Bab 19:Kisah Pertemuan Kami (Part 2)

1.7K 162 20
                                        

Setelah beberapa hari...

Afiq menghabiskan banyak masa dengan Hadi sementara menunggu dirinya untuk sembuh. Setelah menceritakan segalanya pada Hadi tetapi dia tidak memberitahu tentang dirinya yang merupakan seorang putera.

Setelah memastikan Afiq sudah mampu berjalan, Hadi telah membawa Afiq ke sebuah tasik yang tidak begitu jauh daripada kabin dengan menaiki kereta kayu yang ditarik oleh kumpulan serigala.

"Hadi, ni pun kawan serigala kau jugak ke?"tanya Afiq sambil melihat kumpulan serigala itu kerana ia jauh berbeza dari kumpulan serigala yang dia pernah lihat sebelum ini.

"Ya, ini Squad Forest Wolf. Mereka biasanya lebih suka dengan kawasan hutan & mereka sangat lasak,"kata Hadi sambil memandu kereta kayu itu.

Di tasik..

Mereka dapat melihat sebuah pokok-pokok yang besar berasa berdekatan dengan tasik itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Mereka dapat melihat sebuah pokok-pokok yang besar berasa berdekatan dengan tasik itu. Keadaan di situ kelihatan sangat tenang & indah. Itulah ciptaan Allah SWT yang maha mencipta.

"Wah! Cantiknya! Tempat apa ni Hadi?!"kata Afiq yang kelihatan teruja.

"Ini namanya Tasik Indra. Tasik ni memang cantik sangat kan, Afiq. Jom pergi mandi!!!"jerit Hadi lalu menanggalkan bajunya & terjun ke dalam air.

"Eh?! Nanti! Tunggu saya, Hadi!"kata Afiq yang turut sama mandi ke dalam tasik bersama dengan Hadi.

Mereka berseronok berenang bersama. Afiq tidak pernah melakukan perkara sebegini sebelum ini. Dia biasanya akan berada di dalam istana & hanya bermain di taman istana. Ianya sangat membosankan buat Afiq kerana dia hanya mampu bermain di situ & tidak mempunyai seorang sahabat untuk bermain apabila abangnya sibuk.

Selepas penat berenang, mereka menyalin pakaian lalu Hadi pun menghidupkan unggun api untuk memanaskan badan mereka yang kesejukan semasa berenang tadi.

Setelah itu, Hadi mengajar Afiq membuat joran untuk memancing & ia tidaklah berjalan dengan sangat lancar seperti yang dia bayangkan. Afiq memang tak pandai memancing.

"Serius lah, awak tak pandai?"tanya Hadi sambil memandang Afiq yang tidak tahu cara untuk memancing.

"Tak, saya tak pernah memancing sebelum ni,"kata Afiq yang sedikit malu dengan pertanyaan Hadi.

"Haha, takpe. Biar saya ajarkan,"kata Hadi lalu mengajar Afiq cara untuk memancing.

Setelah lama memancing, mereka telah mendapat banyak tangkapan ikan lalu membakar ikan itu & ikan yang selebihnya mereka berikan kepada kumpulan serigala.

"Hadi, macam mana awak boleh berkawan dengan serigala ni?"tanya Afiq  sambil memakan ikan bakar.

"Oh, saya selamatkan ketua mereka & kerana terhutang budi, hampir semua kumpulan serigala yang ada di hutan ni jadi kawan saya,"kata Hadi sambil mengusap-usap kepala  salah seekor serigala nya yang ingin dimanjakan.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang