Bab 58:Pelukis Komik

1.2K 127 9
                                    

Setelah beberapa minggu kemudian...

Hadi telah membeli  rumah pertamanya yang tidak jauh daripada rumah ibunya. Dia tidak sampai hati untuk berjauhan dengan ibunya, Qistina malah Nurin juga setuju untuk menerima cadangan Hadi kerana ia juga tidak jauh daripada kawasan istananya & hal itu serba sedikit dapat menyenangkan kerjanya untuk pergi ke istana untuk apa-apa urusan penting.

Setelah selesai membayar rumahnya, kini rumah itu sudah menjadi milik Hadi sepenuhnya. Mulai saat itu, Hadi mulai tinggal di rumah itu bersama dengan Nurin. Lagi pun dia mahu Nurin berasa sedikit selesa. Tambahan pula, Aryan si adik angkatnya itu sudah semakin dewasa & perlukan ruang juga untuk menyesuaikan dirinya dengan kedatangan Nurin dalam keluarganya itu.

Di rumah Hadi...

Setelah memindahkan kesemua barangan mereka, Hadi masuk ke dalam rumah itu untuk memeriksa keadaan di sekeliling rumahnya itu sebelum Nurin berjalan mendekatinya.

"Terima kasih, Hadi. Susah-susah je awak beli rumah ni. Mana awak dapat semua duit nak beli rumah ni?"tanya Nurin yang ingin tahu.

"Sama-sama, Nurin. Tak payahlah risau, sebab saya guna duit saya sendiri je. Ini semua hasil kerja keras saya sendiri jugak,"kata Hadi sambil tersenyum.

Walaupun usia dia baru saja 17 tahun, dia sudah mampu membelikan sebuah rumah menggunakan duit sendiri. Siapa yang tak terkejut kan? Selepas itu, Hadi membaringkan tubuhnya yang penat itu di atas sofa setelah memindahkan hampir kesemua barangannya itu. Dia serba sedikit berasa senang kerana rumah itu sudah mempunyai kelengkapan yang mencukupi seperti perabot. Tak perlu lah dia bersusah nak beli lagi kecuali dia perlukan nya saja.

"Penatnya, mungkin aku patut minta tolong Aryan. Sekurang-kurangnya aku tak payahlah berpenat-lelah sangat hari ni,"rungut Hadi.

Menyesal pulak tak ajar Aryan tolong dia pindahkan barang masuk ke rumah barunya itu. Pada masa yang sama, Nurin sedang mengemas bilik mereka yang berada di tingkat atas. Setelah selesai, mereka mengemas segala isi & luar rumah mereka, mereka akhirnya dapat berehat bersama di ruang tamu. Penat sungguh rasanya, lagi-lagi buat Hadi.

"Hadi, minumlah. Awak mesti penat kan?"kata Nurin sambil menghidangkan secawan teh panas di hadapan Hadi.

"Terima kasih,"ucap Hadi lalu menghirup tehnya itu.

Nurin duduk di sebelahnya sambil menghirup kopinya itu. Bagi Nurin, tiada apa yang lebih menyenangkan apabila menghirup kopi selepas kerja, lagi-lagi kalau kopi latte yang panas. Itulah kopi yang sering dia minum selepas selesai bekerja. Hadi pulak semestinya tak suka kopi. Dia tak suka kopi bukan sebab pahit. Itu cuma alasannya untuk mengelakkan orang lain mengetahui punca sebenar dia tidak menyukai minuman itu.

"Hadi, kenapa awak tak suka kopi?"tanya Nurin.

"Sebab kopi pahit,"jawab Hadi.

"Takkan gula ada ke? Tambah gula je, dah tak pahit kopi ni,"kata Nurin.

"Tapi aku tetap tak suka,"kata Hadi.

"Kenapa?"tanya Nurin lagi.

"Sebab saya trauma minum kopi,"kata Hadi yang mulai berasa malu.

Nurin ketawa kecil. Dia tidak menyangka yang suaminya itu ada trauma dengan kopi. Apa salah kopi tu sampai Hadi boleh trauma tiba-tiba ni?

"Kenapa awak trauma pula?"tanya Nurin.

"Sebab masa kecik saya tak sengaja terminum kopi & rasanya sangat pahit sebelum kopi tu tertumpah kat atas tangan saya. Disebabkan kopi tu panas, tangan saya pun melecur teruk masa tu,"kata Hadi sambil pipinya mulai berona kemerahan.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now