Bab 61: Keputusan Peperiksaan

1.1K 111 3
                                    

Pada hari itu....

Kelihatan semua pelajar yang mengambil peperiksaan penting di sekolah Hadi sedang berkumpul di dewan sekolah begitu juga Hadi yang tidak berkecuali & dia sedang duduk bersama Aryan & ibunya. Rasa debaran yang kemuncak sedang menguasai semua pelajar yang menduduki peperiksaan itu.

Mereka berasa takut bercampur teruja untuk mengetahui keputusan peperiksaan mereka selepas berjuang habis-habisan di medan perang itu. Hadi tidak berhenti mengucap panjang & berdoa kepada Allah SWT untuk keputusan yang terbaik. Dia tidak mahu mengecewakan ibu & keluarganya yang sudah berkorban untuk masa depan dalam pelajarnya. Ini lah peluang dia untuk buktikan dirinya yang sebenar.

Tak lama kemudian...

Zakwan yang merupakan pengetua sekolah mulai naik ke pentas & mulai berucap kata pembuka bicara untuk majlis itu. Semua pelajar hanya menunggu dengan penuh sabar & debaran.

"Saya mahu mengucapkan tahniah atas usaha kamu semua dalam perjuangan menjawab peperiksaan di sekolah kita. Saya doakan kamu semua lulus & dipermudahkan. Sekarang tibalah masanya untuk pengumuman keputusan peperiksaan kamu semua. Saya harap kamu semua dah sedia,"ucap Zakwan.

Hadi mengurut dadanya yang masih belum terasa tenang. Kakinya tidak berhenti menggigil kerana terlalu gementar tetapi dia hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar hatinya tenang.

Semua pelajar mulai beratur untuk mengambil keputusan mereka sehinggalah giliran Aryan. Walaupun baru berumur 16 tahun ketika itu, dia sudah berjaya mengambil peperiksaan itu malah dia mendapat straight A & hanya ada satu saja keputusan B. Aryan menjerit kegembiraan lalu memeluk abang tirinya, Hadi. Qistina tumpang gembira atas keputusan yang diterima oleh Aryan.

"Hadi Haikal, sila naik ke pentas,"panggil Zakwan.

Hadi naik ke atas pentas dengan debaran yang kemuncak. Jantungnya berdegup kencang sehingga mukanya mulai pucat kerana terlalu gementar. Dia berjalan mendekati Zakwan sambil cuba menenangkan dirinya. Zakwan pula hanya tersenyum sambil memandang anak tirinya itu.

"Tahniah, Hadi. Kamu dah berjaya mencipta sejarah di sekolah kita. Kamu dapat straight A+ semuanya,"kata Zakwan.

Hadi terkaku seketika lalu memegang kertas keputusan nya itu. Tangannya kelihatan menggigil. Semua yang berada didalam dewan bertepuk tangan kerana kagum dengan keputusan yang dimiliki oleh Hadi. Yang pernah meremehkan dirinya dulu hanya terdiam termasuklah guru-gurunya yang pernah memulaukan dirinya. Zakwan terus saja memeluk anak tirinya itu.

Qistina tidak dapat menahan air matanya dari  mengalir keluar. Dia tersangatlah bangga dengan anak bongsunya itu lalu memeluk anak kesayangannya itu sambil menangis. Hadi membalas pelukan itu sambil menangis kegembiraan. Setelah apa yang terjadi, akhirnya dia berjaya mengharungi ujian itu.

Aryan tumpang gembira dengan keputusan abang tirinya itu lalu segera melompat ke arah Hadi & segera memeluknya. Semua orang mulai berjalan mendekati Hadi & mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dia capai. Hadi terpegun dengan apa yang dia lihat.

Sebelum ini, hidupnya penuh dengan kesunyian sehingga tiada sesiapa yang mahu memandang dirinya tapi kini, semua orang sedang mengelilingi dirinya sambil mengucapkan tahniah tanpa henti. Dia mulai terasa bahagia. Inilah apa yang dia sudah lama inginkan dalam hidupnya & akhirnya dia berjaya juga dicapainya.

Pada masa yang sama, para pelajar yang pernah menjadi bekas pelajar di situ turut datang termasuklah, Nurin, Raykal & Mazrul. Pada ketika itu, kelihatan Afiq sedang berbual dengan Aryan & Hadi.

"Korang! Macam mana dengan keputusan korang?!"tanya Mazrul.

"wah, aku tak sangka korang datang,"kata Hadi.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now