Keesokannya, Hadi bangun daripada tidur lalu bersiap & pergi ke taman istana kerana Afiq telah memintanya untuk berkumpul di situ semalam.
Hadi yang tidak mengetahui apa tujuan Afiq memanggil nya itu tertanya-tanya apa agaknya yang Afiq mahu lakukan ya.
Di taman istana..
Hadi dapat melihat Nurin, Mazrul, Raykal & ada seorang lain yang bersama mereka di situ. Tetapi Zafrel takde di situ. Mungkin dia belum datang agaknya.
""Hai, Hadi! Kau apa khabar?"tegur Mazrul.
"Hai, Mazrul! Alhamdulillah, baik,"jawab Hadi lalu berjalan mendekati mereka.
"Baguslah kau dah datang. Aku ingat kan tidur lagi tadi,"kata Afiq dengan nada mengejek.
"Afi! Tak baiklah,"kata Hadi dengan geram.
"Haha, apalah awak ni, Afiq. Tak baiklah kenakan Hadi macam tu,"kata Nurin sambil ketawa.
Raykal pula hanya diam & memandang ke arah lain. Hanya dia saja yang tidak dapat menerima Hadi seperti yang lain.
"Siapa ni?"tanya Hadi sambil memandang budak perempuan yang berdiri disebelah Nurin
"Oh, ini kawan saya, Ana Raffalia,"kata Nurin
"Oh, Selamar berkenalan! Saya Hadi Haikal,"kata Hadi sambil memperkenalkan dirinya.
"Hai, selamat berkenalan juga, Hadi,"kata Ana
"Mana Zafrel? Dia tak datang lagi ke?"tanya Afiq.
"Dia cakap dia akan datang kejap lagi,"kata Hadi sambil memegang telefon pintarnya.
Tanpa mereka sedari, ada seseorang sedang memerhatikan mereka.
"Tuan, kami dah jumpa sasaran. Semua target ada di tempat yang sama. Patut ke kita mulakan plan kita?"tanya orang itu sambil bercakap dengan orang lain melalui telefon pintarnya.
"Mulakan, ini peluang keemasan kita. Jangan biarkan mereka terlepas walaupun seorang,"kata tuannya.
"Baiklah, pintu dimensi"kata Orang itu lalu memunculkan sebuah lubang gelap dibawah mereka & menarik mereka masuk ke dalam.
"Apa dah jadi?!?!"jerit Nurin.
"Tolong!!! Tolong kami!!!"jerit Ana
"A..aku tak boleh bergerak!!"jerit Raykal.
Mazrul cuba menggunakan sayapnya untuk terbang tetapi gagal & mereka ditarik semakin dalam.
Zafrel yang melihat mereka yang hampir ditarik masuk itu cuba untuk menolong mereka tetapi gagal.
"Hadi!!!"jerit Zafrel sambil berlari Ker arah mereka.
"Abang!!! Tolong!!!"jerit Hadi sebelum lubang gelap itu hilang.
Zafrel yang melihat perkara itu berhenti berlari & hanya diam terkaku.
"Hadi!!!!"jerit Zafrel sambil menangis.
Di sesuatu tempat...
Hadi mulai sedar & memandang keadaan sekeliling mereka. Apa yang dia dapat lihat cumalah kurungan yang dipenuhi oleh haiwan.
Dia melihat ke arah kurungan yang lain & dia dapat melihat kawannya yang lain yang masih belum sedar.
Dia memandang Afiq yang berada di sebelahnya yang tidak sedarkan diri juga.
"Semua bangun! Korang tak apa-apa ke?!"jerit Hadi sambil memandu sahabat-sahabatnya.
"Adui, sakitnya. Kita kat mana ni?"tanya Nurin sambil memegang kepalanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/247040988-288-k433413.jpg)
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...