Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Setelah memastikan keadaan Aryan & Afiq sudah membaik, Hadi berjalan pergi sehingga dia naik ke atas feri itu lalu melihat pemandangan lautan yang indah itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ketika dalam perjalanan, Hadi hanya melihat ombak laut yang bergelora dengan tenang. Rasa tenang saja bila melihat pemandangan itu. Sudah terlalu lama dia tidak ke laut. Dia menghirup udara segar sambil menenangkan dirinya lalu membuka sayapnya itu.
Sebenarnya, hanya mereka saja yang menaiki feri itu. Jadi tiada siapa yang akan menganggu misi mereka yang pada masa yang sama, dapat bercuti berehat sekali. Menarik bukan? Dah lah buat misi tapi pada masa tu jugak, diorang boleh berehat & bercuti sepuasnya.
Hadi berdiri di atas feri itu lalu meregangkan badannya sebelum terbang. Dia melihat permandangan lautan itu. Pada masa yang sama, dia terpandang sekumpulan paus sedang berenang bersama dengan penuh bebasnya.
"Masyaallah! Paus biru!"kata Hadi sambil memandang sekumpulan paus biru itu lalu dia terbang semakin mendekat dengannya.
Hadi dapat melihat beberapa ikan paus biru sedang berseronok berenang bersama. Dia hanya tersenyum teruja. Pada masa yang sama, Zafrel yang sedang menghirup kopi sambil membaringkan dirinya di atas kerusi malas itu terpandang Hadi yang sedang terbang mendekati kumpulan ikan paus biru itu.
"Hadi!!! Datang sini balik!!"jerit Zafrel yang risau pada adiknya itu.
"Baiklah!! Hadi datang!"jerit Hadi lalu terbang menuju ke arah feri & terus saja mendarat di hadapan abangnya.
Dia hanya tersengih sambil memandang Zafrel. Tanpa dia sangkakan, satu ketukan yang menyakitkan telah mendarat di atas kepalanya. Hadi hanya mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Adui, apa salah Hadi, abang?!"tanya Hadi sambil memandang Zafrel.
"Kamu salah sebab terbang tanpa bagitau sesuatu! Kalau jadi apa-apa siapa yang susah nanti hah?!"bebel Zafrel.
Nurin hanya memandang mereka sambil tersenyum sementara Ana sedang sibuk menyapu krim pelindung UV untuk melindungi kulitnya dari terbakar. Biasalah perempuan, kecantikan harus dijaga cuma jangan terlalu keterlaluan je.