Bab 89: Memori Silam Para Tentera (Part 2)

927 103 6
                                        

Setelah lama mereka berlawan dengan para musuh yang berada di kawasan kubu utama itu, akhirnya mereka berjaya menawan kawasan itu & akhirnya menamatkan peperangan itu. Pada masa yang sama, Zakwan terus saja bergegas ke kawasan dimana tempat Encik Hazrul & Luqman berada bersama unit pasukan rawatan.

Di kawasan dimana Luqman & Encik Hazrul berada...

Sebaik saja tiba di kawasan itu, Zakwan terus saja terpandang sahabatnya, Encik Hazrul lalu bergegas ke kawasan itu. Sementara, para pasukan unit rawatan terus saja merawat tentera yang tercedera & yang masih terselamat. Walaupun begitu, Zakwan terus saja terkaku sehingga menjatuhkan senjata miliknya sebaik saja terpandang Encik Hazrul & Luqman.

Pada ketika itu, masa seakan-akan berhenti. Dia terkaku diam sebaik saja memandang Encik Hazrul yang sedang memangku Luqman sambil matanya berlinangan air mata.

Dia jatuh terduduk sambil memandang tanah. Tanpa sedar matanya turut mulai berlinangan air mata. Dia sedar yang kapten atau sahabatnya itu kini sudah tidak bernyawa di pangkuan Encik Hazrul. Walaupun pada ketika itu, pasukan unit rawatan sudah berada di kawasan itu, mereka gagal menyelamatkan sahabatnya, Luqman yang mengalami kecederaan parah yang menyebabkan pendarahan yang banyak sehingga akhirnya menyebabkan dia meninggal dunia.

"Maafkan aku, Luqman,"kata Encik Hazrul sambil memeluk jasad sahabatnya yang sudah tidak bernyawa itu.

Dari kejauhan, Eva sedang memerhatikan mereka. Dia turut merasai hal yang sama sebaik saja terpandang Luqman. Walaupun begitu, dia tetap saja perlu menerima takdir yang Luqman sudah tidak ada lagi. Zakwan hanya terkaku sambil menangis & menggenggam tanah.

Dia memandang ke langit sambil air matanya berlinangan lalu menjerit sekuat hatinya & menangis

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dia memandang ke langit sambil air matanya berlinangan lalu menjerit sekuat hatinya & menangis.

"Tidak!!!!! Luqman!!! Kenapa kau kena pergi?!!! Kenapa?!!!"raung Zakwan sambil menangis sekuat hatinya.

Eva hanya memandang mereka. Dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melihat kawasan sekeliling yang penuh dengan kehancuran & mayat yang bergelimpangan termasuklah tentera yang terkorban ketika sedang berperang dalam melindungi kerajaan mereka daripada diserang oleh musuh pada ketika itu.

Zakwan hanya menangis sekuat hatinya tanpa henti. Dia bagaikan tidak dapat menerima pemergian Luqman. Baginya, Luqman bukan saja seorang kapten malah seorang sahabat & abang kepadanya. Dia hanya mampu menangis penuh kekesalan kerana gagal menyelamatkan sahabatnya itu begitu juga Encik Hazrul.

Walaupun begitu, Encik Hazrul cuba mengawal perasaannya kerana dia ingat lagi saat dimana Luqman mengatakan sesuatu sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Walaupun begitu, Encik Hazrul cuba mengawal perasaannya kerana dia ingat lagi saat dimana Luqman mengatakan sesuatu sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Beberapa saat sebelumnya..

Encik Hazrul terus saja menembak musuh-musuh mereka yang cuba menyerang mereka sehingga musuh terakhir mereka mati dengan tembakan peluru terakhirnya walaupun dia juga sedang mengalami kecederaan pada ketika itu. Tiba-tiba, Luqman terjatuh ketika Encik Hazrul sedang memapahnya.

Dia sedar yang Luqman sudah mulai melemah sebaik saja terkena tembakan yang mengenai pinggangnya lalu menyebabkan pendarahan yang banyak. Dia terus saja memangku sahabatnya itu. Luqman hanya memandang Encik Hazrul.

"M..maafkan aku, H..Hazrul. A...aku mungkin tak mampu nak bangun & bantu kau sekarang. Tapi aku bangga melihat...p.. peningkatan kau selama kau..m.. menjadi tentera termasuk Zakwan. Aku pun..T..tak pasti sama ada aku..akan selamat..j..jadi kalau ada apa-apa yang.. berlaku..p..pada aku, T..tolong bagitau keluarga aku yang aku sayangkan mereka & bagitau..z..Zakwan yang..d..dia adalah..k..kawan..T..terbaik yang..pernah aku ada..M..maafkan aku atas se..segala kesalahan yang..aku dah buat,"kata Luqman yang mulai kelihatan tenat.

"Tak! Jangan cakap macam tu, Luqman! Kau kena bertahan! Bantuan dalam perjalanan sekarang!"kata Encik Hazrul sambil memangku sahabatnya itu.

"Hazrul, bertenang lah..ja.. janganlah m..menangis sekiranya ada a.. apa-apa berlaku pada aku.. k..kau kena kuat.. sebelum tu, a..aku nak..minta kau.. tunaikan sesuatu,"kata Luqman sambil memandang Encik Hazrul.

"Apa dia, Luqman?"tanya Encik Hazrul yang mulai kelihatan sebak.

"T.. tolong T.. tengokkan Z..Zakwan. k..kau tahukan yang perangai..d..dia tu macam mana kan? T.. tolonglah ya?"kata Luqman sambil memandang Encik Hazrul.

"T..tak, Luqman. T.. tolonglah bertahan, Kapten. Aku tahu kau masih mampu bertahan jadi tolonglah! Bertahanlah!"kata Encik Hazrul yang semakin sebak.

"Haha, kau ni, H..Hazrul. M..memang tak berubah kan. Kau d..dari dulu sampai sekarang. S..sama je.. Z..Zakwan pun.. a..aku gembira sangat..y..yang Allah SWT berikan aku peluang..u..untuk bertemu sahabat yang baik macam..k..korang. A..aku bahagia sangat,"kata Luqman perlahan sambil tersenyum.

Encik Hazrul hanya terdiam sebaik saja mendengar kata-kata Luqman. Dia cuba untuk tetap menahan sebaknya. Walaupun begitu, dia mulai sedar yang Luqman sudah mulai tidak bernafas. Dia hanya memandang jasad Luqman yang kini sudah kaku di dalam pangkuannya.

"K..kapten? L.. Luqman? Janganlah main-main. Bangunlah, Luqman. Ni bukan waktu untuk bergurau lah. Luqman? Luqman! Bangunlah! Luq! Tidak!!!! Luq!!"raung Encik Hazrul.

Sejak daripada peristiwa itu, Zakwan mulai mengambil keputusan untuk berhenti menjadi seorang tentera begitu juga dengan Encik Hazrul yang sebenarnya terpaksa berhenti diatas sebuah sebab.

Disebabkan peperangan itu, Encik Hazrul sebenarnya telah mengalami kecederaan yang parah sehingga menyebabkan masalah pada kesihatannya. Jadi dia akhirnya telah berhenti menjadi tentera & mulai mengambil haluan masing-masing.

Sehingga suatu hari itu, dengan izin daripada Allah, mereka telah bertemu semula tanpa mereka jangkakan atau rancangkan setelah menerima tawaran yang sama untuk bekerja di sekolah Hadi.

Imbas kembali tamat...

Yang lain hanya memandang Encik Hazrul & Zakwan. Mereka tidak mengetahui yang Encik Hazrul juga turut mengalami masalah kesihatan akibat peperangan itu sehingga malah memberikan kesan kepada Zakwan. 

Walaupun ia menyakitkan untuk diingatinya semula, mereka tetap saja menerima takdir & ketentuan Allah SWT itu dengan redha malah tetap saja mendoakan kesejahteraan para tentera & sahabatnya yang terkorban ketika peperangan itu berlaku.

"Maaf Aryan sebab buat Tuan Eva, ayah & cikgu rasa sedih. Aryan cuma nak tahu je macam mana tuan Eva boleh kenal dengan ayah & cikgu tapi tak sangka sedih sangat sampai macam tu. Maafkan Aryan,"kata Aryan yang mula mengalirkan air mata sebaik saja berasa bersalah kerana membuatkan mereka berasa sedih.

"Tak, Aryan. Itu bukan salah kamu. Kamu semua memang berhak tahu hak sebenar walaupun ia menyakitkan. Maafkan kami sebab merahsiakan hal ini juga,"kata Zakwan lalu mengusap kepalanya anak angkatnya itu.

"M..maafkan Aryan,"raung Aryan sambil menangis.

Yang lain turut menangis sebaik saja mendengar cerita itu kecuali Hadi. Dia bukannya takde perasaan tapi dia penat lah nak nangis & tambahan pula dia takut penyakit dia buat hal tiba-tiba waktu dia tengah nangis. Kalau diikutkan, Si Hadi tu memang nak menangis kalah Drama Queen & Drama King tau.

Bersambung....

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang