(Amaran: mungkin mengandungi unsur kekerasan, keganasan atau berdarah)
Budak itu berjalan mendekati Hadi sambil membawa pisau lipat. Sebaik saja budak itu mendekati Hadi, kedengaran bunyi jeritan yang kuat. Yang lain hanya menjadi pemerhati sambil menahan ketakutan & jeritan mereka.
"H.. hentikan,"rayu Hadi dengan suara yang perlahan sambil menundukkan kepalanya.
"Apa? Aku tak dengarlah. Cuba cakap kuat sikit,"kata budak itu sambil tersenyum sinis.
"Tolonglah, hentikan,"kata Hadi lagi.
Walaupun begitu, budak itu terus saja menendang perut Hadi sehingga membuatkan sang kanak-kanak itu terbaring kesakitan di atas lantai. Budak itu hanya tersenyum puas lalu berjalan pergi bersama yang lain.
Hadi hanya terdiam sambil menangis di situ. Dia takut, gementar & mulai berfikiran negatif. Walaupun begitu, dia sentiasa mengingati pesanan ibunya lalu tetap saja terdiam & cuba untuk tetap bersabar. Dia memandang tangannya. Kelihatan cecair berwarna merah mulai mengalir dari luka torehan pisau yang dibuat oleh budak itu.
Selepas waktu sekolah...
Hadi segera pulang ke rumah. Dia tidak mahu terserempak dengan kumpulan pelajar yang membuli dirinya itu jadi dia mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pintas melalui kawasan hutan. Dia terus saja melalui kawasan itu sehingg lah dia pulang ke rumahnya.
Hadi terus saja mengetuk pintu itu sambil mendiamkan dirinya & menunggu pintu rumahnya dibuka. Pada ketika itu, zafrel terus saja membuka pintu lalu terpandang Hadi yang kelihatan sedang menangis itu. Bajunya comot dengan kotoran & kesan darah. Hal itu membuatkan Zafrel terkaku. Hadi yang tidak dapat menahan sebaknya itu terus saja menangis sambil meraung sekuat hatinya & memeluk abangnya itu.
Selepas itu, Qistina terus saja merawat kecederaan Hadi termasuklah kesan torehan pisau itu. Qistina tidak menyangka yang hal seperti ini telah menimpa anaknya itu jadi dia mengambil keputusan untuk membawa masalah ini ke mahkamah.
Dari keputusan yang diterima daripada mahkamah, kesemua guru yang berada di sekolah Hadi termasuklah mereka yang terlibat telah dikenakan denda. Mereka harus membayar sekurang-kurangnya Rm 3400 kepada keluarga Hadi kerana perbuatan mereka yang teruk itu.
Walaupun begitu, hidup sang kanak-kanak itu tidaklah seceria yang orang lain fikirkan. Dia mulai trauma & seringkali berkurung didalam bilik. Zulika yang merupakan kakak Hadi, hanya mampu bersimpati dengan nasib adiknya itu. Zafrel turut juga mengalami masalah yang tersendiri. Bukan senang untuk dirinya terima sesuatu yang kanak-kanak lain tak pernah alami. Hal itu sangat menganggu fikirannya sehingga dia mengambil keputusan yang sangat merbahaya.
Pada tengah malam itu...
Hadi terjaga dari tidurnya lalu berjalan pergi ke dapur. Ketika dia sedang berada di dapur, dia terlihat abangnya, Zafrel sedang berjalan keluar dari rumah laku terus saja mengikutinya. Dia dapat merasakan sebuah firasat yang buruk tentang abangnya itu.
Dia terus saja mengikuti Zafrel sehingga tiba di sebuah bangunan yang tinggi & susah lama terbiar. Dia hanya memerhatikan abangnya disebalik tiang yang berdekatan kawasan itu. Zafrel terus saja berjalan sehingga mendekati sebuah jendela di bangunan itu lalu memanjat naik ke atasnya.
Hadi terkejut dengan perbuatan abangnya lalu segera berlari mendekati abangnya laku menjerit memanggil nama abangnya.
"Abang!! Hentikan!!"jerit Hadi.
Zafrel memberhentikan langkahnya lalu memandang Hadi sambil air matanya berlinangan. Hadi hanya memandang abangnya itu. Dia hairan mengapa abangnya bertindak melakukan sebuah perbuatan yang sama sekali ditegah oleh Islam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasíaHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
![Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]](https://img.wattpad.com/cover/247040988-64-k433413.jpg)