Setelah beberapa hari berlatih...
Kini tibalah waktu yang dijanjikan oleh Red Alpha yang merupakan ketua kepada Bloody Phantom untuk berperang di tempat peninggalan sejarah yang pernah Hadi pergi. Para tentera mulai bersiap sedia dengan kelengkapan mereka begitu juga dengan Hadi & sahabatnya itu.
Hadi terus saja memakai sut khas yang disediakan oleh tentera. Ya, Hadi juga akan turut berlawan & berjuang bersama sahabatnya itu. pada masa yang sama dia masih mengingati saat dimana dia bercakap dengan Komander Aziz.
(Sila Rujuk Bab 96)
Imbas kembali...
Komander Aziz terdiam sebaik saja mendengar kata-kata Hadi. Walaupun begitu, dengan hati yang berat dia memandang Hadi & mengatakan sesuatu.
"Dengan sini, saya takkan menghalang awak, tuan Hadi. Ia adalah keputusan awak. Sekiranya awak degil nak sangat sertai peperangan ni, bersiap sedialah & pastikan awak memakai sut khas pada hari yang ditetapkan itu. Sut khas yang hanya orang berani berkorban saja yang akan memakainya. Kalau tak mahu pun, itu adalah pilihan terbaik. Jadi fikirkan semua tu sebelum awak buat keputusan kerana ia melibatkan sesuatu yang sangat berharga awak tahu,"kata Komander Aziz lalu berjalan meninggalkan Hadi.
Sang remaja itu hanya terdiam sebaik saja Komander Aziz memberitahu dirinya sesuatu lalu pergi meninggalkan dirinya di situ. Hadi hanya duduk di situ bersendirian. Dia hanya memandang ke langit yang cantik pada malam itu sebelum bangun & pergi ke biliknya.
Imbas kembali tamat...
Sebaik saja selesai, mereka semua terus saja berkumpul untuk mendengar arahan dari seseorang yang amat mereka kenali. Hadi hanya tersenyum sebaik saja terpandang 2 orang lelaki yang amat dia kenali itu.
"Baiklah, semua!!! Saya adalah bekas General, Evalian Dilverton. Jadi hari ni adalah hari perjuangan kamu semua! Bersemangat lah & berjuanglah sehabis baik!!"jerit Eva dengan penuh bersemangat.
"Baik, Tuan!!"kata para tentera.
"Dengar sini!!! Ini adalah medan perang!! Jadi jangan menangis & takut untuk melawan musuh kita!!! Kalahkan mereka sehingga mereka menyerah! Lawan mereka sehabis baik!! Beranikan diri kamu!!"jerit Eva lagi.
"Baik, Tuan!!!"kata Para Tentera lagi.
"Baiklah, ini adalah rancangan kita. Apa yang pasti kita pasti akan menang,"kata Eva sambil tersenyum sinis & memandang mereka.
Mereka semua hanya mendengar rancangan Eva yang kini menjadi general mereka. Walaupun sudah bersara, itu tak bermakna ia dapat menghentikan sang lelaki itu dari terus berjuang untuk melawan musuh mereka pada kali ini.
Sementara itu, di hospital....
Kelihatan seorang wanita tua mulai berjalan masuk ke dalam hospital yang menjadi tempat kerja ibu Hadi, Qistina. Semua petugas yang ada di situ hanya memandang sang wanita tua itu. Nurin hanya tersenyum sambil memandang sang wanita tua itu.
"Selamat kembali, Puan Marie,"kata Qistina sambil tersenyum.
"Ya, saya dah kembali. Mari kita bersama-sama berjuang untuk membantu mereka,"kata Puan Marie sambil tersenyum.
Di sebuah kawasan bandar....
Kumpulan A:
Terdiri daripada 55 orang tentera yang bersama dengan Hadi, Raykal & Komander Aziz. Mereka hanya meneruskan perjalanan mereka menuju ke tempat peninggalan sejarah yang berada di bahagian utara.
Kumpulan B:
Terdiri daripada 50 orang tentera yang bersama dengan Zafrel, Encik Hazrul & Mazrul. Mereka semua terus saja berjalan ke kawasan bandar yang berada di bahagian timur.
Kumpulan C:
Terdiri daripada 49 orang tentera yang bersama dengan Aryan, Zakwan & Afiq. Mereka pula terus saja berjalan ke kawasan bandar yang berada di bahagian barat.
Kumpulan D:
Terdiri daripada 45 orang tentera yang bersama dengan Ana, Eva & Daniel. Mereka semua terus saja berjalan ke kawasan bandar yang terletak di bahagian selatan
Kumpulan E:
Tentera yang selebihnya yang akan menjaga kawasan hospital, bandar yang berpenghuni, kerajaan, istana atau perkampungan. Mereka juga adalah bantuan yang hanya menunggu arahan saja.
Mereka semua meneruskan langkah mereka mengikuti rancangan yang telah dirancang oleh Eva. Walaupun gementar, Hadi tetap saja cuba untuk menenangkan dirinya. Bukan senang untuk menghadapi peperangan pertamanya & tambahan pula musuh yang mungkin mereka bakal lawan selepas ini.
Walaupun begitu, ada perkara lain yang jauh lebih merisaukan. Ia adalah status kesihatan Hadi. Sang remaja itu kelihatan sangat merisaukan kesihatannya. Walaupun begitu, dia sudah membuat keputusan untuk tetap saja menyertai peperangan ini walaupun kesihatannya tidak begitu baik pada ketika itu.
Di sebuah kawasan bandar di bahagian timur...
Kumpulan B sedang memeriksa keadaan di kawasan itu. Ketika mereka sedang memeriksa kawasan itu, tiba-tiba berpuluh-puluh raksasa mulai keluar laku menyerang mereka. Mereka terus saja melawan raksasa-raksasa itu.
Pada masa yang sama, Zafrel telah terpandang seorang lelaki sedang berdiri di sekitar raksasa itu. Dia hanya memandang sang lelaki itu. Nampaknya, mereka bukan saja melawan raksasa malah penjenayah yang bekerja dengan Bloody Phantom.
"Marilah kita berseronok dengan lebih meriah,"kata lelaki itu.
Di sebuah kawasan bandar di bahagian Barat....
Kelihatan Kumpulan C sedangang berlawan dengan raksasa yang sama & bilangan mereka semakin bertambah setiap kali mereka berjaya membunuh ramai raksasa yang sebelumnya. Walaupun begitu, mereka juga menerima sebuah kedatangan tetamu yang tidak diundang.
Mereka hanya memandang seseorang yang berdiri di atas sebuah runtuhan bangunan & ia cuma tersenyum sinis ketika memandang mereka.
"Marilah kita menari bersama. Menari lah bersama saya sehingga nafas yang terakhir,"kata perempuan itu sambil tersenyum sinis.
Di sebuah kawasan bandar yang terletak di bahagian selatan...
Kelihatan Kumpulan D turut melawan raksasa & beberapa orang pengikut Bloody Phantom. Ketika mereka sedang berkawal, mereka terpandang seseorang yang merupakan ketua utama di kawasan itu.
"Jadikanlah jeritan kesakitan sebagai melodi buat aku,"kata orang itu sambil memandang mereka dengan renungan yang menakutkan.
Di pertengahan jalan menuju ke kawasan peninggalan sejarah yang terletak di bahagian utara....
Kelihatan para tentera sedang menuju ke sana dengan menggunakan kenderaan tentera mereka. Ketika sedang berjalan menuju ke sana, kelihatan sekumpulan raksasa yang berada di dalam bilangan yang sangat Rania telah menghalang jalan mereka sehingga memaksa mereka untuk tetap berlawan. Hadi terus saja melompat keluar dari kenderaan laku terus saja melibas pedangnya sehingga mengakibatkan kesemua raksasa di situ tetap saja berjalan pergi.
Walaupun begitu, ada sesuatu yang Maish belum selesai. Tiba-tiba, muncul seorang lelaki yang amat Hadi kenali. Dia hanya memandang lelaki itu dengan perasaan yang sangat terkejut sehingga membuatkan Hadi kehilangan kata-katanya.
"Bertemu lagi kita, Hadi. Ingat lagi siapa aku bukan?"kata orang itu.
Hadi hanya memandang orang itu. Walaupun dia tidak pernah menyimpan kebencian & dendam pada orang itu. Dia masih marah akan apa yang terjadi pada ketika dahulu.
"Firdaus, kenapa kau buat semua ni?"tanya Hadi sambil Firdaus.
"Sebab aku gembira sangat dapat berlawan dengan kau kali ni & aku pasti Akan membuatkan kau merasai kesakitan yang kau dah lakukan pada aku dulu!! Bersiap sedia lah untuk terima apa yang kau patut terima!!"kata Firdaus.
Bersambung....
![](https://img.wattpad.com/cover/247040988-288-k433413.jpg)
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...