Bab 5: Bertemu Sang Puteri

2.4K 192 8
                                        

Walaupun masih berasa kurang sihat, Hadi terpaksa pergi ke sekolah jugak itu pun alasannya dia malas nak biarkan kerja sekolah dia bertambah sebab tak hadir.

Seperti biasa salam dari pembuli lagi barulah boleh masuk ke kelas dia.

"Ya Allah, apalah nasib aku. Boleh tak kalau bagi aku rehat & hidup aman untuk hari ni je,"rungut Hadi buat pertama kalinya.

Dia penat sangat hari ni malah sakit dia pun masih terasa lagi. Walaupun dah banyak kali dilarang oleh keluarganya untuk pergi ke sekolah & tetap tinggal di rumah, Hadi tetap membantah tetapi dengan cara yang baik & lemah lembut.

Lalu dia duduk di meja nya & cuba untuk tidur sementara menunggu gurunya masuk.

Tiba-tiba seorang perempuan yang cantik & comel berjalan di hadapan kelasnya. Perempuan itu sedang menuju ke kelas sebelah iaitu kelas bagi pelajar tahun ke-2.

Ramai yang pergi ke kelas itu bagi melihat perempuan itu. Perempuan itu merupakan pelajar pertukaran baru di sekolah Hadi.

Tapi Hadi buat tak endah je. Yang ada dalam kepalanya cumalah belajar & mahu berehat je.

Guru Hadi, Encik Hazrul Nazim masuk ke kelasnya & sangat terkejut kerana hanya Hadi sahajalah yang ada di situ. Dia hanya mampu menggeleng lalu berjalan ke arah Hadi.

Encik Hazrul ni merupakan guru disiplin kat sekolah Hadi. Dia juga boleh dikatakan guru yang baik pada Hadi. Walaupun Hadi berbeza sekali pun, dia seorang yang baik & sentiasa positif sehingga membuatkan Encik Hazrul sangat bangga dengan Hadi.

"Hadi, mana yang lain?"tanya Encik Hazrul sambil memandang Hadi.

"Kelas sebelah, Encik,"kata Hadi yang cuba fokus pada pembacaan buku teks.

"Kamu ok? Kamu nampak pucat saja hari ni,"tanya Encik Hazrul sambil memegang bahu Hadi.

"Saya baik-baik saja! Jangan risau! Saya kan Hadi, Budak Bersayap Hitam!"kata Hadi dengan bersemangat sambil berpura-pura.

"Baiklah, kamu tunggu kejap ya,"kata Encik Hazrul lalu pergi ke kelas sebelah lalu menghukum setiap satu muridnya yang berada di situ.

Waktu rehat..

Seperti biasalah, Hadi akan melepak di tempat kebiasaannya sambil membaringkan dirinya yang masih terasa keletihan.

"Bila lah aku nak rasa baik ni, Ya Allah?"kata Hadi sambil memandang langit.

Tiba-tiba kelihatan seorang perempuan berada di belakang Pokok Elvotria sambil membaca buku.

Hadi yang perasan akan itu terus saja menegurnya.

"Assalamualaikum hamba Allah SWT yang Alim, awak ni siapa ya?"tanya Hadi lemah lembut sambil tersenyum.

"Waalaikumussalam, maaf saya tak sedar kat sini ada orang. Nama saya Nurin Aireen,"kata Nurin memperkenalkan dirinya.

"Oh, takpe duduk lah saya tak kisah. Nama saya Hadi Haikal. Jadi awak ni pelajar baru kat sekolah ni kan?"tanya Hadi.

"Ya, saya baru pindah. Awak ni dah lama ke sekolah kat sini,"tanya Nurin pula.

"Saya pun baru tahun pertama kat sekolah ni,"kata Hadi lalu membaringkan dirinya semula di atas tanah.

"Awak ok? Awak nampak pucat saja,"tanya Nurin yang kelihatan sedikit risau.

"Jangan risau, dengan izin Allah SWT saya ni sentiasa sihat je. Maaflah, saya terpaksa pergi. Assalamualaikum!"kata Hadi sambil tersenyum lalu berjalan pergi ke kelasnya semula.

"W.. waalaikumussalam,"jawab Nurin.

Di dalam kelas...

Hadi tidur lagi di mejanya kerana keletihan nya masih belum hilang sepenuhnya. Tetapi pada masa yang sama, dia tidak sengaja terdengar sebuah umpatan murid perempuan kelasnya.

"Kau tahu tak, Senior yang baru pindah yang nama Nurin Aireen tu sebenarnya Tuan puteri kerajaan kita,"kata salah seorang daripada mereka.

"Wah! Betul ke? Mesti bertuah kan dapat kawan dengan dia. Dah lah kaya lepas tu ada kuasa pulak tu,"kata yang lain pula.

Hadi yang mendengar perkara itu hanya mampu menggeleng lalu menutup telinganya & teruskan niat nya untuk tidur sebentar.

Selepas waktu sekolah..

Semua pelajar mulai pulang kecuali Hadi yang masih tertidur di dalam kelas. Dia baru saja bangun dari tidur. Dia sendiri pun dah terlebih tidur & mungkin dia patut dengar je apa yang keluarga dia cakap.

Ketika Hadi mahu pulang, dia secara tidak sengaja melihat Nurin sedang duduk di belakang Pokok Elvotria lalu berjalan menuju ke arah Nurin.

Hadi ingin menegurnya tetapi Nurin lebih pantas lalu memandang Hadi. Hadi dapat melihat yang Nurin sedang menangis. Dia bagaikan dilukai oleh sesuatu.

"Apa dah jadi?"tanya Hadi lalu memandang Nurin.

"Hisk.. hisk.. takde apa-apa,"kata Nurin sambil mengesat-ngesat air matanya.

"Jangan tipu aku, aku tahu kau dilukai oleh sesuatu,"kata Hadi yang dapat meneka akan keadaan Nurin.

"Baiklah. Sebenarnya, aku terdengar sebuah umpatan para pelajar lain. Mereka mahu berkawan dengan aku kerana aku kaya & mempunyai kuasa saja. Aku pasti mereka akan khianat aku & tinggalkan aku bila aku kehilangan segalanya,"luah Nurin.

"Aku faham tapi jangan bersedih sebab dalam dunia ni ada ramai lagi orang yang akan sayang kau apatah lagi Allah SWT yang sentiasa menyayangi hamba-Nya,"kata Hadi.

Nurin yang mendengar kata-kata Hadi itu terus terdiam & berhenti menangis.

"Bersabarlah, aku pasti kau..errmm,"belum sempat Hadi menghabiskan kata-katanya dia terus memegang kepalanya yang berasa sedikit pening.

"Errm, kau ok?"tanya Nurin yang risau.

"Aku ok. Aku pasti kau akan jumpa.. sahabat yang sudi berada di sisi kau. Cuma tunggu,bersabar & banyakkan berdoa kepada Allah SWT,"kata Hadi lalu menghulurkan sekeping coklat kepada Nurin.

"Untuk apa kau bagi coklat ni pada aku?"tanya Nurin sambil memegang kepingan coklat itu.

"Makanlah, mungkin ni akan buatkan kau berasa sedikit baik. Apa-apa pun aku pergi dulu. Assalamualaikum, Tuan Puteri,"kata Hadi lalu berjalan pulang sambil memegang kepalanya.

"Waalaikumussalam, terima kasih untuk coklat ni,"kata Nurin sambil berdiri & memandang Hadi yang semakin menjauh tetapi Hadi tidak membalas & terus tetap berjalan pergi.

"Adakah dia baik-baik saja? Bagaimana dia tahu apa yang aku rasa? Adakah dia juga pernah alami perkara yang sama dengan aku?"bisik Nurin sambil memandang kepingan coklat pemberian Hadi.

Bersambung..

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang