Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Semuanya berjalan dengan baik & mereka tidak pernah pun bergaduh apatah lagi persahabatan mereka itu ibarat seperti mereka sudah menjadi sebuah keluarga & jauh lebih rapat daripada adik-beradik.
Ketika Hadi sedang menyiram pokok di halaman kabin, Hanzo & Afiq datang ke arahnya.
"Assalamualaikum!!"kata Afi ayang kelihatan teruja.
"Waalaikumussalam!"kata Hadi sambil berlari ke arah Afiq lalu memeluknya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Hadi, tengok saya buat sendiri. Cantik tak?"kata Afiq lalu menunjukkan dua utas rantai leher kepada Hadi.
"Wah!! Hebatnya,Afiq! Nanti ajarlah saya buat jugak!!"kata Hadi yang kelihatan sangat teruja.
"Nah, ini untuk Hadi,"kata Afiq lalu menghulurkan rantai leher yang mempunyai daun clover berwarna emas.
"Eh? Takkan warna hitam ke? Yang emas kan sepatutnya Afiq punya,"kata Hadi yang serba salah.
"Haha, tak menarik lah macam tu. Kita kan sahabat kena lah berkongsi. Ambil lah! Itu hadiah untuk awak, Hadi. Simpan baik-baik ya. Mana tahu kalau kita terpisah ke nanti & dengan rantai ni kita boleh kenal diantara satu sama lain apabila bertemu semula,"kata Afiq sambil tersenyum.
Hadi yang mendengar kata-kata Afiq itu tersenyum lalu memeluk Afiq sambil menangis terharu.
"Terima kasih, Afi. Insyaallah, Saya takkan lupakan awak walaupun kita sudah terpisah nanti,"kata Hadi sambil mengesat air matanya.
"Insyaallah, saya juga, Hadi,"kata Afiq lalu memakai rantai leher yang mempunyai daun clover berwarna hitam.
Hadi juga memakai rantai leher yang mempunyai clover berwarna emas itu lalu memandang Afiq.
"Ini adalah tanda persahabatan kita! Jadi ingatlah bahawa persahabatan ini takkan berakhir dengan izin Allah SWT!"kata mereka berdua serentak.
Hanzo yang melihat mereka itu hanya tersenyum. Dia gembira sangat yang puteranya itu sudah matang & mampu bergaul dengan masyarakat. Dia juga berharap persahabatan antara mereka itu juga dapat dikekalkan sehingga Jannah.
Tetapi sesuatu yang tidak diduga telah berlaku tanpa mereka sedari.
Pada suatu hari...
Kerana penceraian antara Qistina & Arman. Qistina, Zafrel, Zulika & Hadi telah dihalau keluar daripada rumah menyebabkan mereka terpaksa berpindah.
Hadi yang tidak menjangkakan hal itu cuma mampu bersedih kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Afiq.
Sementara itu, Afiq & Hanzo seperti biasa, datang untuk bertemu dengan Hadi. Tetapi pada hari itu, Afiq tidak bertemu dengan Hadi malah kelibatnya juga tidak dapat dilihat oleh Hadi.
"Mana Hadi, Encik Hanzo? Dia tak datang ke?"tanya Afiq sambil memandang Hanzo.
"Mungkin dia tak dapat datang agaknya. Mungkin kita datang ke sini esok saja,"kata Encik Hanzo lalu mereka pulang.