Setelah perjalanan yang lama, mereka pun berhenti di sebuah bandar yang dikenali sebagai Bandar Aqua.
Bandar Aqua merupakan bandar yang memiliki banyak sumber air yang bersih & bandar ini juga terkenal kerana memiliki banyak kolam air panas.
Mereka telah berhenti di sebuah hotel yang mewah bernama Hotel Arjuna Luna.
Hadi terkejut sangat sebab ini baru pertama kali dia menjejakkan kakinya ke bandar itu & ini juga merupakan kali pertama dia akan menginap di hotel yang mewah sebegini.
"Baiklah! Semua berkumpul ikut kelas masing!"kata Encik Razam sambil memegang senarai nama murid.
Setelah memeriksa kehadiran semua murid, setiap seorang daripada mereka akan mendapat sebuah bilik penginapan.
Semestinya, semua orang takkan berkongsi bilik sebab maklum lah anak orang kaya & bangsawan lebih memilih untuk memiliki bilik sendiri.
Setelah semua mendapat kunci bilik penginapan masing-masing, mereka semua pun diarahkan untuk berada didalam bilik sehingga jam 3 petang.
"Kamu semua ingat ya, pada jam 3 semua pelajar perlu berada di luar hotel kalau tak cikgu akan pastikan yang mana degil tu cikgu denda dia cuci tandas hotel ni,"kata Encik Hazrul sambil tersenyum kejam.
Semua pelajar meneguk air liur & kelihatan takut. Mereka tahu sangat dengan perangai Encik Hazrul ni. Dia memang cakap macam denda biasa tapi biasanya dia akan buat lebih ekstrem.
Hadi pun pernah kena. Dia ingat lagi yang masa tu kali pertama dia lewat ke kelas Encik Hazrul. Jadi dia didenda untuk berdiri di luar kelas je tapi cara Encik Hazrul lagi ekstrak. Dia suruh Hadi pegang satu meja sambil di atas meja tu disusun sebaldi air longkang & semangkuk penuh serbuk kapur.
Nasib baik tak jatuh masa tu kalau tak bermandi-manda lah diri Hadi dengan air longkang yang berbau harum tu. Bau ni memang mustajab sangat sebab boleh halau orang.
Setelah itu, semua pelajar ke bilik masing-masing. Begitu juga Hadi lalu dia memasuki bilik penginapan miliknya.
Dia dapat melihat sebuah bilik yang besar dilengkapi dengan sebuah tv, katil saiz Queen, jendela, ada kolam air panas peribadi pulak tu. Puas hati Hadi tengok benda-benda tu.
"Alhamdulillah, terima kasih ,ya Allah di atas rezeki mu kepada hamba-Mu,"ucapan Hadi lalu berbaring di atas katil itu.
Rasanya tersangatlah empuk bagaikan dia tidak mahu bangun saja. Bantal katil itu pun dipeluk oleh Hadi. Rasanya tersangat lah lembut & jauh lebih lembut dari memeluk Mr. Penguin milik Hadi.
"Ya Allah! Lembutnya! Lagi lembut dari Mr. Penguin!"kata Hadi yang terlalu geram dengan keempukan bantal & katil itu.
Setelah itu, Hadi pun pergi membersihkan diri & menunaikan solat setelah masuk waktu zohor. Setelah selesai, Hadi mengambil tablet miliknya lalu menyambung melukis komik miliknya.
Beberapa jam kemudian..
Hadi melihat ke arah jam tangannya, jam sudah menunjukkan yang kini sudah pukul 2.45 pernah lalu Hadi menyimpan tabletnya lalu bersiap untuk keluar pada jam 3 petang.
Pada jam 3 petang...
Hadi berkumpul di luar hotel & kelihatan ramai pelajar di situ. Tak lama selepas itu, Encik Razam & Hazrul telah datang ke arah mereka.
"Baiklah, sekarang kita akan pergi melawat ke Taman Hutan Putra. Jadi saya nak kamu semua jaga perangai & jangan cemarkan kawasan di sini ya,"kata Encik Hazrul.
"Baik!"kata mereka semua.
Lalu mereka pun bertolak pergi ke Taman Hutan Putra. Hadi berasa tersangat lah teruja. Apalah agaknya rupa taman tu ya? Mesti ada banyak spesies tumbuhan kat situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/247040988-288-k433413.jpg)
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...