Bab 92: Misteri Disebalik Penyakit Hadi (Part 2)

974 97 15
                                    

Mereka semua hanya memandang Azhad sambil menantikan sang raja itu menceritakan segalanya berkaitan penyakit misteri yang menimpa Hadi.

"Baiklah, kamu semua mesti tertanya-tanya kan kenapa Hadi dapat penyakit macam ni kan?"tanya Azhad.

Mereka semua hanya mengangguk. Sesekali pandangan mereka tertumpu pada Hadi yang masih sedang nyenyak tidur & dibuai mimpi itu sebelum memandang Azhad semula. Sementara itu, Alif hanya membaca buku miliknya bagi mengisi masa terluang ketika berada di situ.

"Sebenarnya, Hadi dapat penyakit ni sebab diri dia sendiri,"kata Azhad.

"Dirinya sendiri? Apa maksud Tuanku?"tanya Mazrul.

"Kamu semua tahu kan yang Hadi membesar dalam suasana yang budak lain tak alami kan?"tanya Azhad lagi.

"Ya, kami tahu. Dia membesar dalam suasana yang menakutkan & mengerikan yang budak main tak alami,"kata Zakwan.

"Baiklah, kamu semua tahu kan apa yang jadi kalau seorang kanak-kanak membesar dengan memori seperti itu bersama ketakutan yang luar biasa bukan?"kata Azhad sambil memberikan mereka sedikit gambaran.

"Jadi jawapannya ialah Trauma?"kata Nurin yang cuba menjawab gambaran Azhad itu.

"Yes, that's right, princess,"kata Azhad sambil tersenyum.

"Jadi, abang Hadi dapat penyakit ni sebab dia trauma je ke?"tanya Aryan.

"Tak semestinya juga. Ada sebab lain juga dia jadi macam tu,"kata Azhad.

Pada masa yang sama, Sang naga, Kuro sedang duduk sambil menghirup kopi Capuccino setelah selesai membelasah Fikri. Alangkah senang hatinya dapat menikmati secawan kopi Capuccino yang hangat bukan? Tapi sayang author tak suka kopi sama macam Hadi.

"Jadi apa penyebabnya?"tanya Encik Hazrul.

"Mungkin agak rumit sikit tapi saya akan terangkan,"kata Azhad lalu memunculkan sebuah bayangan ilusi untuk mengambarkan sesuatu.

Yang lain hanya terpengun dengan kehebatan Azhad termasuklah Puan Marie yang turut tertarik dengan hal itu. Azhad memunculkan sebuah gambaran yang menunjukkan bayangan seorang kanak-kanak.

"Bayangkan kanak-kanak tu adalah Hadi yang didera & disakiti dengan suasana yang menyakitkan. Bezanya, sebelum kanak-kanak tu disakiti badannya berwarna biru & lihatlah warna selepas dia disakiti,"kata Azhad.

"Lepas tu apa yang jadi?"tanya Mazrul sambil memakan semangkuk bertih jagung berperisa karemal yang datang dari mana hentah.

"Lepas dia disakiti, dia mungkin akan memendam impak negatif itu bersendirian apatah lagi dengan konflik yang dia sedang alami sehingga tanpa sedar ia semakin terkumpul & boleh meletus bila-bila masa saja. Tambahan pula ia bukanlah petanda yang baik & boleh dipandang ringan je tau,"kata Azhad lagi.

"Apa jadi kalau impak tu meletus macam yang tuanku cakap?"tanya Zakwan.

"Bayangkan jelah, seluruh pulau ni lenyap,"jawab Azhad pendek.

Tiba-tiba, bulu mereka mulai meremang sebaik saja mendengar kata-kata Azhad. Nampaknya kuasa Hadi jauh lebih bahaya dari apa yang mereka bayangkan. Nasib baiklah, Hadi tak pernah meletuskan amarahnya kerana dibuli & dianayi dulu. Kalau tak, diorang dah lama mati agaknya & apa yang pasti, kerajaan mereka pun hanya akan menjadi tinggalan sejarah je.

"Apa jadi kalau benda tu tak meletus & tetap saja dipendam oleh Hadi?"tanya Nurin pula.

"Perlahan-lahan, Mana/Kuasa di dalam tubuhnya akan membentuk sebuah pertahanan yang menahan impak negatif tu lalu mewujudkan sebuah tindakan balas yang menyebabkan Hadi menderita penyakit misteri yang menyakitkan sehingga dia tidak dapat menggunakan kuasa sepenuhnya. Semakin lama dia pendam impak tu, semakin teruk lah penyakit dia,"kata Azhad sambil mengeluh.

"Jadi, cara yang kami gunakan untuk kurangkan kesakitan Hadi tu sebenarnya logik ke untuk dilakukan?"tanya Zafrel.

"Sebenarnya, logik tapi tak begitu disarankan. Apa yang Hadi perlukan cuma buat diri dia rasa lebih baik & perlahan-lahan sakit dia akan berkurangan. Cubalah perhatikan baik-baik selama kamu semua menjaga dia waktu dia diserang penyakit ni,"kata Azhad sambil tersenyum kelat.

Mereka terdiam lalu berfikir sejenak untuk mengingati perkara yang dikatakan oleh Azhad itu. Mereka sedar akan ada betulnya apa yang dikatakan oleh sang raja itu.

"Betul tu, bila kita jaga dia & layan dia dengan baik. Tak sampai beberapa minit, terus je sakit dia hilang. Mungkin itulah yang menyebabkan sakit dia berkurangan. Bukan sebab cara kita kurangkan sakit dia tapi cara kita layan diri dia,"kata Mazrul.

"Menarik tu. Penyakit abang Hadi memang unik,"kata Aryan sambil memakan KitKat yang dia jumpa dalam beg Hadi.

"Aryan, tu KitKat abang Hadi lah. Janganlah makan,"kata Hadi sambil memandang Aryan.

"Ehhh?!! Hadi!! Sejak bila lagi sedar ni?!!"kata mereka semua serentak.

"Oh, dah lama dah. Teruskan lah bercerita. Best lah dengar moyang ni bercerita. Moyang cerita pasal siapa tu?"tanya Hadi sambil memakan bertih jagung berperisa coklat.

"Dasar Hadi!!! Dia cerita pasal kau lah!! Asal kau ni tak sedar-sedar lagi hah?!!"marah Raykal lalu mengetuk kepala Hadi.

"Adui!! Sakitlah!"kata Hadi sambil mengusap-usap kepalanya yang sakit diketuk oleh Raykal itu.

Yang lain hanya mampu menggelengkan kepala. Kata Raykal dah menyesal buli Hadi tapi sayangnya taubat insaf dia tu tak sampai 10 minit pun. Aryan yang melihat perkara itu terus saja memegang lengan Raykal.

"Apa kejadah kau ni, Serigala?"tanya Raykal sambil memandang Aryan.

"Apa kejadah kau ni, Serigala?"tanya Raykal sambil memandang Aryan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Bayangkan Aryan gigit lengan Raykal Macam ni..🤣🤣)

Aryan tanpa melengahkan masa, terus saja mengigit tangan Raykal sehingga menyebabkan Sang remaja itu menggoyangkan tangannya tanpa henti agar Aryan melepaskannya. Yang lain hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua termasuklah Hadi.

"Oh My dear, Aryan. My little wolf looks angry & fierce today,"kata Hadi sambil memakan KitKat miliknya.

"Hentikan!!! Lepaskan tangan aku lah serigala loli tak guna!!!"marah Raykal.

Maka bermulalah pergaduhan diantara mereka berdua pula. Yang lain hanya mampu menggelengkan kepala mereka sambil memandang kedua-dua orang sahabat mereka itu.

Sebenarnya, banyak benda yang berlaku pada hari itu. Bukan saja dapat bertemu para keturunan Hadi yang terdahulu malah mereka juga dapat mengetahui misteri disebalik penyakit sahabat mereka itu malah mengetahui asal-usul berkaitan keluarga sang remaja itu.

Tapi apa yang menjadi persoalan utama sekarang ialah berapa kuat Hadi sebenarnya sampai mampu melenyapkan sebuah pulau yang besar macam Pulau Silent Forest's ni? Agaknya kuasa apa lagi yang Hadi boleh guna kalau dia tak memiliki penyakit misteri tu ya?

Sekurang-kurangnya, mereka bersyukur yang Hadi ni seorang budak yang sentiasa positif & penyabar. Kalau tidak, mungkin mereka semua akan menghadapi sebuah amukan & amarah sang remaja yang menakut itu seperti mana yang dia telah lakukan pada Firdaus dulu.

(Sila Rujuk Bab 63 &  Bab 64 )

Amukan Hadi jauh lebih merbahaya dari amukan raksasa yang pernah mereka hadapi. Mungkin ada sebab & punca disebalik sikap Hadi yang sentiasa positif itu. Mungkin Hadi sudah melatih dirinya untuk lebih bersabar & tidak bertindak melulu agar dapat mengawal sikap amarahnya atau ia mungkin akan mengakibatkan sebuah kemusnahan yang besar.

Bersambung....

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now