Bab 82:Tersedar Dari Trauma

1K 109 4
                                        

Keesokannya...

Di awal pagi..

Semua masih lena dibuai mimpi sementara, Puan Marie sudah bangun kau berjalan mendekati bilik Hadi untuk memeriksa keadaan sang remaja itu. Ketika dia mahu membuka pintu bilik itu, dia terlihat Hadi sudah bangun & hanya bersandar di dinding. Apakah dia masih trauma?

Hadi tetap saja berdiam di situ tanpa mengendahkan keadaan di sekeliling dirinya itu. Puan Marie terus saja berjalan mendekati Hadi lalu menyapa sang remaja itu.

"Kenapa ni? Kau ada sakit di mana-mana?"tanya Puan Marie lalu mencuit lengan Hadi.

Hadi hanya memandang Puan Marie lalu menggelengkan kepalanya perlahan. Sang wanita tua itu hanya mengeluh lalu menarik tangan Hadi perlahan mendekati tilamnya. Sang remaja itu terus saja baring di atas tilamnya itu.

"Jangan banyak bergerak ya. Kamu perlukan banyak rehat sekarang. Kamu tak berapa sihat sekarang ni,"kata Puan Marie.

Hadi hanya mengangguk perlahan lalu menyambung semula tidurnya. Puan Marie terus bangun lalu menuju ke dapur.

Tepat jam 8 pagi...

Semua mulai bersiap lalu pergi ke ruang tamu. Ketika mereka berkumpul di situ, Eva terlebih dahulu sudah duduk menunggu mereka di situ. Dia kelihatan sangat bersemangat & hanya tersenyum sinis memandang mereka.

"Ada apa dengan tuan ni?"tanya Mazrul yang ingin tahu.

"Hari ni, kita akan berlatih! Jadi pastikan kamu semua makan sarapan kamu,"kata Eva.

"Eh? Awalnya, biar lah kami rehat dulu. Penat tau jalan jauh-jauh nak datang sini,"kata Ana sambil mengeluh.

"Takde alasan! Kita tak boleh bazirkan masa yang ada sekarang! Ingat, peperangan yang besar akan berlaku tak lama lagi. Jadi kita kena lah bersiap sedia sehabis baik!"kata Eva dengan penuh semangat

"Nampaknya, semangat dia dah muncul,"kata Encik Hazrul sambil meneguk air liurnya.

"Kenapa cikgu? Ada sesuatu tak kena ke?"tanya Aryan.

"Anggap sajalah, hari ni kita berlatih macam buat latihan tentera,"kata Zakwan yang kelihatan sedikit ketakutan.

"Anggap sajalah, hari ni kita berlatih macam buat latihan tentera,"kata Zakwan yang kelihatan sedikit ketakutan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Apa?! Pengetua Zakwan pun takut jugak?!"kata hati kecil mereka.

"Hehehe, jangan risau. Saya akan pastikan yang latihan hari ni akan kekal didalam memori indah kamu semua,"kata Eva sambil tersenyum sinis.

"Habislah kita hari ni. Kenapalah Afiq & Hadi yang bertuah hari ni?"kata Mazrul sambil menangis tak berlagu.

"Jangan risau, perempuan terkecuali ya,"kata Puan Marie

"Alhamdulillah, tak payah buat,"kata Ana dengan penuh bersyukurnya.

Nurin hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sebaik saja melihat gelagat sahabat-sahabatnya itu. Walaupun begitu, dia merasai ada sesuatu yang sedikit lain dari biasa pada hari itu.

Setelah selesai bersarapan, para lelaki terus saja pergi ke hutan termasuklah Zakwan & Encik Hazrul. Nampaknya, mereka bertuah sebab dapat menyertai sebuah latihan secara paksa hari ni. Mereka hanya mampu berdoa untuk keselamatan diri masing-masing. Siapa tahu apa punya latihan yang bakal mereka lalui nanti?

Sementara itu, di rumah Eva & Puan Marie...

Nurin & Ana hanya membantu Puan Marie melakukan kerja rumah & bercucuk tanam di kebun. Ana membantu Puan Marie di kebun manakala Nurin pula sedang sibuk menjemur pakaian di ampaian. Setelah selesai, Nurin berjalan ke bilik Hadi untuk memeriksa keadaannya itu.
Ketika dia masuk ke dalam bilik itu, dia terpandang Hadi yang masih tidur itu lalu mengejutkan sang remaja itu perlahan.

Hadi hanya membuka matanya lalu bangun perlahan & memandang Nurin. Dia menggosok kedua-dua matanya setelah tidur dalam jangka masa yang lama.

"Nurin? Apa kau buat kat sini?"tanya Hadi.

Nurin hanya memandang Hadi. Dia sedar yang Hadi dah tersedar daripada lamunan trauma nya itu. Pada masa yang sama, Puan Marie datang sambil membawa satu teko teh & sedikit snek untuk Hadi.

"Macam mana dengan keadaan kamu sekarang? Apa yang kamu rasa?"tanya Puan Marie.

"Kepala saya masih rasa sakit & pening. Saya tak ingat pun apa yang jadi. Apa dah berlaku?"tanya Hadi yang baru saja tersedar daripada trauma nya itu.

Nurin hanya tersenyum lalu memeluk Hadi. Dia gembira sangat yang Hadi dah mulai kelihatan baik. Hadi hanya berasa pelik dengan hal itu. Dia tidak ingat akan perkara yang baru saja terjadi padanya. Bagaikan ia hilang seperti debu yang ditiup angin

"Takpe, buat masa sekarang. Minum teh herba ni & makan lah snek ni. Sejak semalam lagi kamu tak makan apa-apa,"kata Puan Marie.

"Oh, terima kasih, Puan,"ucap Hadi sambil tersenyum.

Puan Marie hanya mengangguk lalu berjalan keluar meninggalkan pasangan tersebut. Hadi terus saja menghirup teh herba yang sudah dituangkan ke dalam cawan itu. Nurin tetap saja memandang suaminya itu. Dia masih tidak dapat melupakan apa yang diceritakan oleh Zafrel tentang diri Hadi yang sebenar.

Dia tak sangka yang Hadi adalah seorang yang jauh lebih suram & suka menyendiri. Walaupun begitu, dirinya mulai berubah dalam beberapa waktu. Apakah Hadi benar-benar menyembunyikan deritanya sehingga memaksa dirinya untuk tetap tersenyum di hadapan orang lain?

Dia mahu menanyakan hal itu. Akan tetapi, dia tidak berani. Lagi pun, Hadi baru saja tersedar dati trauma nya itu. Dia tak mahu Hadi semakin tersakiti akibat pertanyaannya itu.

"Kenapa Nurin? Ada sesuatu yang mengganggu kau ke?"tanya Hadi.

"Takde apa-apa, saya cuma teringatkan yang lain sebab mereka pergi berlatih bersama Eva,"kata Nurin.

"Berlatih! Macam menarik je! Diorang Berlatih kat hutan ke?!"tanya Hadi yang mulai kelihatan teruja.

Nurin hanya tersenyum sambil memandang Hadi yang mulai menunjukkan dirinya yang sebenar. Inilah diri Hadi yang ceria & periang. Selalu saja membuatkan hari-hari mereka yang bosan mahupun terasa sepi  menjadi lebih seronok dengan karenah-karenah dirinya itu. Siapalah yang tak kenal perangai Hadi kan?

Nurin berharap yang Hadi tidak lagi mengalami trauma yang menakut itu. Dia mahu Hadi terus tetap saja tersenyum. Bukan menggunakan senyumannya kerana menyembunyikan deritanya tetapi tersenyum kerana kebahagiaan dirinya sendiri. Itulah apa yang Nurin mahu lihat.

"Nurin, kau ada coklat tak? Aku rindu coklat sebab snek dah habis,"kata Hadi sambil buat muka kecewa.

Nurin hanya ketawa kecil sebaik saja melihat mulut Hadi yang sudah comot dengan cebisan snek yang dimakannya lalu dia mencapai sapu tangannya lalu mengelap bibir Hadi.

"Comot lah awak ni, coklat. Lain kali makan tu janganlah sampai comot sangat,"kata Nurin sambil tersenyum.

"Baiklah, puteri manis. Saya akan ingat pesan tuan puteri,"kata Hadi sambil tersenyum.

Ana & Puan Marie hanya tersenyum sambil memerhatikan mereka disebalik pintu. Mereka tumpang gembira yang Hadi sudah berada dalam keadaan yang baik sekarang. Walaupun begitu, Hadi dapat merasai ada sesuatu yang lain baginya pada hari itu. Begitu jugalah isterinya, Nurin yang merasai firasat yang sama. Agaknya apa benda lah yang lain daripada apa yang mereka fikirkan tu ya?

Bersambung....

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang