Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Mereka semua telah berkumpul di padang untuk mencuba senjata yang digunakan oleh penduduk di situ untuk memburu.
"Wah, apa ni?"tanya Aryan dengan penuh tanda tanya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Kalau kamu nak tahu, ini adalah panah & anak panah hill. Ia biasanya digunakan untuk memburu haiwan yang lebih besar manakala yang sederhana atau kecil dipanggil sebagai minrus,"kata Suhaimi Ahmad.
"Wah! Apa yang boleh ia buat?"tanya Hadi pula.
"Ia biasanya digunakan untuk memburu. Kamu semua boleh cuba kalau mahu. Tembak sasaran yang ada patung rumput jerami tu,"kata Suhaimi.
Setiap pelajar mulai menggunakan panah itu. Tetapi tak ramai yang berjaya walaupun mereka sendiri juga yang pernah menggunakan panah sebagai senjata magis sendiri.
Afiq menyasarkan panah itu & ia tepat mengenai sasaran yang ada pada patung itu. Semua bertepuk tangan kepada Afiq.
Kini giliran Hadi. Dia mengambil panah & anak panah lalu menyasarkannya ke arah sasaran yang ada pada patung itu.
Patung itu ada 3 sasaran iaitu di kepala, dada & perut. Hadi mengambil keputusan untuk menggunakan 3 anak panah sekaligus untuk menyasarkan ketiga-tiga sasaran itu.
Mereka semua memandang Hadi. Ada yang mengejek dia, berbisik atau mengumpat pasal dia & ada saja yang melihat Hadi.
Hadi menarik & menghembuskan nafasnya perlahan-lahan malah cuba menenangkan fikirannya.
"Bismillahirrahmanirrahim,"baca Hadi lalu melepaskan ketiga-tiga anak panah itu.
Anak panah itu bergerak dengan sangat pantas & ketiga-tiganya tepat mengenai sasaran. Cara Hadi memanah itu menyebabkan yang lain terkejut macam beruk kecuali sahabat Hadi. Dia memang terkejut tapi tak macam yang lain lah.
"Tahniah aku ucapkan, kau memang hebat. Mana kau belajar tu? Tambahan pula ini cuma panah & anak panah biasa saja,"kata Suhaimi.
"Terima kasih. Sebenarnya, sejak kecil lagi saya berlatih memanah. Kata ibu ia bagus untuk buat kita jadi lebih fokus,"kata Hadi sambil tersenyum.
"Apa kata kita pergi memburu sama-sama nanti,"cadang Suhaimi.
"Maaf, saya tak boleh. Saya risau kalau-kalau menyusahkan kamu nanti,"kata Hadi.
"Heh, boleh tahan. Bukan macam pemanah yang lain. Kan Afiq?"kata Raykal dengan nada mengejek.
Pelajar yang menggunakan panah hanya mengeluh & terasa dengan kata-kata Raykal.
Setelah itu, mereka pergi ke sebuah rumah di mana tempat yang digunakan untuk menenun kain. Di situ tinggal seorang wanita tua.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.