Bab 100:Neil Si Bayangan

805 85 9
                                    

Di kawasan bandar di bahagian timur...

Kelihatan zafrel, Encik Hazrul & Mazrul sedang bertaruh dengan Neil Si Bayangan. Sang lelaki itu tidak henti-henti bersembunyi disebalik bayangan sehingga menggagalkan mereka untuk menyerang dirinya. Walaupun begitu, mereka tidak menyerah & tetap saja menyerang sang lelaki itu tanpa henti.

"Dia terlalu pantas & tersembunyi seperti Bayangan! Apa kita kena buat sekarang?"tanya Mazrul.

"Hahaha! Kenapa? Aku terlalu laju ke untuk ditangkap?"ejek Neil yang tiba-tiba saja muncul di belakang mereka lalu menghayunkan penukul besar miliknya ke arah mereka.

Mazrul yang tidak sempat mengelak terus saja terpelanting sehingga terlanggar para tentera yang lain. Zafrel hanya berdecit tanda geram lalu memandang Neil yang sejak dari tadi hanya tersenyum sinis.

"Kenapa? Takut? Marilah kita bermain di dalam bayangan aku,"kata Neil lalu mengurung salah satu daripada para tentera yang ada di situ.

"Tolong!! Tolong aku!!"jerit tentera yang dikurung itu.

"Apa kau nak buat pada dia?!"marah Encik Hazrul.

"Apa saja. Asalkan ia permainan yang menyeronokkan,"kata Neil lalu menggenggam tangannya & menyebabkan kurungannya menghimpit sehingga menghancurkan tubuh sang tentera yang malang itu.

"Hentikan!!"jerit Zafrel lalu menyerang Neil.

Walaupun begitu, Neil terus mengelak serangan Zafrel & memukul sang remaja itu dari belakang sebaik saja muncul melalui bayang-bayang. Zafrel terus saja terpelanting & disambut oleh Encik Hazrul.

"Kamu tak apa-apa, Zafrel?"tanya Encik Hazrul sambil memandang Zafrel.

Zafrel hanya mengerang kesakitan & mengangguk perlahan. Pada masa yang sama, satu-persatu para tentera mulai dipergunakan sebagai mainan Neil. Dibunuh & diseksa dengan kejam sebelum mati. Perbuatan sang lelaki itu menyebabkan Encik Hazrul mulai hilang sabar lalu meletakkan Zafrel perlahan-lahan.

"Zafrel, berlindung dengan tentera yang lain. Biar saya saja yang uruskan dia,"kata Encik Hazrul sambil memandang Neil.

"Tapi, macam mana dengan encik?"tanya Zafrel sambil memandang Encik Hazrul.

"Pergi! Bawa tentera yang lain menuju ke kawasan utara! Saya akan ikut kamu lepas ni,"kata Encik Hazrul.

Zafrel hanya mengangguk lalu menuju ke kawasan utara bersama dengan para tentera yang lain sebaik saja selesai melawan raksasa yang ada di kawasan tersebut.

Pada ketika itu, Encik Hazrul hanya merenung Neil. Sang lelaki itu hanya tersenyum senang dengan hal itu kerana dia menyangka yang dia dapat mengalahkan Encik Hazrul. Walaupun begitu, dia tidak mengenali diri Encik Hazrul yang sebenar & bakal menempah maut saja.

Ketika Neil sedang lengah, Encik Hazrul dengan sepantas kilat terus saja muncul dihadapan Neil lalu menendang Sang lelaki itu sehingga terpelanting jauh dari kawasan itu. Sang lelaki itu terus saja bangun lalu mengelap darah di bibirnya itu.

"Menarik, inilah apa yang aku mahukan,"kata Neil sambil memandang Encik Hazrul dengan senyuman sinis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Menarik, inilah apa yang aku mahukan,"kata Neil sambil memandang Encik Hazrul dengan senyuman sinis.

Walaupun begitu, dia tidak mengetahui yang Encik Hazrul bakal mengahabisi dirinya itu. Tiba-tiba, Encik Hazrul muncul dibelakang dirinya laku menendang & menumbuk tubuhnya tanpa henti. Dari sana, ke sini. Terus saja diserang bertubi-tubi oleh Encik Hazrul sehingga sang lelaki itu tidak sempat melakukan sebarang serangan.

"A..apa ni?!"jerit Neil sambil memandang Encik Hazrul.

"Rasakan ni! Magic spell:Diamond Prison!!!"jerit Encik Hazrul lalu mengurung Neil daripada melarikan diri mahupun melakukan sebarang serangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rasakan ni! Magic spell:Diamond Prison!!!"jerit Encik Hazrul lalu mengurung Neil daripada melarikan diri mahupun melakukan sebarang serangan.

Neil terus saja meronta-ronta di dalam kurungan itu. Encik Hazrul tanpa melengahkan masa terus saja menanggalkan cip mikro yang berada di belakang leher Neil yang sama seperti Rikana laku menghancurkannya.

Sebaik saja mendapati keadaan sudah selamat, dia terus saja membebaskan Neil dari kurungan magis yang dihasilkannya itu. Encik Hazrul hanya memandang Neil lalu duduk di sisinya sambil melepaskan lelahnya selepas menggunakan terlalu banyak Kuasa/Mana miliknya untuk melawan Neil. Walaupun begitu, dia terpaksa menunggu di situ sehingga Neil sedar sambil mengumpul semula tenaganya itu sebelum menuju ke kawasan di bahagian timur iaitu tempat peninggalan sejarah yang ditujui oleh Hadi.

Beberapa minit kemudian...

Neil mulai membuka matanya lalu memandang Encik Hazrul yang sedang duduk di sisinya sambil membersihkan senjata miliknya yang dipenuhi dengan darah raksasa itu menggunakan sehelai sapu tangan.

"Siapa kau ni?"tanya Neil sambil memegang kepalanya itu.

"Baguslah kau dah sedar. Kau ingat apa yang dah jadi sebelum ni?"tanya Encik Hazrul sambil memandang Neil.

"Aku cuma ingat yang aku diculik oleh seseorang. Mereka terus saja menggunakan aku sebagai spesimen untuk eksperimen gila & merbahaya mereka. Tanpa sedar, aku akhirnya telah dikawal oleh ketua kumpulan Bloody Phantom & melakukan banyak perkara keji. Maafkan aku atas apa yang telah terjadi,"kata Neil sambil menundukkan kepalanya tanda meminta maaf.

"Takpe, itu bukan salah kau, Neil. Mari pergi ke kawasan di bahagian utara. Setahu aku, ketua kau, Red Alpha ada di sana & panggil saja aku Hazrul,"kata Encik Hazrul lalu membantu Neil bangun.

"Baiklah, terima kasih kerana telah membebaskan aku,"kata Neil sambil memandang Encik Hazrul.

"Takde masalah. Lebih baik kita segera ke sana sebelum terlambat,"kata Encik Hazrul lalu berjalan menuju ke kawasan di bahagian utara.

Mereka terus saja menuju ke kawasan di bahagian utara termasuklah para tentera kumpulan B.

Bersambung....

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now