Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Amaran: buat yang Alone & single jangan baca kalau tak nak terasa dengan cerita author kali ni..sebab cerita bab yang ni boleh tahan manis lah...😂😂
Setelah beberapa hari kemudian..
Hadi sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani pemeriksaan terakhirnya itu. Walaupun begitu, dia serba sedikit dapat berbicara cuma suaranya sedikit perlahan & lemah. Tapi dia harus bersabar & mendengar nasihat doktornya.
Dia harus banyak berehat, tidak melakukan kerja berat, jaga pemakanan, datang ke hospital itu untuk pemeriksaan kesihatan & elakkan dari stres. Itu lah pesanan doktor yang merawatnya. Dia mengikut apa yang diberitahu doktor & atas jasa kelebihan darahnya yang itu, kecederaannya 2 kali lebih cepat sembuh dari biasa.
Dia hanya mampu berdoa & bersyukur tidak terhingga kerana masih hidup malah telah dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Bukan itu saja, Hadi juga bakal menghadapi sebuah peperiksaan penting & terbesar dalam hidupnya. Ini adalah penentu jalan masa hadapannya. Tempoh sebelum peperiksaan itu berlangsung hanya tinggal sebulan saja lagi.
"Hadi, kamu pasti ke nak ambil ujian tu? Lagi pun kamu baru keluar dari hospital & kau cuma ada masa sebulan je lagi. Apa kata kamu ambil 2 bulan nanti lah ya,"kata Zakwan.
"Takpe, Hadi sedia saja. Lebih baik terima daripada menangguh. Lagi pun itu pasti tidak adil pada yang lain kan,"kata Hadi perlahan.
Zakwan berasa serba salah saja kalau membiarkan Hadi membuat keputusan sebegitu akan tetapi dia harus akur & tiada gunanya kalau dia tetap melawan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dalam masa sebulan itulah, Hadi memanfaatkan hampir segala masa yang dia ada. Dia takkan membazirkan setiap saat dengan hak yang tidak berfaedah.
Semua orang cakap yang budak pintar tak payah belajar sebab dah terlalu pandai kan? Tapi salah, tak kira kita pandai atau tidak, kita tetap harus belajar seperti mana yang NabiRasullullahSaw pernah bersabda, belajarlah kamu dari buaian hingga ke liang lahad. Itu lah pesanan ustaz Hadi di sekolah rendahnya dulu. Masih segar di dalam ingatannya sehingga sekarang.
Pada hari peperiksaannya...
Hadi duduk di tempatnya lalu berzikir & berdoa kepada Allah SWT agar segala urusannya dipermudahkan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Setelah itu, dia memandang kertas ujiannya sambil tersenyum lalu terus saja menjawab soalan itu dengan tenang sambil berzikir agar dirinya tetapi fokus & tenang ketika menjawab. Aryan juga turut mengambil ujian itu. Walaupun masih muda setahun, dia masih dapat mengambil ujian itu kerana kebijaksanaan nya.
Setelah beberapa hari melawan & menjawab kertas peperiksaan, akhirnya tamat sudah peperiksaan mereka & kini mereka sepertinya sudah bebas daripada cengkaman peperiksaan itu. Ramai pelajar mulai bersorak selepas berjaya menghabiskan kesemua kertas soalan mereka & kini mereka hanya perlu menunggu keputusan mereka keluar saja.
Pada waktu itulah, Hadi mula menetapkan matlamat untuk masa depan nya. Masih banyak yang dia bakal hadapi & hanya Allah SWT saja yang maha merancang malah mengetahui hal itu. Aryan juga kelihatan senang selepas berjaya menjawab kesemua soalan itu. Dia memandang Hadi sambil tersenyum. Seronok pula rasanya kerana dapat berjuang untuk peperiksaan itu.
Pada petang itu...
Hadi sedang melukis komiknya menggunakan tabletnya manakala Aryan pula sedang makan cip kentang sambil menonton tv. Tiba-tiba, telefon milik Hadi berdering lalu segera dicapai olehnya selepas memandang nama & mesej yang tertera pada skrin telefon pintarnya. ______________________________________ Nurin Si Tunang💕 Assalamualaikum,Hadi. Awak apa khabar?
Hadi Comel💘 Waalaikumussalam, Nurin. Alhamdulillah, aku sihat je. Kau pulak?
Nurin Si Tunang💕 Alhamdulillah, sihat jugak. Saya nak tanya ni. Awak ada masa terluang tak hari ni?
Hadi Comel💘 Ada je. Kenapa tanya?
Nurin Si Tunang 💕 Boleh tak kita jumpa kat Kafe Fresh Coffee nanti? Nanti saya bagitau sebabnya.
Hadi Comel💘 Ok, si comel. Nanti Hadi datang tau..😘😘
Nurin Si Tunang💕 Ish, ada2 jelah awak ni, cik abang. Belum kawin dah sweet2 pulak ya..🤭🤭
Hadi Comel💘 Ala, gurau je. Janganlah marah, tuan puteri..nanti tak comel😣😣😣💕
Nurin Si Tunang💕 Ada2 jelah awak ni, Hadi. Suka sangat kan buat saya malu & melting kat sini. 🤭🤭☺️☺️
Hadi Comel💘 Apa salahnya kan, Nurin? Lagi pun saya baru je habis peperiksaan hari ni...😄😄😄
Nurin Si Tunang💕 Wah, baguslah kalau macam tu. Saya doakan awak lulus dengan cemerlang sekali..jangan hampakan kita ya.. 😚😚😚💕
Hadi Comel💘 Insyaallah, baiklah dinda. Kanda akan tunggu & akan buat dinda bangga..😘😘😘 ______________________________________
Hadi yang tersenyum sambil membaca & membalas mesej daripada Nurin. Dia sedar yang kadangkala cinta lepas kawin ni jauh lebih indah & takkan undang sebarang maksiat. Mungkin ada hikmah kenapa dia ditunangkan lebih awal daripada yang lain. Mungkin ia sebuah ketentuan Allah SWT juga. Lagi pun, dia suka-suka saja je nak usik Nurin agar terasa sedikit terhibur sebab Nurin mesti tertekan sebab banyak kerja nak buat sambil sambung belajar tu kan. Hadi pun menarik tangan Aryan lalu segera bersiap untuk pergi ke kafe bersama dengan Aryan untuk bertemu Nurin.
Di Kafe Fresh Coffee...
Hadi duduk di meja sambil menghirup teh panas sementara Aryan pula sedang menghirup kopi latte sementara menunggu kedatangan Nurin. Tiba-tiba Nurin berjalan ke arah mereka bersama dengan seorang lelaki kau duduk di hadapan mereka.
"Waalaikumussalam, Nurin. Takpelah, takde masalah pun. Ada apa kau nak jumpa aku ni?"tanya Hadi.
"Memperkenalkan ini abang saya, Asyraf Rifqi. Maaf sebab tak pernah bawa awak jumpa dia, Hadi," kata Nurin.
Hadi memandang Asyraf lalu bersalaman dengannya. Ini kali pertama dia bertemu dengan abang Nurin.
"Takpe, Nurin. Lagi pun awak mesti sibuk dengan kerja awak kan? Jadi buat apa saya nak marah kan,"kata Hadi sambil tersenyum.
"Salam kenal, Hadi. Saya tak sangka akan bertemu kamu Hari ini,"kata Asyraf.
Hadi mengangguk perlahan lalu memandang Nurin.
"Nurin, kenapa kau nak jumpa aku sebenarnya ni?"tanya Hadi.
"Sebenarnya, saya ada benda nak bincang dengan awak,"kata Nurin.
Hadi memandang Nurin yang kelihatan mulai serius itu. Dia pasti yang ini bukannya sesuatu yang perlu dipandang remeh. Dia juga turut tertanya-tanya apakah yang ingin Nurin beritahu padanya.
"Ya, Hadi. Ini adalah perkara yang serius & tak boleh dipandang remeh. Saya harap kamu ambik serius tentang hal ini,"kata Asyraf.
Aryan memandang Hadi. Dia juga turut berasa risau kalau-kalau ianya merupakan sesuatu yang buruk. Dia berharap sangat yang hal itu sama sekali tidak melibat sesuatu yang teruk atau berkaitan dengan hal negara.