Nurin berlari sekuat hatinya. Dia tidak mahu mengikuti Firdaus kerana takut akan diapa-apakan olehnya. Pada masa yang sama, Hadi mulai perasan akan ketiadaan isterinya, Nurin yang sedang bersama dengan Firdaus tadi.
"Mana Nurin?"tanya Hadi.
"Tak tahulah, tadi aku nampak dia dengan si Firdaus tadi,"kata Mazrul.
"Firdaus?"tanya Aryan.
"Ya, Ikram Firdaus, dia seorang anak bangsawan yang kaya. Dengar kata dia Playboy tau,"kata Raykal.
"Aku rasa tak sedap hatilah. Jom cari Nurin,"kata Hadi sambil memegang dadanya.
Hadi mulai berasa risau & cemas apabila Nurin mulai menghilang daripada pandangnya ketika sedang bersama Firdaus lalu keluar dari dewan untuk mencari Nurin bersama sahabatnya yang lain.
Nurin sudah mulai terasa penat tetapi tetap juga terus berlari. Dia harus cepat agar selamat daripada Firdaus. Dia tidak menyangka yang Firdaus yang merupakan rakan sekelasnya itu akan berbuat begini. Tiba-tiba Firdaus muncul dihadapan Nurin laku menumbuk pipi Nurin sehingga terjatuh. Nurin hanya mengerang kesakitan kerana tumbukan Firdaus yang kuat itu.
"Berani betul kau tinggalkan aku, Nurin. Aku belum habis cakap lagi! Aku tak sangka kau akan lebih memilih Hadi berbanding dengan aku yang sentiasa berada di sisi kau!!"jerit Firdaus.
"Aku takkan suka kau, Firdaus! Kau bukan kawan aku yang dulu. Mana Firdaus yang aku kenal dulu?"tanya Nurin yang mulai menangis.
"Heh, apa yang kau mengarut ni, Nurin Sayang? Inilah aku Firdaus yang kau kenal tu,"kata Firdaus yang tersenyum sinis.
Firdaus tanpa sebarang belas kasihan terus saja menampar Nurin & menarik tangan Nurin dengan kasar agar mengikuti dirinya. Nurin meronta-ronta mahu melepaskan dirinya. Pada masa yang sama, Aryan muncul & terlihat keadaan itu.
"Berhenti!!!"jerit Aryan lalu menendang perut Firdaus.
"T..tak guna!!! Berani kau ganggu aku!!"marah Firdaus sambil memegang perutnya.
"Aryan!"jerit Nurin lalu bersembunyi di belakang Aryan.
"Kak Nurin, pergi kat abang Hadi cepat! Jangan risau, biar Aryan je halang dia!"kata Aryan.
Nurin mengangguk lalu berlari pergi & mencari Hadi. Dia harus cepat kerana dia risau kalau-kalau Aryan akan dicederakan. Aryan memandang Firdaus & perasaan marahnya mulai membuak-buak sebaik saja melihat apa yang Firdaus telah lakukan kepada kakak ipar tiri kesayangannya itu. Firdaus hanya tersenyum sinis lalu mengeluarkan pedang-pedang dari tanah.
Aryan berasa terkejut dengan hal itu lalu segera mengeluarkan pedang berkembarnya untuk bersiap sedia kalau-kalau dia diserang. Firdaus tanpa memikirkan hal itu terus saja mengawal kesemua pedang-pedang nya itu bergerak menuju ke arah Aryan.
"Rasakan ni budak serigala!!! Aku akan pastikan aku dapat apa yang aku nak!!"jerit Firdaus.
Aryan mengelak kesemua pedang itu tetapi pedang itu tetap saja bergerak dengan pantas & mengikuti setiap pergerakan Aryan sehingga dia tidak sempat mengelak malah mengenai beberapa serangan pedang itu.
"Hahaha! Inilah akibatnya kau menganggu aku!"ketawa Firdaus.
Aryan menekup bahunya yang tercedera itu. Dia berharap yang Hadi & yang lain akan datang segera ke sini sebelum ada orang lain yang akan tercedera. Firdaus memandang Aryan & terus menyerang Aryan tanpa henti sehingga Aryan mengalami banyak luka pada tubuhnya. Aryan hanya mampu meraung kesakitan sambil menahan setiap serangan itu.
Tiba-tiba, sebuah pedang dilontarkan ke arah bahunya sehingga kesemua pedang nya mulai berhenti bergerak. Firdaus hanya meraung kesakitan lalu memandang Hadi. Aryan memandang abang tirinya yang tiba tepat pada waktunya. Hadi berlari mendapatkan Aryan yang sedang tercedera itu.
"Aryan, kamu tak apa-apa?"tanya Hadi sambil memandang Aryan.
"Abang Hadi, maafkan Aryan,"kata Aryan sambil memandang Hadi.
Aryan kelihatan sedikit lemah setelah menerima banyak luka akibat serangan Firdaus yang bertubi-tubi itu. Hadi mulai berasa marah lalu memandang Firdaus. Pada masa yang sama, Nurin bersama Mazrul & Raykal datang ke arah mereka.
"Aryan!"jerit Nurin lalu mendapatkan Aryan yang sedang terbaring di atas tanah itu.
"Berani kau sakiti kawan aku! Aku takkan lepaskan kau!"marah Raykal.
Mazrul juga berasa sangat marah akan hal itu lalu mengeluarkan tombak nya lalu menyerang Firdaus. Raykal tanpa melengahkan masa, terus saja menyerang Firdaus menggunakan pedang miliknya.
"Nanti dulu!!"jerit Hadi.
"Heh, masuklah ke perangkap aku!!"jerit Firdaus lalu memerangkap mereka berdua ke dalam kurungan besi.
"Apa yang?! Lepaskan aku!!"jerit Raykal.
Mazrul & Raykal cuba memecahkan kurungan besi itu tetapi gagal. Hadi mahu melepaskan mereka tetapi Firdaus terlebih dahulu menyerangnya. Hadi terus saja mengelak setiap serangan daripada Firdaus. Nurin & Aryan hanya melihat perlawanan diantara mereka berdua.
"Bertahan ya, Aryan,"kata Nurin sambil mengusap kepala Aryan.
Aryan mengangguk perlahan. Dia bagaikan tidak mampu menggerakkan tubuhnya yang sakit itu. Dia hanya mampu melihat Hadi berlawan untuk mempertahankan mereka.
"Apa yang kau nak sebenarnya?!"jerit Hadi.
"Aku mahukan Nurin!! Serahkan di dasar perampas!!"marah Firdaus.
"Apa yang kau mengarut ni, Firdaus?! Aku takkan benarkan kau dekati dia!"kata Hadi.
"Baiklah, aku akan paksa kau,"kata Firdaus sambil tersenyum sinis lalu menghala kan pedang dari belakang Nurin & mengeluarkan duri-duri besi yang tajam ke arah Mazrul & Raykal.
"Hentikan! Jangan apa-apa kan mereka!"rayu Hadi.
"Baiklah, letakkan senjata kau & aku akan lepaskan mereka,"kata Firdaus sambil tersenyum.
"J..jangan a..abang Hadi,"kata Aryan lemah.
"Hadi! Jangan dengar apa yang dia cakap!"jerit Nurin.
Hadi mulai buntu. Dia tidak tahu apa yang perlu dia buat. Dia tidak mahu sahabat-sahabatnya dicederakan malah benda yang buruk akan berlaku pada Nurin tetapi dia harus memilih jalan. Hadi mulai teringat akan sesuatu yang pernah datuknya bagitau ketika dia dibawa pergi semasa dia berada di alam mimpi ketika koma.
Hadi memandang Firdaus yang sedang bersiap sedia untuk menyerangnya & yang lain. Dia harus memikirkan sesuatu agar dapat menyelamatkan nyawa sahabatnya & dirinya juga. Ini adalah sesuatu yang sangat terdesak & merbahaya kalau tersilap langkah dalam memilih.
Bersambung....
ANDA SEDANG MEMBACA
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasíaHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
![Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]](https://img.wattpad.com/cover/247040988-64-k433413.jpg)