Setelah apa yang berlaku, mereka telah berpindah jauh dari Kampung itu. Setelah itu, mereka akhirnya tiba disebuah bandar yang dikenali sebagai Bandar Malawati.
Setelah itu, mereka berjaya menjumpai sebuah rumah yang dijual dengan harga yang berpatutan & mulai tinggal di situ.
"Wah! Cantiknya rumah ni ibu! Zulika suka sangat!"kata Zulika yang kelihatan teruja.
"Alhamdulillah, rezeki kita,"kata Qistina.
"Ibu, macam mana kalau orang kat sini benci Hadi macam yang ayah buat?"tanya Hadi sambil memandang Qistina.
"Jangan risau, walaupun Hadi dibenci oleh orang lain,Hadi kena ingat yang ada orang yang sangat sayangkan Hadi,"kata Qistina.
"Siapa ibu?"tanya Hadi lagi.
"Allah SWT,dia sayang akan semua hamba-Nya lagi-lagi kalau hamba nya itu seorang yang sangat baik,taat pada ibu bapa,suka bersedekah,hormat guru atau orang lain & lain-lain lagi perkara yang baik,"kata Qistina.
"Wah! Kalau macam tu,Hadi nak jadi orang yang baik! Baru lah Allah SWT sayang Hadi sangat-sangat kan!"kata Hadi yang kelihatan sangat gembira.
"Zulika pun! Zulika akan dengar cakap ibu & buat benda yang baik!"kata Zulika.
"Hehe,bagus anak ibu ni,"kata Qistina lalu mengusap kepala kedua-dua orang anaknya itu.
Zafrel yang melihat perkara itu hanya tersenyum kegembiraan. Dia gembira sangat yang Hadi mampu memaafkan ayahnya walaupun dipukul. Dia berharap sangat dapat melindungi keluarganya begitu juga dengan Hadi. Satu-satunya adik lelaki yang dia ada sekarang.
Beberapa tahun kemudian, kelihatan Zulika & Qistina sedang menyediakan sarapan & bekal makanan. Sementara itu, Zafrel pula sedang mengemas biliknya sebelum pergi ke dapur.
Pada masa yang sama, Hadi yang kini sudah berumur 13 tahun berlari keluar dari biliknya lalu melompat turun dari tangga.
"Alhamdulillah, berjaya mendarat!"jerit Hadi yang akhirnya berjaya melakukan pendaratan sempurna.
Perbuatan Hadi itu menyebabkan Zafrel terkejut lalu berjalan ke arah Hadi.
"Assalamualaikum abang!selamat pagi!"ucap Hadi.
"Waalaikumussalam, selamat pagi apa?! Abang dah cakap kan jangan buat macam tu lagi!"marah Zafrel lalu mengetuk kepala Hadi.
"Adui, sakitlah. Tapi kan Hadi dah berjaya buat lompatan tu. Dah kali ke-2 tau,"kata Hadi sambil mengusap-usap kepala nya yang sakit dipukul.
"Tu baru kali ke-2 berjaya berbanding yang dah berpuluh-puluh kali jatuh & gagal tu amacam?"kata Zafrel.
"Hehehe, seronok apa buat macam tu,"kata Hadi sambil mengaru pipinya dengan rasa sedikit bersalah.
"Zafrel! Hadi! Mari makan,"panggil Qistina.
"Baik!"kata mereka berdua lalu duduk di meja makan.
Mereka duduk di meja makan lalu makan bersama.
"Sedapnya masakan ibu ni! Hadi suka sangat!"puji Hadi.
"Alhamdulillah,baguslah Hadi suka. Ingat bukan ibu je tau yang buat,"kata Zulika yang kini sudah berumur 14 tahun.
"Terima kasih untuk makanan ni Zulika & ibu,"kata Zafrel yang kini sudah berumur 17 tahun.
"Dah lah tu, cepat makan & ambil bekal makanan kamu semua. Nanti lambat pulak,"kata Qistina yang kini bekerja sebagai seorang doktor di Hospital Manik Sinar.
Setelah Selesai, mereka pun bertolak pergi ke sekolah. Zulika & Zafrel bersekolah di Sekolah Menengah Cahaya Bulan sementara, Hadi pula bersekolah di Sekolah Menengah Permata Biru.
Hadi terpaksa bersekolah di situ kerana tidak sempat mendaftarkan dirinya di sekolah abang & kakaknya jadi dia mengambil keputusan untuk bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan kejiranannya saja.
Di sekolah...
Seperti biasa bagi Hadi, sebuah salam dari para pembuli sentiasa saja sampai padanya setelah tiba di sekolah.
"Puas hati aku hari ni. Terima kasih sebab sudi jadi beg tinju aku hari ni,"kata Ahmadi Raykal yang baru saja selesai membelasah Hadi sebelum menuju ke kelas bersama 2 orang kawannya, Farid Amran & Aziz Luqman.
"Bye! Nanti berlatih lagi ya!"kata Hadi sambil melambaikan tangannya pada mereka lalu berjalan menuju ke kelasnya seperti biasa.
Sebenarnya, Hadi ni jenis yang sentiasa berfikiran positif, tenang & periang jadi dia banyak buat anggapan yang perkara macam tu hanya gurauan yang terlebih kasar atau latihan saja.
Di dalam kelas..
Guru kelas 1-A, Puan Farhana sedang mengajar mereka tentang sejarah.
"Baiklah, hari ni kita akan ceritakan tentang kaum-kaum yang ada di dunia. Kamu semua pasti tahu yang kita ada berapa kaum?"kata Puan Farhana.
Para murid mengangguk lalu menumpukan perhatian kepada guru mereka.
"Baiklah, Kita mempunyai beberapa kaum. Antaranya Kaum Duyung atau lebih dikenali sebagai Kaum Air atau Ais. Selain dari itu, Kaum Raksasa/Beast pula dikenali sebagai kaum Tanah atau hutan. Kaum yang paling disanjung tinggi pula ialah kaum bersayap. Kaum yang banyak gelaran antaranya kaum angin, kaum penguasa langit ataupun raja langit," terang Puan Farhana.
"Ouh, tapi kalau kaum untuk orang macam Hadi ni cikgu? Apa pulak ya?"tanya salah seorang pelajarnya yang ingin mengejek Hadi.
Pelajar lain ketawa akan soalan itu. Puan Farhana hanya mampu menggeleng.
"Cikgu pasti yang kaum macam Hadi ni tak pernah wujud pun atau mungkin tak wujud langsung,"kata Puan Farhana lalu menyambung pelajaran nya.
Semua pelajar didalam kelas Hadi tersenyum sinis sambil memandang Hadi. Tak dia sangkakan yang gurunya juga akan bercakap begitu.
Pada waktu rehat, Hadi pasti akan melepas di belakang sekolah di mana tiada orang pernah pergi ke situ sambil membaringkan dirinya di bawah sebuah pokok yang besar dikenali sebagai Pokok Elvotria.
Pokok Elvotria merupakan pokok yang sudah hidup selama beratus-ratus tahun & semakin pupus. Boleh dikatakan yang pokok yang hanya tinggal sekarang cumalah di sekolahnya saja.
"Hai, Encik Pokok. Apa khabar? Seronok betul lah duduk kat bawah Encik Pokok ni. Saya berharap sangat Encik Pokok tak kisah kalau saya duduk kat sini ya. Mungkin kita boleh menjadi kawan sebab maklum lah kita kan satu-satunya yang berbeza dari orang lain kan,"kata Hadi sambil memandang Pokok Elvotria itu.
Itulah kehidupan Hadi disekolah, takde kawan sebab berbeza. Semua orang seronok je sebab ada kawan kan. Itu lah yang dia selalu fikir. Agaknya apa yang membuatkan orang fikir yang berbeza itu teruk ya?
Walaupun begitu dia sentiasa mengingati pesanan ibunya.
"Hadi, jangan sedih kalau ada orang benci Hadi. Ingatlah yang Allah SWT sayangkan Hadi. Walaupun sejahat mana hambanya, Allah SWT tetap akan menyayangi nya & tetap akan menerima taubat seorang hambanya selagi pintu taubat masih belum tertutup. Ingatlah, pasti ada orang yang akan sayangkan Hadi jadi Hadi kena sentiasa berfikiran positif,"pesan ibunya.
Itulah nasihat ibunya yang meraih melekat dalam ingatan. Hebat sungguh Allah SWT.
Mungkin ini adalah ujian buat dirinya. Hadi hanya mampu bersabar & mengucap agar segala urusan nya dipermudahkan.
Ini lah kisah Hadi, Budak Bersayap Hitam.
Bersambung...
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...