Bab 88:Memori Silam Para Tentera (Part 1)

972 90 0
                                    

Pada malam itu...

Mereka semua sedang berehat di ruang tamu termasuklah Hadi. Mereka semua kelihatan senang sambil menikmati teh masing-masing. Aryan pula hanya memandang Eva. Dia sebenarnya ingin menanyakan sesuatu kepada Eva lalu memandang sang lelaki itu.

"Tuan, boleh tak Aryan tanya sesuatu?"tanya Aryan.

"Ya, apa yang kamu nak tanya tu?"tanya Eva sambil tersenyum.

"Sebenarnya, Aryan tertanya-tanya lah, tuan dulu general kan? Macam mana tuan boleh kenal dengan ayah & cikgu sebenarnya?"tanya Aryan yang ingin tahu.

Eva terdiam begitu juga dengan Zakwan & Encik Hazrul. Tanpa sedar, senyuman Eva mulai muram. Yang lain sedar akan hal itu & ianya pasti sesuatu yang susah untuk diberitahu oleh Eva sendiri.

"Maaf tuan. Aryan tak bermaksud nak tanya soalan macam tu,"kata Hadi yang risau kalau-kalau pertanyaan itu akan menyebabkan hati Eva tersinggung.

"Takpe, biar saya ceritakan,"kata Eva sambil tersenyum kelat.

Yang lain hanya memandang Eva kecuali Zakwan yang kelihatan seperti berpaling ke arah lain. Encik Hazrul hanya mengeluh lalu memandang Eva. Sang lelaki itu mulai membuka cerita silamnya ketika dia masih lagi menjadi seorang general.

Imbas semula...

23 September pada tahun ####, Kawasan Bandar Willmer...

Kelihatan para tentera sedang berkumpul termasuklah Eva yang merupakan seorang general pada ketika itu. Dia sudah mengetuai banyak peperangan sebelum ini. Walaupun begitu, ini adalah peperangan yang paling teruk yang pernah dia ketuai kerana bandar yang menjadi medan perang mereka ketika itu sudah kelihatan seperti padang kosong yang hanya penuh dengan bangunan & serpihan binaan benda yang sudah runtuh & banyak mayat yang terkorban bergelimpangan di kawasan itu.

Para tentera yang masih hidup tetap saja terus berperang bergitu juga dengan Eva, Encik Hazrul & Zakwan yang baru saja berusia 17 tahun pada ketika itu. Walaupun pada usia yang masih muda, sang jejaka itu sudah mampu menyertai peperangan & sangat sukses dalam tentera.

Walaupun begitu, semuanya berubah kerana sebuah peristiwa...

Mereka semua sedang berperang habis-habisan dengan pemberontak & raksasa yang menyerang kawasan itu.

Mereka semua sedang berperang habis-habisan dengan pemberontak & raksasa yang menyerang kawasan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hazrul, Kau kat mana sekarang, Roger?"tanya Zakwan sambil bersembunyi disebalik runtuhan bangunan.

"Jangan risau tentang aku. Aku sekarang tengah sibuk melawan musuh di kawasan yang tinggi sikit, Roger,"jawab Encik Hazrul yang sedang berada dikawasan yang sedikit tinggi sambil menyasarkan raksasa yang berada di sebuah kawasan.

 Aku sekarang tengah sibuk melawan musuh di kawasan yang tinggi sikit, Roger,"jawab Encik Hazrul yang sedang berada dikawasan yang sedikit tinggi sambil menyasarkan raksasa yang berada di sebuah kawasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now