Bab 33: Mengembara Ke Sebuah Tempat (Part 1)

1.6K 150 26
                                    

Setelah peristiwa itu, Aryan kini tinggal bersama dengan Hadi & telah diambil menjadi anak angkat oleh Qistina.

Aryan kelihatan sangat bahagia sejak tinggal bersama dengan mereka & itu membuatkan Hadi & yang lain senang sekali melihatnya.

Tetapi disebabkan Aryan masih 12 tahun, dia semestinya akan bersekolah di sekolah rendah kan tapi disebabkan dah banyak kali hal yang sama berulang, Zakwan ambil keputusan untuk membenarkan Aryan untuk bersekolah di Sekolah Hadi & menjadi rakan sekelasnya.

Zakwan terpaksa membenarkan Aryan untuk masuk ke sekolah Hadi atas beberapa faktor & itu menjadi sebuah perbualan hangat di sekolah Hadi.

Aryan berjalan ke kelas bersama dengan Hadi & Afiq. Dia adalah antara pelajar yang paling termuda di situ malah ke-2 paling pandai.

Jadi itu juga menjadi antara alasan kenapa Zakwan menerima Aryan masuk ke sekolah Hadi. Dia pasti yang Aryan adalah pelajar yang terlalu pintar tapi takkan pernah mengalahkan orang yang Pertama.

"Agaknya, siapa ya budak pertama  yang paling pandai tu ya?"tanya Afiq sambil memandang Hadi & Aryan.

"Rasanya, mungkin kau kot,"teka Hadi.

"Mana mungkin, aku sendiri pun mengaku yang Aryan lagi pandai dari aku,"kata Afiq.

"Agaknya, kak Nurin kot,"teka Aryan pula.

"Mungkin, tapi pengetua cakap yang dapat tempat pertama tu seorang lelaki,"kata Afiq.

"Agaknya siapa lah tu?"kata Hadi sambil berfikir.

Tiba-tiba, sebuah pengumuman telah disampaikan oleh Encik Hazrul & memanggil semua pelajar untuk berkumpul di dewan.

Di dewan sekolah...

Semua pelajar mulai berkumpul & mereka semua kelihatan tertanya-tanya apakah penyebab mereka perlu datang ke situ.

"Assalamualaikum & apa khabar kepada semua pelajar? Saya berharap kamu semua sihat. Saya memanggil kamu semua ke sini untuk pengumuman yang akan di sampaikan oleh Encik Hazrul,"kata Encik Razam sebelum memberikan peluang kepada Encik Hazrul.

"Baiklah, Assalamualaikum, semua. Saya ingin memberitahu kamu semua bahawa sekolah kita akan mengadakan sebuah Lawatan & perkhemahan di sebuah kampung bernama Kampung Hutan W'elvart . Jadi semua pelajar wajib ikuti lawatan ini kecuali dengan alasan yang kukuh,"kata Encik Hazrul.

Ada pelajar yang kelihatan teruja,ada yang tak berminat malah mengomel, ada yang buat tak tahu & ada juga yang bersedia untuk memberi seribu satu alasan sebab tak nak pergi & nak tidur kat rumah.

Setelah itu, ramai pelajar yang tidak mengikuti lawatan itu dengan alasan mereka sibuk dengan hal-hal sekolah ataupun mempunyai masalah tertentu.

Sementara itu, pelajar yang gagal melepaskan diri & sudi mengikuti lawatan itu mengambil borang & surat kebenaran ibu bapa dari Encik Razam.

"Wah, menarik saja. Kau nak pergi tak, Afiq?!"tanya Hadi yang kelihatan teruja.

"Haha, mestilah! Siapa yang tak suka kan?"kata Afiq.

"Amboi, bukan main happy ya korang berdua ni. Kau ingat kau je ke nak pergi?"kata Raykal dengan nada jengkel.

"Aku pun tak sabar nak pergi. Dah lama aku tak pergi ke lawatan macam ni,"kata Mazrul.

"Seronok ke?"tanya Aryan yang baru saja mahu mengenali dunia.

"Mestilah! Ada banyak kehidupan yang kau boleh tengok contohnya serangga & macam-macam lagi. Antara serangga yang kau boleh kau ialah Elvira Ranau, Exsperbugs...bla..bla,"terang Hadi dengan panjang lebar sambil menyebut bermacam-macam jenis nama saintifik serangga & haiwan.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now