Bab 57:Mulai Hidup Bersama

1.3K 126 7
                                        

Setelah majlis selesai, Hadi melihat Nurin yang masih berpakaian gaun pengantin itu lalu berjalan mendekati nya.

"Nurin, aku pergi tukar baju dulu ya. Panas lah & aku rasa letih sikit ni,"kata Hadi sambil mengelap peluh di dahinya.

"Pergilah, lepas selesai, Nurin pulak nak tukar ni,"kata Nurin lalu berjalan ke arah bondanya, Permaisuri Ain Aminah.

Hadi mengangguk lalu berjalan pergi ke biliknya untuk menukar pakaiannya itu. Sudah terlalu lama dia memakai baju itu & tambahan pulak dia risau kalau-kalau penyakitnya datang menyerang ketika itu.

Di bilik....

Hadi menukar pakaiannya setelah selesai membersihkan diri lalu memakai baju T-shirt berwarna hitam & berseluar trek biru gelap. Setelah itu, dia membaringkan dirinya di atas katil kerana terasa kepenatan. Dia tak mahu membuat Nurin terasa risau kerana hanya isterinya saja yang tidak mengetahui hal itu. Selepas apa yang terjadi, pasti bukan senang untuk Nurin berasa tenang kalau-kalau dirinya pergi ke mana-mana.

Dia hanya mampu mengeluh sambil memegang dadanya. Dia tertanya-tanya akan penyakit yang dia deritakan selama ini. Apakah penyakit ini memang tidak mempunyai sebarang ubat atau peluang untuk sembuh? Itu saja yang dia mahu tahu. Banyak perkara yang mulai bermain di fikirannya. Kini dia pula harus memegang sebuah tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga & ianya tidak sesenang yang disangka.

Tanpa sedar, akhirnya Hadi telah tertidur di atas katil itu. Pada masa yang sama, dia muncul di tempat yang sama lagi sambil memandang moyangnya, Fikri.

"Kau lagi? Takkan ni baru tengah hari ke?"tanya Fikri sambil memandang Hadi.

"Ya, mungkin Hadi tertidur kot tu yang ada kat sini ni,"kata Hadi sambil memandang Fikri.

Tiba-tiba, Kuro datang bersama dengan Azhad lalu berjalan mendekati Hadi sambil tersenyum.

"Tahniah, Hadi. Akhirnya kau dah jadi raja sehari lah ya hari ni,"kata Azhad sambil memandang Hadi.

"Apa?! Kau dah kawin!? Mana adil macam ni!"geram Fikri.

"Haha, takde jodoh lah kau, Fik. Kesian betul,"ejek Kuro.

Maka bermulalah pergaduhan diantara mereka berdua. Azhad pula hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil melihat perangai si naga & si manusia tu. Pada masa yang sama, Alif muncul dari sebalik pokok besar di situ lalu memandang Hadi & memeluk cucunya itu.

"Selamat pengantin baru, Hadi. Atuk tumpang gembira dengan kamu,"kata Alif sambil memandang Hadi.

"Terima kasih, atuk. Hadi berharap sangat dapat lihat atuk di majlis Hadi. Mesti seronok kan,"kata Hadi sambil memandang Alif.

Alif hanya mampu tersenyum. Dia sebenarnya mahu juga melihat majlis itu tetapi kerana takdir, umurnya tidak panjang. Fikri muncul dari belakang Hadi lalu memaut bahu Hadi.

"Cantik tak isteri kau tu?"tanya Fikri yang sebenarnya mahu mengenakan Hadi.

Hadi mulai tersipu malu. Setiap kali orang tanya soal isterinya itu, mesti akan rasa macam tu. Biasalah pasangan suami isteri baru kawin kan. Memang kekok sikit tapi lama-lama akan biasa jugak.

"Hehe, mesti cantik kan. Bertuahnya nasib kau, sempat kawin & tak macam moyang kau ni. Kawin pun belum,"ejek Kuro.

"Argh!! Diamlah kau, naga hitam! Kau cakap memang senang sebab aku mati jauh lebih awal dari kau!"marah Fikri.

Di dunia realiti...

Pada masa yang sama, Nurin masuk ke dalam bilik dimana Hadi sedang berada lalu dia terpandang Hadi yang sudah tertidur kerana kepenatan di atas katil. Dia hanya mampu tersenyum lalu menyelimuti Hadi yang sedang nyenyak tidur itu. Tanpa sengaja, Hadi mulai tersedar dari tidurnya itu lalu terpandang Nurin yang sedang memandangnya. Kehadiran Nurin yang secara tiba-tiba itu menyebabkan Hadi tiba-tiba terkejut. Akibatnya, dia terjatuh dari katil tanpa sengaja.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang