Beberapa minggu kemudian....
Di sebuah hotel...
Kelihatan sebuah majlis istimewa sedang berlangsung dengan meriahnya kerana hanya ahli keluarga, guru & sahabat mereka saja yang dijemput hadir ke majlis istimewa itu. Walaupun majlis itu hanya kelihatan biasa tetapi sudah memadai untuk memuaskan hati semua orang yang hadir.
Di sebuah bilik....
Kelihatan seorang jejaka sedang bersiap untuk majlis istimewa itu. Dia memakai pakaiannya yang kelihatan kemas & istimewa itu. Dia memandang cermin yang ada di dalam bilik itu. Rasa gembira bercampur gementar mulai menyelubungi dirinya.
Ini adalah satu-satunya hari yang paling istimewa di dalam kehidupannya. Dia menarik nafas lalu menghembuskan nafasnya perlahan-lahan agar dapat menenangkan dirinya itu. Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk lalu dibuka oleh seseorang.
"Hadi, dah siap ke?"tanya Zafrel sambil memandang Hadi yang sudah siap memakai bajunya itu.
"Urmm, dah tapi rasa macam tak je,"kata Hadi sambil menundukkan kepalanya ke bawah.
Rasa gementar & cemas semakin meningkat di dalam dirinya. Rasa susah pula untuk dia tenangkan dirinya itu. Zafrel berjalan mendekati Hadi lalu memegang bahu adik kesayangannya itu.
"Janganlah macam tu, ingat tau hari ni kan majlis istimewa untuk Hadi. Jadi tak payah lah gementar sangat. Majlis je kan?"kata Zafrel sambil tersenyum.
"Ya, abang. Apa yang abang cakap tu memang betul. Tapi abang pasti ke yang semuanya akan baik-baik?"tanya Hadi yang sedikit tidak yakin dengan dirinya.
Zafrel mengusap belakang Hadi lalu menarik pipi adiknya itu dengan penuh geram.
"Adui! Sakit abang! Maafkan Hadi!"jerit Hadi.
"Tahu pun. Mestilah ok je. Kalau tak ok, mesti ramai dah yang tak datang sekarang,"kata Zafrel.
Walaupun begitu, Hadi masih belum yakin pada dirinya. Walaupun ia cumalah satu majlis, ia tetap membuatkan Hadi berasa gementar & cemas. Tiba-tiba, Zakwan datang lalu masuk ke dalam biliknya.
"Haih, tak siap lagi ke?"tanya Zakwan sambil memandang kedua-dua anak lelakinya.
"Dah, cuma si Hadi ni. Tiba-tiba tak yakin pada diri pulak, ayah," kata Zafrel sambil memandang ayah tirinya itu.
Zakwan memandang Hadi lalu menyuruh Zafrel keluar & hanya meninggal mereka berdua di situ. Dia berjalan mendekati Hadi yang sedang duduk di atas katil lalu duduk di sebelah Hadi.
"Kenapa ni, Hadi?"tanya Zakwan sambil memandang Hadi.
"Takde apa-apa, cuma Hadi rasa macam tak bersedia je untuk majlis istimewa ni lah, ayah. Hadi tak faham pun apa yang patut Hadi buat,"kata Hadi sambil memandang ayah tirinya itu.
Rasa gementar & cemas masih lagi belum hilang dalam dirinya. Hal itu membuatkan Zakwan berasa sedikit risau lalu memegang bahu Hadi.
"Hadi, ayah tahu kamu tak bersedia. Tapi ini adalah apa yang kamu dah setuju untuk pilih & kamu harus terima. Lagi pun takde manusia yang selalu bersedia termasuklah kamu, Hadi. Kita cuma lah manusia biasa & kita perlu lah berusaha untuk menjadi bersedia,"kata Zakwan sambil memandang anak tirinya itu.
Hadi mulai tersenyum sambil memandang Zakwan. Kata-kata Zakwan serba sedikit dapat mengurangkan perasaan cemas & gementarnya itu. Dia gembira sangat yang Zakwan datang ketika dia benar-benar memerlukan nasihat seperti itu.
Di dewan utama hotel....
Kelihatan orang ramai sedang menikmati majlis tersebut. Walaupun sederhana ia tetap meriah & sangat memuaskan hati. Sementara itu, Zafrel & Zulika sedang berdiri di hadapan pintu utama dewan sebagai penyambut tetamu jemputan mereka.
Tak lama kemudian...
Kelihatan Adam bersama sahabat mereka yang lain telah datang ke arah mereka. Mereka saling berpelukan & bersalaman antara mereka setelah lama tidak bertemu kerana mengikuti haluan masing-masing.
"Zaf! Lama tak jumpa kau, Bro! Kau sihat?!"kata Adam sambil memeluk sahabatnya itu.
"Haha, lama tak jumpa kau juga. Alhamdulillah aku sihat je,"kata Zafrel sambil tersenyum.
"Terima kasih sebab jemput kami semua untuk datang ke majlis ni,"kata Akmal.
"Ya, lama tak jumpa korang ya. Semua dah berubah sekarang ya,"kata Adriana.
Kini, Adam sudah bekerja sebagai pemain bola keranjang sambil membantu adiknya, Raykal menguruskan perniagaan keluarga mereka manakala Akmal pula sedang sambung belajar untuk menjadi seorang pakar perubatan. Adriana pula menjadi seorang askar yang berpangkat lans koperal manakala Ana pula mewarisi syarikat perniagaan keluarga mereka & bekerja sebagai pereka fesyen tudung.
"Sebenarnya majlis sempena apa ni, Zafrel? Kau cakap ni majlis istimewa tapi majlis apa?"tanya Adam sambil memandang Zafrel.
Zafrel & Zulika saling memandang diantara mereka sambil tersenyum.
"Adalah! Tunggu dengan penuh kesabaran ya,"kata mereka berdua serentak.
Di bilik hotel Hadi....
Hadi sedang duduk di atas katil sambil mengingati sesuatu sebelum majlis ini diadakan. Dia mulai teringat waktu dimana dia bertemu Nurin & abangnya, Asyraf di Kafe Fresh Coffee.
Imbas kembali....
"Sebenarnya, saya ada benda nak bincang dengan awak,"kata Nurin.
Hadi memandang Nurin yang kelihatan mulai serius itu. Dia pasti yang ini bukannya sesuatu yang perlu dipandang remeh. Dia juga turut tertanya-tanya apakah yang ingin Nurin beritahu padanya.
"Ya, Hadi. Ini adalah perkara yang serius & tak boleh dipandang remeh. Saya harap kamu ambik serius tentang hal ini,"kata Asyraf.
Aryan memandang Hadi. Dia juga turut berasa risau kalau-kalau ianya merupakan sesuatu yang buruk. Dia berharap sangat yang hal itu sama sekali tidak melibat sesuatu yang teruk atau berkaitan dengan hal negara.
"Apa perkara yang serius sangat tu?"tanya Hadi yang mulai kelihatan risau.
Nurin menarik & menghembuskan nafasnya perlahan-lahan lalu memandang Hadi. Rasa debar & malu mulai menyelubungi dirinya tetapi hasrat yang kuat memaksa dirinya untuk meluahkan hasrat yang terpendam itu lalu dia memberitahu Hadi sesuatu.
Hadi terkaku seketika sambil memandang Nurin setelah mendengar apa yang Nurin baru kata padanya. Hatinya mulai berdegup kencang & air peluh mula mengalir membasahi dahinya. Pipinya mulai berona kemerahan. Perasan apakah yang sebenarnya dirasai oleh dirinya itu?
"Saya tak bermaksud untuk paksa awak Hadi tapi saya dah tak mampu lagi untuk melihat awak disakiti. Tolonglah benarkan saya sentiasa di sisi awak. Saya mahu hubungan kita menjadi semakin rapat & tolonglah jujur dengan Saya. Jawablah persoalan saya ni , Hadi," kata Nurin sambil memandang Hadi.
Hadi terdiam sejenak memikirkan soal Nurin tadi. Dia hanya mampu memandang Nurin yang mulai mengalirkan air mata. Dia tahu yang Nurin sedang benar-benar serius tentang hubungan mereka lalu dia menghulurkan sekeping coklat bersama dengan sapu tangannya kepada Nurin.
"Janganlah bersedih lagi, Tuan puteri. Sebab dalam dunia ni akan ada seorang sahabat yang akan setia dengan kau & semestinya seorang sahabat yang juga pemaaf,"kata Hadi sambil tersenyum.
Nurin mulai teringat akan punca dia menjadi sahabat dengan Hadi. Dia teringat akan waktu dimana dia bertemu Hadi. Itulah memori terindah dalam hidupnya.
(Sila Rujuk Bab 5 untuk faham cerita bab kali ni)
"Terima kasih, Hadi,"kata Nurin sambil mengesat air matanya.
"Saya anggap saja yang awak sudah tahu jawapan saya, Nurin"kata Hadi sambil tersenyum ketika sedang memandang Nurin.
Bersambung....
ANDA SEDANG MEMBACA
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
![Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]](https://img.wattpad.com/cover/247040988-64-k433413.jpg)