Bab 14: Lawatan (Part 1)

1.9K 164 10
                                    

Di sekolah...

Para pelajar kelas Hadi & kelas tahun ke-2 berkumpul di dewan kerana ada sebuah taklimat khas buat mereka.

"Assalamualaikum, saya ada pengumuman buat kamu semua. Tak lama lagi, kita akan adakan lawatan bersempena kita telah memenangi pertandingan sukan tahunan pada tahun ini & akademi di Kerajaan Silver telah menjemput kita untuk ke sana,"kata Encik Hazrul.

Semua pelajar yang berada di situ kelihatan teruja & ada diantara mereka hampir bersorak kegembiraan.

"Terima kasih kepada Nurin atas bantuan dia, kita dapat menerima jemputan itu,"mata Encik Hazrul lagi.

"Pastikan, semua pelajar yang mendapat surat kebenaran ibu bapa & borang untuk lawatan ini menghantar nya kepada saya pada hari kita hendak bertolak ya,"kata Encik Hazrul lagi.

Setelah mendengar taklimat, semua pelajar yang telah mendapatkan borang untuk lawatan & surat kebenaran ibu bapa itu terus berjalan ke kelas masing-masing. Ketika Hadi sedang berjalan ke kelasnya, Nurin cuba untuk mendekati Hadi.

 Ketika Hadi sedang berjalan ke kelasnya, Nurin cuba untuk mendekati Hadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hadi memberhentikan langkahnya & memandang ke arah Nurin. Kini, Nurin berdiri berhadapan dengan Hadi.

"Hadi, maafkan saya kerana telah memulau kan awak sebelum ni. Saya cuma fikir yang awak bencikan saya sebagai kawan. Sebab awak tak datang kat tempat kita biasa lepak bersama pada hari tu. Saya minta maaf sangat-sangat,"kata Nurin yang kelihatan mahu menangis.

Hadi masih memandang Nurin lalu berjalan mendekati Nurin. Lalu dia tersenyum & menghulurkan sapu tangan kepada Nurin.

"Janganlah nangis, aku tak kisah. Kalau aku jadi kau pun mungkin aku buat benda yang sama jugak. Jadi aku harap kau maafkan aku juga ya,"mata Hadi.

Nurin mengelap air matanya menggunakan sapu tangan pemberian Hadi lalu tersenyum.

"Baiklah, saya maafkan awak. Saya berharap sangat persahabatan ini akan kekal,"kata Nurin.

Hadi gembira sangat yang konflik diantara Nurin & dirinya telah selesai. Kini, hatinya berasa sedikit lega & tenang.

"Jadi Hadi nak ikut pergi ke lawatan tu tak?"tanya Nurin yang kelihatan tersipu malu.

"Insyaallah, kalau ada rezeki Hadi pergi. Jangan risau ya. Minta diri dulu ya. Assalamualaikum,"kata Hadi lalu berlari ke kelasnya.

"Waalaikumussalam,"jawab Nurin sambil tersenyum & memandang sapu tangan pemberian Hadi.

Di rumah..

Hadi memberitahu keluarganya tentang lawatan itu. Dia berharap sangat yang dia dapat pergi ke lawatan itu. Belum pernah dia pergi ke Kerajaan lain  & itu membuatkan Hadi ingin melihat dunia yang lebih luas.

"Apa? Kerajaan silver? Macam menarik saja , sayang. Tapi perlu dibayar ke? Kos untuk ke sana agak mahal,"kata Qistina.

"Tak perlu,ibu. Nurin cakap nak tolong tanggung pembayaran ni,"kata Hadi.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now