Bab 96: Perlawanan Antara Tentera & Hadi

946 97 12
                                        

Di taman istana...

Hadi hanya duduk di bangku taman bersama Komander Aziz. Hadi hanya memandang langit yang sedang dipenuhi dengan ribuan bintang itu sebelum memandang Komander Aziz.

Dia baru saja selesai memberitahu perkara sebenar berkaitan kesalahfahaman Komander Aziz tentang pengambilan ubatannya yang disangka sebagai penggunaan barangan terlarang.

"Saya tak boleh biarkan tuan pergi berperang dalam keadaan macam ni. Ia terlalu merbahaya dari apa yang tuan fikirkan tahu,"kata Komander Aziz.

"Saya tahu tapi saya tak boleh biarkan sahabat saya & orang lain dari melawan musuh kita tu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Saya tahu tapi saya tak boleh biarkan sahabat saya & orang lain dari melawan musuh kita tu. Lagipun tiada sesiapa tahu kan status kekuatan mereka. Apa gunanya saya ada kuasa yang kuat kalau saya tak boleh nak tolong kan?"kata Hadi sambil tersenyum kelat.

"Tapi, saya tak boleh benarkan awak pergi. Jadi tolong lah fikirkan sebaik mungkin. Lagipun kesihatan awak tak berapa baik,"kata Komander Aziz.

Hadi hanya terdiam lalu memandang ke arah langit. Dia tahu yang Komander Aziz merisaukan dirinya. Walaupun begitu, dia lebih rela pergi daripada berdiam diri saja. Lagipun, apa gunanya dia ada kuasa yang kuat kalau hanya berdiam diri tanpa membantu para tentera & sahabatnya melawan musuh mereka.

"Dengar sini, Komander Aziz. Saya tahu awak risaukan saya tapi tolonglah benarkan saya pergi. Jangan risau, saya pasti yang keadaan akan baik-baik saja selagi saya bekerjasama dengan mereka. Insyaallah,"kata Hadi sambil tersenyum.

Komander Aziz terdiam sebaik saja mendengar kata-kata Hadi. Walaupun begitu, dengan hati yang berat dia memandang Hadi & mengatakan sesuatu. Sang remaja itu hanya terdiam sebaik saja Komander Aziz memberitahu dirinya sesuatu lalu pergi meninggalkan dirinya di situ.

Hadi hanya duduk di situ bersendirian. Dia hanya memandang ke langit yang cantik pada malam itu sebelum bangun & pergi ke biliknya.

Keesokannya....

Kelihatan Hadi & sahabatnya sedang berlatih di sebuah Arena bersama dengan tentera yang lain. Walaupun mereka digelar sebagai tentera, tak semestinya mereka berjiwa baik & peramah ya.

"Heh, boleh harap ke dengan budak tu?"kata salah seorang tentera yang berada di situ.

"Yelah, aku tengok je pun mesti dia takkan boleh punya. Mana mungkin dia boleh menyertai peperangan ni dengan keadaan yang macam tu,"kata tentera yang lain.

"Aku setuju. Dengan badan yang pendek & nampak lemah tu. Boleh ke agaknya dia lawan musuh kita ni? Aku rasa mesti dia lari sampai rumah ni,"ejek tentera yang lain pula.

Aryan kelihatan seperti mahu menerkam mereka tetapi ditarik & dihalang oleh abang angkatnya. Hadi tahu Aryan marah kerana dia diperolok-olok oleh para tentera di situ tapi dia tidak kisah kerana peperangan ini tiada kaitan pun dengan apa yang mereka katakan tu.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang