Bab 70:Menaik Taraf Senjata (Part 1)

1K 96 5
                                    

Afiq hanya mampu mengeluh kecewa kerana tidak sempat menggunakan mesin itu. Hadi hanya mengusap belakang sahabatnya kerana dia tahu yang dia salah dalam hal ini.

"Hmm, terpaksa lah aku tunggu,"rungut Afiq.

"Maaf, lain kali mungkin aku patut biar orang lain dulu yang cuba & aku sepatutnya yang terakhir,"kata Hadi.

Daniel hanya membaiki mesin itu. Walaupun begitu, ianya pasti akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hari untuk dibaiki. Hadi hanya memandang pedangnya itu. Perlu ke dia naik taraf senjata dia?

"Haih, dah nak malam ni. Berapa lama lagi kami kena tunggu kat sini?"tanya Raykal.

"Mungkin dalam masa beberapa hari sebab menaik taraf senjata bukan mudah tau,"kata Daniel.

"Hah?!! Aku tak nak duduk kat sini dengan mata empat tak guna ni!!!"jerit Raykal.

Hadi hanya mengusap belakang Raykal. Dia tahu yang Sahabatnya itu sangat benci akan sikap Daniel yang jauh lebih annoying dari dirinya itu. Zakwan hanya menggelengkan kepala melihat perangai si Raykal.

"Jangan risau, rumah aku ada banyak bilik. Jadi korang tak perlu risaukan tempat penginapan,"kata Daniel lalu mengelap tangan & mukanya yang comot dengan minyak hitam.

"Baguslah kalau macam tu,"kata Aryan.

"Mari masuk ke rumah aku. Nampaknya dah nak maghrib ni. Boleh lah solat berjemaah sekali,"kata Daniel sambil tersenyum.

"Baiklah, jom pergi!"kata Aryan lalu menarik tangan abang tirinya itu.

Daniel hanya ketawa kecil melihat gelagat mereka berdua lalu terus saja berjalan ke rumahnya sambil diikuti oleh yang lain. Setelah tiba di rumah Daniel, tuan rumahnya, Daniel terus saja menunjukkan bilik tumpangan mereka. Pada masa yang sama, dia sedar yang ada 1 bilik lagi yang tidak mencukupi.

"Nampaknya, bilik untuk tuan puteri tak cukup lah. Macam mana ni?"tanya Daniel sambil memandang Nurin.

"Takpe, saya boleh tidur sebilik dengan Hadi,"kata Nurin sambil memeluk lengan Hadi.

"Tunggu, jangan cakap yang tuan puteri & Hadi ni.."kata-kata Daniel terhenti sebaik saja dia menyedari hal itu.

"Ya, Hadi suami saya,"kata Nurin.

"Ma..macam mana?! Takkan dia lagi muda dari tuan puteri ke?! Saya ada banyak persoalan tentang ni!!"kata Daniel.

"Ummm, Daniel, aku nak pergi bersiap untuk solat maghrib jadi nanti ada masa aku cerita jelah ya!!"kata Hadi laku menarik isterinya masuk ke dalam bilik sebab nak elakkan diri.

Daniel hanya memandang mereka yang kini lesap dari pandangannya. Dia hanya mampu merungut sambil mengeluh. Encik Hazrul & Zakwan hanya tersenyum kecil melihat gelagat anak-anak muda itu. Kadangkala, bukan senang nak sembunyikan hubungan macam tu kan?

Setelah selesai solat magrib, mereka pun berkumpul di ruang tamu rumah Daniel. Mereka semua hanya memandang tuan rumah itu.

"Seperti yang kau janjikan, ceritakan segalanya tentang hubungan korang atau aku takkan naik taraf senjata korang,"kata Daniel.

Hadi hanya mampu mengeluh. Rasa malu pula nak cerita benda macam tu kat yang lain. Maklumlah diorang semua single malah Aryan & Daniel pula dalam bawah umur gitu.

"Umm, aku tak boleh,"kata Hadi sambil menutup mukanya.

"Janganlah macam tu! Aku nak tahu sangat!"kata Daniel.

Sementara itu, Raykal sudah diikat kemas dengan rantai milik Hadi agar dia tidak mengamuk dengan sikap Daniel yang sedikit kebudak-budakan itu.

"Lepaskan aku!!! Biar aku kerjakan dia!!!!"jerit Raykal sambil meronta-ronta.

"Haih, kalau yang ni tak mengamuk kan, memang tak sah,"kata Afiq.

"Takpe, biar saya je ceritakan segalanya,"kata Nurin.

"Nurin, tak perlulah. Aku masih malu ingat semua tu,"kata Hadi perlahan sambil pipinya berona kemerahan.

Yang lain hanya menahan tawa melihat muka Hadi yang kelihatan merah seperti tomato itu. Zakwan & Encik Hazrul hanya tersenyum kecil melihat gelagat Hadi. Mereka tahu yang anak muda itu sangat malu untuk mengingati memorinya sebelum menjadi pasangan Nurin.

Nurin terus saja menceritakan segalanya. Dari mula Pertemuan mereka sehingga hubungan mereka yang sekarang. Yang lain hanya mendengar dengan khusyuk sambil tersenyum sinis memandang Hadi.

"Ewah-ewah, aku tak sangka yang budak innocent macam kau ni pun pandai pikat perempuan,"usik Daniel.

"Daniel, hentikan,"kata Hadi perlahan sambil menutup mukanya.

Mereka semua hanya mengetawakan Hadi. Tak sangka pemuda itu akan menjadi malu sampai begini. Nurin hanya tersenyum lalu memandang Hadi.

"Maaf, Hadi. Aku tahu kau tak suka tapi cuba biasakan diri ya,"kata Nurin sambil tersenyum semanis madu itu.

Tanpa sedar, dia dapat rasakan sebuah anak panah menusuk hatinya. Apakah ini rasanya jatuh cinta pada seseorang? Indahnya percintaan lepas kawin.

"Comelnya,"kata Hadi perlahan.

"Daniel, bila kita nak naik taraf senjata?"tanya Aryan.

"Esok ke?"tanya Ana pula.

"Rasanya mungkin esok atau lusa akan akan naik taraf senjata korang. Lagipun kita tak boleh lengah pada peperangan yang bakal berlaku nanti,"kata Daniel.

"Apa-apapun, saya nak masuk tidur dulu. Selamat malam,"kata Zakwan lalu berjalan pergi ke biliknya.

Mereka semua hanya memandang Zakwan lalu terus saja menyambung perbualan mereka tentang diri Hadi & Nurin yang masih belum selesai. Hadi pulak duduk diam sambil terseksa malu kat situ. Ini kali pertama dia rasa perasaan yang macam ni.

Mereka terus saja berbual sehingga selesai lalu mulai masuk tidur ke dalam bilik masing-masing kecuali Daniel.

Pada lewat malam itu...

Suasana di dalam rumah Daniel mulai gelap kerana semua orang sudah tidur di bilik masing-masing kecuali Daniel yang sibuk membaiki mesinnya yang berada dibengkel. Pada masa yang sama, Hadi mulai terjaga dari tidur lalu memandang Nurin yang sedang tidur di sisinya. Dia sebenarnya terjaga dari tidurnya kerana berasa haus lalu bangun perlahan-lahan dari katilnya agar tidak menganggu isterinya yang sedang nyenyak tidur itu lalu berjalan pergi ke dapur untuk minum segelas air.

Setelah itu, dia pergi ke bilik Daniel untuk membincangkan sesuatu tetapi dia hanya melihat bilik Daniel yang kosong saja laku dia mengambil keputusan untuk pergi ke bengkel.

Di bengkel...

Daniel sedang sibuk membaiki mesin nya. Tanpa sedar, kelihatan kalibat tidak dikenali mulai mendekatinya. Daniel mulai berhenti melakukan kerjanya kerana merasa ada sesuatu yang pelik akan hal itu. Dia dapat rasakan ada sesuatu sedang berada dibelakangnya.

Dia memandang jam tangannya yang sudah menunjukkan jam 3 pagi. Dia sedar itu bukanlah sesuatu yang biasa. Dia tiba-tiba berasa gementar untuk berpaling tetapi dia cuba untuk memberanikan dirinya itu. Dia menoleh lalu terpandang kalibat itu sambil menjerit dengan kuatnya kerana terlalu terkejut.

"Aaaaaa!!!!"jerit Daniel sehingga menjatuhkan alatannya.

Bersambung.....

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now