Bab 35: Mengembara Ke Sebuah Tempat ( Part 3)

1.5K 149 6
                                    

Pada hari cuti sekolah...

Para pelajar yang mengikuti lawatan tersebut mulai berkumpul di luar sekolah. Sebelum mereka bertolak, Encik Hazrul telah memberikan mereka beberapa taklimat.

"Assalamualaikum, semua. Saya harap kamu dah bawa kesemua kelengkapan untuk ke lawatan ini. Pastikan kamu beritahu saya sekiranya kamu ada masalah,"kata Encik Hazrul.

Semua pelajar mulai beratur untuk menaiki bas. Ada juga yang mengeluh, ada yang teruja & ada yang biasa-biasa je.

Aryan duduk di sebelah Hadi. Sementara itu, Afiq pula duduk bersama dengan Mazrul.

"Abang Hadi, Aryan takutkan lah,"kata Aryan sambil memegang tangan Hadi.

Aryan berasa takut & cemas kerana ini adalah kali pertamanya menaiki bas.

Hadi hanya tersenyum lalu mengusap-usap kepala Aryan agar dapat menenangkannya. Dia tahu yang Aryan cuba untuk membiasakan dirinya dengan hal baru seperti ini.

Setelah memastikan semua pelajar & kelengkapan mereka telah dibawa, bas pun mulai bertolak menuju ke tempat yang mereka ingin tujui iaitu Kampung Hutan W'elvart.

Di dalam perjalananan...

Hadi sedang membaca buku sementara Aryan pula sudah tertidur kerana perjalan yang panjang itu.

Tiba-tiba, Hadi mendengar suara seseorang sedang memanggilnya.

"Jangan bunuh mereka. Tolonglah,"kata suara itu.

Hadi hanya menunguk air liurnya. Dia berasa seram sejuk. Suara siapa agaknya itu?

"Si..siapa tu?"kata Hadi perlahan.

"Hadi, tolonglah. Tolonglah kami,"kata suara itu.

Semakin lama Hadi berasa semakin takut. Dia menarik nafasnya perlahan-lahan. Tiba-tiba, dia melihat seorang budak perempuan sedang memandangnya dari jauh sambil menangis.

"Hadi, tolong kami. Tolong. Tolong kami!!!!"jerit perempuan itu lalu menembusi Hadi sehingga menyebabkan dia tiba-tiba tersedar dari tidur.

Hadi menjerit sehingga menyebabkan bas dinaiki mereka terhenti. Encik Hazrul segera berjalan mendekati Hadi.

"Kenapa ni, Hadi? Ada apa-apa tak kena ke?"tanya Encik Hazrul.

Hadi memandang keadaan sekeliling. Dia hanya menghembuskan nafasnya perlahan-lahan sambil meraut mukanya. Mukanya kelihatan pucat & dibasahi oleh peluh-peluh dingin.

"Mimpi rupanya,"kata Hadi perlahan.

"Abang Hadi? Semuanya baik ke?"tanya Aryan pula.

"Maaf, saya bermimpi tadi. Maaf kalau menganggu semua,"kata Hadi sambil meminta maaf.

Semua pelajar memandang Hadi dengan peliknya bergitu juga dengan Encik Hazrul. Walaupun begitu, perjalanan harus diteruskan agar mereka cepat sampai ke sana.

Setelah beberapa jam...

Mereka akhirnya telah tiba di hadapan Hutan W'elvart. Semua pelajar berkumpul di tempat yang diarahkan oleh Encik Razam & mereka juga kelihatan kebingungan.

"Cikgu, mana kampung tu?"tanya salah seorang daripada mereka.

"Oh, sebenarnya, kita perlu masuk ke dalam hutan untuk pergi ke Kampung Hutan W'elvart tu. Jadi sebab tu cikgu bagi kamu beberapa senarai kelengkapan perkhemahan,"kata Encik Razam.

Semua pelajar kelihatan terkejut kecuali Aryan & Hadi. Mereka sendiri sudah tahu akan hal itu setelah mendengar penjelasan dari Qistina.

"Kenapa cikgu tak bagitau kami awal-awal?!!"jerit mereka semua.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now