasib hamba ini? Kasihan sungguh,"kata Hadi dengan penuh dramatik sambil berdiri diluar kelas.
Pada waktu rehat..
Seperti kebiasaan Nurin akan berada di bawah Pokok Elvotria sambil menunggu Hadi. Tetapi Hadi masih belum datang walaupun waktu rehat sudah tamat lalu Nurin bangun & pergi ke kelasnya.
"Mana lah Hadi ni? Lambatnya dia hari ni,"rungut Nurin Abil berjalan ke kelasnya.
Sebenarnya, Hadi didenda berdiri di situ sehingga waktu balik. Memang bukan main lenguh urat sendi dia berdiri kat situ. Kalau bergerak terus ditambah. Kalau duduk nanti makin teruk pula hukumannya.
"Ya Allah, lenguh nya kaki aku ni. Betapa lama lagi nak balik ni?"kata Hadi sambil membaca buku teksnya.
Bukan setakat tu je, hampir semua cikgu pulaukan dia, biar dia duduk kat situ sampai balik lah agaknya.
Pada waktu balik, semua pelajar yang berjalan untuk pulang hanya ketawa & mengejek Hadi yang sudah berjam-jam lamanya berdiri di situ.
Bertambah perit lagi, guru mata pelajaran kelas terakhir Hadi baru je keluar dari kelas.
"Cikgu, boleh saya balik sekarang?"tanya Hadi yang sudah penat berdiri.
Tetapi gurunya itu tidak menjawab malah meninggalkan Hadi yang berdiri di situ bersendirian. Hadi yang melihat perbuatan gurunya itu hanya menundukkan kepalanya.
Hadi kecewa & hatinya terasa sakit bagaikan dilukai. Mahu saja dia menjerit & marah sekuat hatinya tetapi dia tetap berfikiran positif, mungkin perbuatannya begitu teruk sehingga semua guru yang mengajar kelasnya pada hari itu memulau kan dirinya yang masih berdiri di luar kelas.
Beberapa lama kemudian, suasana sekolah mulai sunyi kerana semua orang sudah pulang kecuali Hadi. Dia masih lagi setia berdiri di situ.
Hadi bagaikan tidak larat lagi mahu berdiri & dia mahu saja duduk sekarang tetapi bertuahnya nasib dia kerana Encik Hazrul pulang agak lewat pada hari itu & telah bertemu dengan Hadi.
"Hadi?! Apa kamu buat kat sini? Kenapa tak balik lagi?"tanya Encik Hazrul sambil memandang Hadi.
"Hahaha, saya kena denda cikgu. Semua cikgu yang ajar kelas saya hari ni suruh saya berdiri kat luar & takde seorang pun benarkan saya duduk atau balik, cikgu"terang Hadi sambil tersenyum kelat.
"Macam tu ya. Apa kata kamu duduk dulu,"kata Encik Hazrul.
Hadi segera duduk & kakinya mulai berasa sangat kebas kerana terlalu lama berdiri. Encik Hazrul yang melihat perkara itu hanya mampu bersimpati. Tak sangka, bukan pelajar lain je yang palau kan dia malah guru yang lain juga turut sama.
"Mari cikgu hantar kamu balik,"kata Encik Hazrul sambil membantu Hadi bangun & membawanya ke kereta agar dia menghantar Hadi pulang ke rumah.
Ketika dalam perjalanan, Hadi tak henti-henti memegang kakinya yang terasa begitu kebas & kejang. Encik Hazrul yang melihat perbuatan Hadi itu terus memberhentikan kereta & memandang Hadi.
"Kenapa Hadi? Sakit sangat ke? Nak saya hantarkan kamu pergi ke klinik?"tanya Encik Hazrul sambil memandang Hadi.
"Jangan risau,cikgu. Saya kan boleh sembuh dengan cepat! Ini kan Budak Bersayap Hitam! Mestilah kuat kan!"kata Hadi sambil cuba mengekalkan senyumannya agar tidak membuatkan Encik Hazrul risau dengan dirinya.
"Hadi, dengar sini. Kalau kamu ada masalah bagitau saya & minum air mineral ni. Kamu mesti penat berdiri lama sangat kan hari ni,"kata Encik Hazrul sambil menghulurkan sebotol air mineral.
"Eh?! Takpe lah, menyusahkan cikgu je,"kata Hadi yang serba salah.
"Takpe! Minum sekarang jugak!"kata Encik Hazrul.
Hadi hanya menuruti lalu meminum air mineral itu & mulai berasa sedikit baik.
"Terima kasih, cikgu. Saya harap saya dapat balas jasa cikgu nanti,"kata Hadi yang kini sudah berada di hadapan rumahnya.
"Haha, sama-sama. Lain kali jaga diri baik-baik ya. Bye!"kata Encik Hazrul lalu memandu pulang ke rumahnya.
Hadi pun masuk ke dalam rumahnya & melihat abangnya sedang tidur di atas sofa. Maka muncullah sebuah rancangan nakal dari Hadi.
"Assalamualaikum!!!"jerit Hadi sehingga mengejutkan Zafrel.
"Allahu!! Mak-mak rumah terbakar!!!"latah Zafrel kerana terlalu terkejut.
"Hahaha!!tulah tidur lagi!"kata Hadi sambil ketawa terbahak-bahak.
Zafrel yang kelihatan marah terus saja menerkam Hadi & bermulalah drama pergaduhan antara mereka.
Bersambung...
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...