Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Mereka akhirnya telah tiba di jeti. Mereka semua kelihatan teruja untuk bertemu keluarga & orang tercinta mereka. Walaubagaimanapun, mereka tiba-tiba saja terkaku sebaik saja memandang suasana jeti yang sudah hancur & hangus dijilat api.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Tak mungkin,"kata Hadi perlahan sambil jatuh terduduk.
"Apa yang dah jadi ni?"kata Encik Hazrul sambil melihat keadaan itu.
Mereka semua segera turun dari feri untuk melihat keadaan di sekitar jeti itu. Semuanya musnah & sudah hangus kerana dijilat api. Hadi hanya terdiam sambil melihat keadaan di sekeliling kawasan itu.
"Kenapa benda macam ni boleh terjadi?"kata Nurin yang kelihatan sebak melihat suasana seperti itu.
Tiba-tiba, Afiq muncul lalu berlari ke arah mereka. Yang lain hanya memandang sahabat mereka yang sedang melepaskan lelahnya itu. Dia sebenarnya berasa dikawasan itu kerana mahu memeriksa keadaan di situ.
"Afiq, apa dah jadi dengan tempat ni?"tanya Hadi.
"Kumpulan Bloody Phantom datang menyerang. Mereka serang semua kawasan jeti ni sehingga ke hujung kampung yang berada di kawasan ni. Jangan risau, semua selamat & hanya beberapa orang mengalami kecederaan,"kata Afiq sambil memandang mereka.
"Tak guna, berani betul mereka menyerang kita!"marah Raykal.
"Nampaknya, kita perlu bersiap sedia sebab kumpulan Bloody Phantom nampak macam dah tak sabar nak menyerang,"kata Mazrul.
"Mereka memang kejam,"kata Ana sambil melihat suasana di kawasan itu.
Hadi hanya memandang Nurin yang kelihatan tidak senang itu. Dia tahu yang Nurin pasti tidak akan menerima keadaan itu dengan senang apatah lagi dengan keadaannya sekarang.
Sang remaja itu terus saja berjalan mendekati Nurin lalu memeluknya perlahan. Sang puteri itu hanya mampu menangis di dalam pelukan suaminya itu sebaik saja melihat suasana yang menakutkan seperti itu.
Yang lain hanya mampu memandang mereka. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menghadapi segala perkara itu.
Di istana...
Dengan bantuan daripada kuasa telepotasi Hadi, mereka berjaya tiba jauh lebih cepat dari apa yang mereka bayangkan. Mereka semua segera bertemu dengan Raja Nasmir untuk membincangkan hal yang telah terjadi itu.
"Baguslah kamu semua telah pulang dengan selamat. Maaf dengan apa yang terjadi. Kamu tak sangka yang kumpulan jahat itu akan datang & menyerang penduduk di kawasan perkampungan yang berdekatan dengan jeti itu. Beta sangat kecewa dengan hal itu. Nampaknya, Bloody Phantom memang sedang hauskan darah sehingga mereka menggunakan tektik kotor untuk melemahkan kita,"kata Raja Nasmir.
Tiba-tiba, kelihatan seorang komander berjalan masuk lalu menunduk hormat dihadapan Raja Nasmir.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.